Tuesday, October 28, 2025

Perkhabaran Duka

Telah kembali ke rahmatullah, ibu mertua yang dikasihi, Wan Zainab binti Wan Abu Bakar pada tanggal 27.10.2025 (Isnin), 4.54pm di HKL. 

Allahummaghfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.


Waktu Asar Ma jatuh, Asar keesokan harinya Ma dijemput pulang olehNya. Allahu. Cepat betul semuanya. Aturan Allah itu cantik. 

Jenazah Ma telah dibawa pulang ke Masjid As-Syakirin, Gombak untuk dimandikan, kafan dan solat jenazah. Seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Pusu, Gombak selepas Isyak. 




Alhamdulillah, mudah dan lancar urusan ma. Anak² dan cucu² ma semua bantu permudah urusan Ma hingga ke liang lahad.

Tenanglah bersemadi Ma. Kami saksi banyaknya bekal amalan yang Ma bawa. Wajah ma yang tenang, berseri dan tersenyum manis, Allahu.. Ma kelihatan gembira bertemu Sang Pencipta, Rabbul Jalil. Terlalu banyak kebaikan Ma. Ramai yang datang mengiringi urusan perjalanan terakhir Ma di dunia, asbab Ma sangat menjaga silaturrahim. 

 Ma telah mendahului, kami akan menyusul pula. Semoga Allah izinkan kita semua berkumpul di syurgaNya. 

6 comments:

  1. salam takziah dari kak ana buat Ily sekeluarga, semoga tabah dengan ujian berat ini, aamiin

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat seluruh keluarga.
    Mudah sangat pemergiannya. Al fatihah disedekahkan utk mil Ily .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH. Alhamdulillah mudah dan cepat. Lancar sangat semua prosesnya. Thumma Alhamdulillah. Yang terbaik untuk beliau, cuma terlalu cepat semuanya bagi kami. Semoga kita semua beroleh pengkahiran yang baik juga hendaknya. Amiin

      Delete
  3. Salam Takziah untuk keluarga Ily...

    ReplyDelete
  4. Innalillah hiwainna ilaihirojiun...
    Takziah Ily serta seluruh ahli keluarga.
    Allahummaghfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015