Cuba untuk tidak hangat-hangat tahi ayam untuk ke sekian kalinya. Sekarang ni dalam fasa norma baharu Hari Bekerja Hibrid (HBH). Senang kata, work from home (WFH), maksima 2 hari seminggu, sambungan daripada WFH konflik Asia Barat sebelum ni. Since bila WFH ni, kita jimat lebih banyak masa yang diperuntukkan untuk travelling to and from workplace, kita gunalah penjimatan masa yang ada tu untuk aktiviti yang boleh seimbangkan kerja dan kehidupan seharian. Work-Life balance gitu. Ummi peruntukkan 30-45 minutes untuk lari/briskwalk. Kalau lari pagi, biasanya akan clock in kerja paling lewat jam 8.30am sehingga 5.30pm. Taknak masuk lewat sangat sebab nanti anak-anak dah balik sekolah, dah tak boleh nak fokus kerja. Kalau plan lari petang pula, ummi akan clock in jam 7.30am dan clock out 4.30pm. Lepas solat Asar, terus pergi berlarian di padang. 5.30pm balik rumah, anak-anak baru je sampai. Just nice. Tapi bukanlah setiap kali WFH pun sempat buat. Sebab kadang-kadang bila kita sedar minggu tu banyak kerja kena selesaikan, dateline bertimpa², fokus settlekan kerja dulu, weekend baru curi masa untuk lari. Selain berlari, ia adalah masa untuk me-time juga. Fokus untuk kesihatan mental dan fizikal. Moga Allah rezekikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Semoga terus sihat untuk jaga amanah yang Allah bagi, dan dapat beramal ibadah dengan sebaiknya, InsyaAllah. Allahumma amiin. Amiin ya mujiib.
It's ok to start slow. It's just you, competing with your own self.
Starts with a 3km slow run.. Followed by netball shooting.. Total of 3km + 110 shots in 40 minutes.
Lupa nak record dari awal shooting, hence duration bawah ni tak reflect the actual. Actual is around 40 minutes of shooting attempt, with only 110 scored = 2~3 shots per minute = 22 seconds per shot. Banyak tersasar nampaknya.
Morning run seems fun and peaceful when the sky are cloudy.
The after rain run. Mata 'awam' ni dok perhati drainage flow, invert level etc 😅😅.
Longkang dah pecah, sooner akan jadi scour kalau tak repair.
Got a running/briskwalking companion dengan hashtag #GossipApa5kmHarini. Hahaha. Bila ada geng borak sambil BW ni tak terasa sangat rupanya. Tiba² je dah nak 5km. This should be our Friday night routine, sementara tunggu anak² training netball. Hopefully, insyaAllah.
Running in between hectic work, motherhood and finding your very own self. There's always a spot for sanity to fit in. You gotta find it.
Salam Maulidur Rasul. It was a calm day. Langit redup, alhamdulillah. Decided to shoot today, no running. Semalam dah lari, hari ni bagi kaki rehat sikit. Tapi shoot pun kena berlari² kejar bola sebab tiada peneman. It's kinda therapy for me. Ummi set this activity as aerobics. Lebih kurang lah kan. haha.. 180 shots in 44 minutes = 4 shots per minute = 15 seconds per shot. Ada improvement di situ. Ahaha.. Of course in that 44 minutes ada masa yang berlari kejar bola yang melantun jauh ke tengah padang.. Aihh..
2nd briskwalk session #GosipApa5kmHarini with Finaz 🫣. Moga boleh konsisten lah buat sesi briskwalk ni. Tak sedar masa berlalu bila ada geng borak. Walaupun namanya #GosipApa5kmHarini, it wasn't literally gossiping pun. Cerita² random je.

The night before, ummi berhajat nak join netball fun play. Main santai² no pressure. Ummi dok jadi silent reader je dalam group community netball, tapi kadang² hati ni teringin nak join. Cumanya, timing selalu tak kena. Depa selalu buat weekdays night. Kadang² jumaat malam. Pun ummi tak boleh join sebab kakak berdua tu ada training netball. Bila nampak dalam group depa open untuk sabtu malam ahad, ummi rasa macam ada chance nak join ni. Ummi tanya abi, abi diam tanpa jawapan. Then anak² kata nak tengok movie. Since complete semua anak ada ni, jomlah. Available time untuk movie pula clash dengan netball fun fun. Ummi pasrah je lah. Takde rezeki ummi. Raikan lah anak-anak dulu sebaiknya. Bila tengok depa share video main netball, sayu sikit lah hati ni. hahaha.. Tak payah nak sentimental sangat.
So, pagi ahad, ummi nekad. Nak pergi shoot. Sesi balas dendam tak dapat main semalam. Tak dapat main fun fun, kita fun fun shoot seorang diri pun jadi lah. Today punya shooting, 200 shots in 45 minutes = 4.4 shots per minute = 13.5 seconds per shot.
Ingatkan nak lari last round di Hari Kebangsaan, sebagai penutup bulan Ogos. Tapi, malas lah pula sebab Mus'ab dah berjaga awal. Hmm.. Kita sambung di bulan September pula lah..
Summary aktiviti sepanjang bulan Ogos: ⤵️
Aerobics = Shooting
Overall running distance 36.10km.
Overall steps. Alhamdulillah, ada improvement berbanding bulan Julai. Semoga September lebih baik lagi, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment