Sabtu | 08.02.2025
Mak mertua (ma) buat kenduri ringkas, tahlil dan doa selamat sambut Ramadan serta sempena dua orang cucunda beliau yang akan meneruskan pengajian tingkatan 1 di sekolah tahfiz..
Ummi selalu ingat ayat ma, "hajat nak hantar anak sekolah agama, mengaji Quran. Tapi takde sorang anak ma yang dapat. Ingatkan adalah sorang (ma maksudkan abi, yang sempat belajar di sekolah ulum di Perak setahun sahaja), tapi dia pulak alergik naik gatal² habis badan, tak serasi kat sana.."
Maka bila ada cucu² yang sambung mengaji agama/Quran, beliau sangat gembira dan sangat² meraikan dalam pelbagai bentuk dan cara. Alhamdulillah, to date, ada seorang cucu beliau di Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain, seorang di SAMTAJ, seorang di Puteri Wilayah (aliran agama), 1 + 2 orang di MATIS Madinatul Huffaz. Mudah²an semua cucu² Ma jadi anak/cucu yang soleh solehah dan bermanfaat buat agama dan ummah, in all kind of ways.. Allahumma amiin.. Amiin ya mujiib.
Berbalik kepada kenduri, Ma order katering nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam dengan acar timur dan papadom.. Ada juga bihun goreng singapore. Biras² ada yang order roti jala &kuih cara berlauk, ada yang bawa kek coklat, apam coklat, aiskrim potong, buah²an..
Ummi??? Ummi order cheese tart dari kawan UiTM, Julie, owner JZ Bakery. Nutella ct, berries ct dan juga biscoff ct. 5 kotak semuanya.. Masa pick up ingatkan staf dia yang attend. Masuk² pagar, eh owner lah attend kita hari ni.. Lupa pula nak ambil gambar dgn julie.. Apapun, ct JZ Bakery sedap. 5 kotak licin terus ye.. Laku sungguh..
Hajat nak snap gambar makanan pun tak kesampaian. Ummi banyak duduk dapur je. Bukan buat kerja pun. Duduk sajaaa.. Tak larat lah nak kehulu kehilir. Maaf kan lah diriku ini. Cukuplah abi je jadi penyambut tetamu. Kita tolong arah anak2 dara dan anak2 teruna top up makanan/minuman je..
Ni je gambar yang sempat dirakam lensa, sebelum orang mulai ramai..
Sama mcm mil Akk, anak³ takde yg bergelar huffaz, tapi bila dapat cucu mmg mil berhajat nak cucu²nya bergelar Al Hafiz, alhamdulillah so far 2 org 🤲🏻
ReplyDeleteAkk pun rasa nak buat makan² juga sblm puasa tp kalut pula hujung² cuti sekolah ni