Sunday, July 27, 2025

It's Sauna-day

Minggu ni abang² PB.. Abang long balik awal sikit. Abi ambil dia hari Rabu malam setelah dapat whatsapp dari ustaz warden almost pukul 10 malam. 


Masa ustaz mesej ni, tak tahu anak yang mana satu demam. Alhamdulillah, takdir Allah, malam tu abi memang otw ke Gombak dah. Maka teruslah ambil abang. 

Abi hantar kat ummi gambar budak demam.


Dia start demam hari selasa malam. Pagi rabu rasa tak larat sangat. Rupanya pihak sekolah dah bawa pergi klinik pun pagi rabu tu, suhu 40°c.  Rabu malam warden mesej. Mungkin masih demam panas dan beberapa orang juga yang demam masa tu. Alhamdulillah ni dah kebah demam. We found out dalam group sekolah, ada few students yang kena influenza A. Mungkin abang long pun sama, tapi sebab masa pergi klinik dengan pihak sekolah, klinik tak buat test, maka tak tahulah dia influenza ke tak. Lagipun, since dia baru je pergi klinik hari Rabu pagi, kami tak bawa lah dia ke klinik lagi sebab dia pun nampak ok je. Apapun, syafakumullah buat kawan² abang yang diberi ujian kesihatan.

Hari Jumaat, abi ambil abang ngah pula. Masa ambil abang long hari rabu tu, abang ngah ada je sekali dengan abang long. Abi suruh tanya warden, boleh ke nak ikut balik sebab jumaat dah nak balik dah pun. Ustaz kata, duduk jelah siniii πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€£. Takpelah abang ngah. Lagipun, ada program kan pagi jumaat tu. Rugi juga kalau tak ikut serta. 


Ni malam yang abi ambil abang long balik. Pasrah je member tak boleh ikut balik sama. 

Since semua anak ada, dan malam ni abang² besar nak balik asrama dah, maka... ummi isytihar hari ni sebagai Sauna-day πŸ˜‚πŸ˜‚

Sebab..... sesi iron baju uniform 6 orang anak, dah macam duduk dalam sauna.. Tak termasuk baju kerja sendiri lagi ni πŸ˜…

Abang² besar selalunya iron baju sendiri. Tinggal yang licin² macam jubah dan baju batik je ummi tolong iron. Hari ni ummi iron semua sekali. Saja nak bersauna lama sikit. Sekali sekala khidmat untuk depa. Mudah²an dalam memudahkan urusan depa ni nak belajar Al-Quran, ada keberkatan yang mengalir buat ummi sekali. 


Lepas tu melayan depa ni, bagi hilang penat 😘😍



Semoga Allah lindung dan pelihara anak² ummi abi tiap masa dan ketika. Allahumma ameen. 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015