Ahad. 13.07.2025
Minggu lepas abang ngah call. Dia bagi senarai barang² yang nak dikirim. Tak banyak pun, biskut dan air vico je. Cumanya dah maklum siap². Mungkin tak dapat nak hantar minggu tersebut. Dia ok je, sebab ada stok lagi katanya.
Setelah seminggu berlalu. Hari jumaat yang ummi EL, abang ngah call lepas solat Jumaat. Ada tambahan barang yang nak dikirim. Buku tulis 3 buah, buku lukis 1. Ummi take note.
Hari sabtu dia call lagi. Nak tambah lagi sebuah buku. Bila ummi tanya kenapa banyak sangat, dia jawab: 1 untuk kuliah Ummi (Ustazah Norhafizah Musa), 1 untuk kuliah Abi (Ustaz Azhar), 1 untuk kuliah Mudir (Ustaz Fatah) dan 1 untuk nota perhimpunan. Ok. Maka hari sabtu tu, kami keluar beli barang abang ngah. Dan barang untuk abang long juga walau dia takde kirim apa². Begitulah mak ayah. Kadang anak takde call kirim barang pun, saja kami menyinggah titip barang buat mereka, tanda ingatan ummi abi. Nak jumpa tak boleh, dapat tengok pagar dan atap sekolah pun jadilah kan..
Hari ahad petang, nak hantar barang abang² besar. Singgah makan di kedai Paksu Chicken Chop, di Taman Desa Gombak. Dekat dengan Ekovest.
Spaghetti carbonara
No comments:
Post a Comment