Wednesday, April 18, 2012

Program Cinta Masjid Tv Alhijrah @ Masjid Al-Azim Pandan Indah

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

14 April baru ni TV AlHijrah buat program Cinta Masjid di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Antara aturcara yang menarik adalah siaran lansung rancangan Assalamualaikum dan yang paling meletup, rakaman 30 Minit Ustaz Don. Program berlansung selama satu hari, dari jam 8.00 pagi sampai 11.00 malam kalau tak silap.

Aku and family pergi dalam pukul 9.00 pagi. Masa ni dah habis kot siaran lansung Assalamualaikum. Tapi ada pelancaran kenderaan rasmi stesyen TV Al Hijrah. Dari celahan orang ramai, ternampak kelibat Irma Hasmie, pengacara program Assalamualaikum. Sebab pagi tu tengok Assalamualaikum kat TV, dah aim tudung colour ape kak Irma ni pakai kononnye. Hahaha..

Faheem nak bergambar dengan aunty Irma yang cute jelita. Jubah dia pun cantik juga...wuwu...Ummi tolong bawak Faheem je...Ecehhh...Faheem pulak jadi mangsa. Tengokla muka tak rela Faheem tu. Tapi aunty Irma cakap Faheem comel...Ummi yang senyum meleret.. =P


 Faheem macam takde mood je. Tak sabar nak jumpa Ustaz Don kot. Ustaz feveret Faheem tu..Kalau tengok program Ustaz Don, Faheem berdiri betul-betul depan TV, berpaut kat rak TV, sambil mulut terlopong. Comelsss..


Maskot TV Al Hijrah...Aris dan Ara..


Aturcara asal, rakaman 30 Minit Ustaz Don bermula pada 11.00 pagi. Aku punya la semangat cop seat betul-betul depan stage. Memang grand stand habis lah..Clear gila kalau duduk sini..Semangat tunggu, tibe-tibe announcement bagitau Ustaz Don mohon maaf tak dapat hadir masa tu. Postpone rakaman ke pukul 2.30 ptg.
***Frust***


Disebabkan frust Ustaz Don tak jadi datang pagi tu, Faheem transform jadi Pak Lebai Arab.
*wink*wink*


Then jalan-jalan kat booth kat luar masjid. Ni dekat booth TV Al Hijrah. Ada Amee Sofea, juara program Solehah dengan Dr. Ezani Master Chef Malaysia. Promote program terbaru mereka. Then ade demo cake decoration oleh Dr. Ezani, tapi aku tak tengok. Dah berjalan ke booth lain.


Sementara nak tunggu ke petang, Faheem dah keletihan. Sempat jugak Ummi beli buku yang dah lama sangat cari sebelum ni tapi tak jumpa. Kat program ni baru lah dapat jumpa buku yang diidam-idamkan. Jenuh dah jelajah MPH, Popular bagai tapi tak jumpa..Buku yang dimaksudkan....Didik Anak Gaya Rasulullah. Dah lama sangat cari buku tu. Dapat juga akhirnya. Alhamdulillah...After that, kami balik rumah dulu. Faheem tidur. Letih sangat. 

Well, rakaman Ustaz Don pada petangnye, dengan perasaan hampa sebab tak dapat grand stand yang aku dah cop masa pagi tadi atas sebab tertentu, aku duduk luar masjid je. Sebab dalam masjid dah full gila. Suara Ustaz Don pun dengar bergema je.
**Frust lagi**
Takpelah Faheem, Faheem tengok Ustaz Don dalam TV jelah sayang..
Gambar ni hubby capture dari tingkat atas. Ramai kan. Ustaz Don tu yang halus je pakai jubah biru cair yang berdiri kat tengah crowd tu.


Masa duduk kat luar masjid sambil dengar suara Ustaz Don yang sayup-sayup je tanpa dapat menangkap apakah butir bicaranya, Azan Al-Mawlid (dulunya Azan Ruffedge) lalu belakang hubby. Aku pun saje cuit hubby pointing to Azan. Dia macam mundar-mandir mencari sesuatu. Bila dia patah balik lalu temapat kami...

Hubby: Assalamualaikum bang (sambil angkat tangan kat Azan)
Azan Al-MAwlid: Waalaikumsalam...(Sambil hulur tangan salam hubby)..Siap ber picnic lagi kat luar ni...
Hubby: Cari apa bang?
Azan Al-MAwlid: Temapt wudhu' lelaki kat belah mana?  Nak cari temapt nak solat. Dalam ni macam penuh sangat.
Hubby: Owh..wudhu' kat belakang ni je. Abang nak solat boleh naik atas la. Tak ramai orang.
Azan Al-Mawlid: Anak ke? (merujuk kepada Syaqeer yang tengah baring atas tilam kecik)
Hubby: Anak buah.
Azan AlMawlid: Yang ni produk sendiri la? (Merujuk kepada Faheem yang tengah duduk kat hubby)
Hubby: Aah..hehe..

Ok...MIL ingat Azan tu kawan hubby..Selamba je hubby tegur dia...haha..Knowing my hubby, memang peramah sangat kot.. 


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015