بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
27 Oktober 2011
Hari kedua di kampung. Faheem baru pertama kali menghirup udara pagi Bunut Susu, Pasir Mas. Sejuk dan dingin kampung mencucuk hingga ke tulang. Tambahan pula hujan dari dinihari hingga ke pagi masih bersisa. Seronok melayan keletah anak teruna di hening pagi.
Mencari handphone, nak charge sebab almost out of battery. Ada missed call from Nas dan text from Anne.
"Li, dah tau ? huhu" tanya Anne. Aku pelik. Tau ape?
Call Nas.
"Ko call aku tadi? kenapa?"
"Suami ppink meninggal. Accident."
"Astaghfirullah..Innalillah..Bila nas?"
"Pagi tadi."
"Ppink camne nas?"
"Die kat hospital. Meraung-raung die menangis."
Then, dapat another message from Anne.
"Li, suami ppink, fendi meninggal pagi ni, accident"
Ya Allah. Ketar lutut aku dengar berita ni. Berkaca-kaca mata cuba menahan tangis.
Ya Allah, hebat sungguh ujianMu untuk sahabatku.
Aku cuba call Ppink. Tak berangkat. Aku mesej. Tak berbalas.
Aku call Anne. Airmata tumpah berderai-derai.
Ya Allah, aku sendiri tak kuat menghadapi berita ni. Macam mana dengan Ppink? Macam mana aku nak bagi kekuatan pada dia sedang aku sendiri lemah. Hanya doa yang mampu aku titipkan.
Aku berkira-kira lagi untuk call Ppink. Berat hati nak call. Bimbang aku tak mampu kawal emosi. Aku sepatutnya beri dia kekuatan. Bukan merobek lagi hatinya yang duka. Sungguh aku tak kuat. Teringatkan dia, laju airmata mengalir. Aku cuma mampu mesej. Mohon ampun sebab tak dapat menemani dia saat die bergelut melawan tangis. Saat die perlukan sokongan dan kekuatan. Syukur ada Nas, Awe dan Aiza menemani Ppink. Maaf kawan-kawan, tak dapat menyertai kalian.
"Li, terima kasih. Walaupun hati aku luluh...aku syg dia li"
Ringkas Ppink reply mesej aku. Tapi cukup buat airmata ni tumpah lagi.
Jenazah arwah suami Ppink selamat dikebumikan di Jengka.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan para solihin.
Al-Fatihah
28 Oktober 2011
Awe call. Pada Awe aku tanyakan khabar Ppink. Awe pas fon kat Ppink. Belum sempat aku tanya apa-apa, aku dengar esak tangis Ppink. Berkali-kali Ppink mohon aku doakan dia. Dia tak mahu bersedih lagi. Jiwa lemah ni tak terdaya menahan tangis. Suara seakan tersekat dikerongkong, namun sempat menitipkan sedikit kata-kata semangat.
Ya Allah, bagaimana aku hendak menyelam duka seorang teman sedang aku juga turut rasa terhambat oleh kesedihannya. Bagaimana aku bisa memimpinnya bangkit dari kesedihan sedang aku juga lemah.
Maafkan aku Pink, tak dapat temankan kau saat kau perlukan bahu untuk menangis, saat kau perlukan tangan untuk menarik kau bangkit dari luka.
Allahu Akbar. Betapa besar dan agung kuasaMu Ya Allah.
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."
Surah Al-Insyirah : Ayat 5-8
Buat sahabat, hanya doa mampu aku titipkan. Aku tau kau kuat. ALLAH pilih kau untuk diberi ujian yang begini hebat sebab DIA Maha Mengetahui. DIA tahu hambaNYA ini akan terus ingat dan dekat padaNYA. Aku doakan kau tabah hadapi ujian ini dan kuat semangat untuk teruskan hidup. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kau, dunia dan akhirat. Mati itu pasti. Cuma masa dan ketika penentunya. Allah pinjamkan Fendy pada kau untuk kau rasa nikmat kasih sayang. Walau sebentar cuma, namun aku doakan, kasih sayang yang Fendy curahkan akan sentiasa mekar dalam taman hati kau. Dan aku harap, bekal kasih sayang itu juga akan buat kau bingkas bangkit dari kesedihan, membina kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Dengan bekal iman dan taqwa, aku yakin kau mampu untuk mengatur langkah. Bangkitlah dengan penuh semangat, teguhkan benteng keimanan dalam meneruskan sisa-sisa hidup di bawah lindungan rahmat dan barakah Allah. Moga-moga kalian akan bertemu di jannatul raudhah.
Ya ALLAH, sesungguhnya KAU menimpakan ujian ke atas sahabat ku kerana KAU tahu dia akan selalu dekat padaMU dan KAU tahu dia mampu menanggung ujian yang KAU berikan. Ya ALLAH, KAU bangkitkan lah dia dari duka, bangkitkan dia dengan kekuatan jiwa dan rohani. KAU pimpinlah hatinya Ya ALLAH. Dekatkanlah hatinya padaMU, rawatlah jiwanya. Bekalkannya kekuatan iman, agar dia sentiasa berada di jalanMU Ya ALLAH, agar dia terus tabah menongkah hari dan usia, agar dia tidak lemah dek ujianMU Ya ALLAH, agar dia tidak tersungkur dalam kedukaan dan kekalutan dunia. Allahu Akbar, sesungguhnya kekuasaanMU tidak terbanding hebatnya. Amin Ya Rabbal Amin.
No comments:
Post a Comment