Monday, February 10, 2025

11 Syaaban 1446H

Isnin | 10.02.2025 | 11 Syaaban 1446H

Hari ni, mengikut kalendar hijri, genap setahun ayah kembali ke rahmatullah πŸ₯ΊπŸ˜’. 

Semalam, kami ziarah pusara ayah. 

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu.


Baca tahlil ringkas. Tiba² anak dara yang kecil tu tegur... "Kenapa ummi sedih? Ummi nangis kenapa?"..
Ummi rinduuu 😭. Ummi rasa tak cukup apa yang buat untuk arwah ayah.. Dan ummi rasa tak cukup bekal ummi beri untuk arwah ayah.. πŸ₯ΊπŸ˜’

Ya Allah, jadikan aku anak yang solehah ya Allah, moga segala amal ku, doa ku menjadi bekalan buat kedua ibu bapa ku.. Allahumma amiin..

Bila ziarah kubur ni, selalu terdetik di hati ummi, betapa dekatnya kita sebenarnya dengan kematian, cuma kita yang tak tahu bila waktu ajal datang menjemput. 

Hari sabtu, usai kenduri di rumah Ma, ummi dan abi ziarah pusara sahabat abi di Taman Ibu Kota. Sahabat yang seorang ni, abi & kami sekeluarga kenal di kawasan perumahan kami. Dia seorang yang peramah, rajin tegur semua orang, sangat ringan tulang.. Dia antara orang yang banyak bantu abi dalam macam² hal. 
Sahabat abi ni kembali ke rahmatullah pada 02.01.2025 pada usia 44 tahun setelah bertarung di icu beberapa minggu asbab jangkitan kuman pada kaki yang telah merebak ke organ lain. 

Minggu sebelumnya, ummi belek² FB, kan ada part "people you may know".. Ada satu nama ni, pakai dp avatar dan 1 mutual friend.. Tak tahulah kenapa ummi terdetik nak buka tengok siapa. Ikutkan mutual friend tu pun bukanlah orang yang ummi kenal rapat. Someone yang ummi kenal dekat hospital masa bersalinkan Nusayba Jiran dalam wad πŸ˜….. Bila ummi scroll through FB tersebut, memang ummi kenal rupanya. Akak transporter yang jemput Faheem dan Faqeeh balik sekolah dulu.. 

Masa nak cari transport untuk Faheem balik sekolah dulu, serabut tanya bas/van sini sana. Mostly tak ambil sebab sekolah dengan rumah dah cross boundary. Ada seorang pengusaha van ni, dia bagi ummi nombor kak iza. Katanya kak iza ni bawa kereta sendiri, so mungkin boleh bak cross boundary sebab tak ambil ramai. Kalau van/bas susah nak cross sebab nak kejar trip.  Alhamdulillah, dengan izin Allah, bila contact kak iza tu,  dia sudi jemput Faheem. Dari Faheem, membawa ke Faqeeh.. Kak iza jemput budak berdua ni balik sekolah, walaupun takwim cuti dierang ni tk sama dengan sekolah bawah KPM. Dan selalu juga ada bekalan untuk anak² hasil air tangan kak iza. Nasi lemak, nasi kerabu, laksam. Pemurah sangat kak iza. Dan sedap² masakan kak iza. 

Lepas PKP, kami tak sambung dengan kak iza since Pasti dah mula ada transport sendiri. Tapi masih ada bertanya khabar sesekali, especially menjelang puasa dan raya. Last mesej kak iza dan ummi tahun 2023. Bila ummi scroll lagi FB kak iza..Tersentak hati ummi seketika. Kak iza dah kembali ke rahmatullah pada 23.01.2025 asbab kanser payudara 😭πŸ₯Ί.. Beza umur kak iza dengan ummi 2 tahun je rasanya.. Allahu..

Innalillahi wainnailaihi rajiun.. 
Kak iza meninggalkan 5 orang anak, yang sulung baru selesai SPM, yang bongsu 3 ke 4 tahun umurnya 😒.

Ya Allah..
 Kau ampunilah dosa² mereka, Kau permudahkanlah urusan mereka, Kau lapangkan dan terangkan kubur² mereka, jauhkan mereka dari siksa kubur dan azab api neraka.. Kau tempatkanlah mereka bersama orang² yang soleh...



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015