Monday, August 31, 2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 Malaysia ku

Alhamdulillah, sudah 69 tahun Malaysia merdeka, bebas dari belenggu penjajah secara fizikal.  Semoga Allah pelihara keamanan, kesejahteraan, perpaduan dan kedaulatan bumi bertuah ini. Semoga Malaysia, tanah tumpah darahku, sentiasa dalam dirahmati dan diberkati Allah. 

Kami sambut di rumah saja. Tiada kegigihan seperti 4 tahun yang lepas untuk bersesak dalam ribuan, umat manusia. Tambahan pula, 4 tahun lepas sambutan diadakan di Dataran Merdeka, maka boleh lah kami heret anak 6 orang (pada masa itu) naik LRT. Kami tak menapak jauh pun. Berhenti di Stesen Bandaraya, dan kami berlegar di sekitar situ sahaja. Kalau nak ke Putrajaya, ummi surrender awal². Ummi tak gigih bawa anak 7, walaupun 2 orang dah besar panjang, still ummi boleh bayangkan ummi akan jadi komander, berteriak beri arahan batalion 7 beradik. So, it's a big no-no. 

Malam merdeka, tiada rancangan pun nak sambut di mana². Tapi anak-anak lapar pula, Ya Allah.. Tak kenyang-kenyang mereka ni. Abi bawa makan di Kampung Baru. 😅😅 Jauh ye nak supper. Selalu kalau abi tanya ummi nak makan di mana, adakalanya abi akan reply jawapan ummi tu dengan ayat, "Situ susah nak parking.". Tapiiiii.. Decision untuk makan di Kampung Baru, di malam merdeka, masalah parking no more an issue ye. hahaha..Double standard tau abi ni.

Memandang Merdeka 118 dari kejauhan

Kami sampai Kampung Baru around 11.11mlm. Ramainya umat. Syukur dapat meja yang baru dikosongkan di Restoran Suraya. Tapi nak order agak mencabar.  Order tomyam ayam dan daging masak merah -- ayam dan daging habis. Sotong celup tepung habis. Telur bungkus habis. Laksam habis. Pulut mangga habis. Pening mak nak order apa. hahaha.. Lastly, order siakap 3 rasa, telur dadar, sup perut, udang goreng tepung. Oklah. Dah lewat malam dah pun. 

Sedang menjamu selera, dengar bunyi letupan bunga api. Eh dah merdeka!! Sempat la jenguk luar kedai, dengan tangan masih bersisa nasi, tengok bunga api. hahahaha.. 




Mus'ab teruja tengok bunga api. 

KLCC, view dari belakang Suraya Seafood 😅


Bulan purnama di malam merdeka. Subhanallah.. Cantik sungguh si bulan penuh.

Selesai makan, terus balik rumah. Tak ronda² bandar pun. Dalam perjalanan pulang tu, nampak ada segerombolan budak² mengayuh basikal. Ummi tak faham trend naik basikal kecil ni. Tak lenguh ke kaki tangan anak² oi?? Dan being a momsie, risau tengok mereka ni kayuh basikal ramai² di malam hari atas jalan raya, mostly pakai baju hitam/warna gelap, kayuh sekejap ke tepi, sekejap ke tengah. Allahu... Ada juga yang menurut perkiraan ummi berdasarkan saiz tubuh, nampak macam budak sekolah rendah. Risau lah. Semangat patriotik tu bagus, tapi soal keselamatan tak boleh kompromi. Semoga baik² saja lah anak² ini. Tak berani nak cakap lebih² sebab kitanya ada ramai anak lelaki juga. 


Selamat Hari Kebangsaan
Selamat 69 Tahun Merdeka Malaysia
Allah rahmatilah Malaysia

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015