Wednesday, July 25, 2012

Iftar @ Surau Ubudiah Pandan Indah ¦ Trial Bawak Faheem Terawih

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

4 Ramadhan 1433H.

Surau Ubudiah Pandan Indah anjurkan program iftar bersama YB Dun Cempaka. Surau ni yang paling dekat dengan rumah: kat hujung lorong.

Bawak Faheem iftar kat surau. 
Menu: nasi tomato, ayam masak merah, dalca sayur, acar timun. 
Sepanjang iftar, hubby jaga Faheem. Kesian jugak tengok hubby nak makan sambil jaga si kecil yang ligat. Semenjak dah dapat kaki, asyik nak berjalan je. Turun naik tangga, keluar masuk surau. It's ok, exploration time.

Selesai iftar, terus solat Maghrib berjemaah. Ade sorang kakak comel about 4 years old. Aku mintak tolong kakak comel ni tengokkan Faheem sementara aku ambil wudhu' dan solat. Kakak comel ni ade 2 lagi adik comel, sorang girl, sorang boy. Dierang bertiga ni la yang dok melayan Faheem sepanjang aku solat. Alhamdulillah.

Dah alang-alang iftar di surau, baik stay terus untuk solat isya' dan terawih kan? Sementara nak tunggu azan isya' aku mengaji dulu. Hubby balik rumah sekejap, bancuh susu untuk Faheem since Faheem dah mula merengek. Dapat je susu, senyaplah dia. Habis je susu, Faheem sambung sesi eksplorasi. Aku biarkan je dia jalan kedek-kedek sambil teruskan mengaji. Sesekali aku jeling jugak mane anak teruna aku pergi. Kakak comel 3 beradik masih setia layan Faheem.

Hampir habis 1 surah, Faheem dah ke saf muslimat yang paling depan. Seronok tengok sejadah terbentang. Aku habiskan bacaan. Aku tengok macam ade something wrong je dengan jubah Faheem.

Ok, ade stain. Cepat-cepat aku capai Faheem and bagi kat hubby. Faheem poo-poo. Huhu...Aku terus bawak Faheem balik. Niat hati lepas settle salin diaper, boleh lah gi surau semula. End up, Faheem tidur lepas tukar diaper. Huhu..

Aksi-aksi anak teruna tidur keletihan. =P

Ummi terawih kat rumah je la..and 1st trial bawak Faheem terawih adalah gagal. Takpelah, kite try next time pulak. InsyaAllah ok. Kalau tak cuba, tak tau kan. Kata hubby, jangan cakap tak boleh. Kena biasakan. Mula-mula memang susah sikit. Lama-lama nanti, InsyaAllah ok. Tugas ibu dan ayah lah untukmendidik kan? Kalau tak dididik dari kecil untuk cintakan masjid/surau, bila lagi?

InsyaAllah. Sama-sama kita usahakan. Ummi pun kena rajin pergi surau la. Asyik Abi pergi sorang je. Sekali-sekala baru muncul kat surau. Huhu~ 

*****
Owh..pagi tadi lewat bangun sahur. Macam mana boleh tak sedar bunyi alarm. Celik-celik dah pukul 5.00a.m. Melompatlah aku turun katil. Syukur dah tapau lauk dari rumah Mama semalam sebelum Iftar kat surau. Sempatlah panaskan lauk, masak nasi, goreng telur, masak air. Kalau baru nak masak lauk, memang tinggal harapanlah.

Thank you Mama & Ayah sebab insist kite untuk tapau lala masak lemak semalam. If not, anak & menantu mama sahur minum air dengan kurma je. hehe...

Faheem pun bangun sahur pagi ni. Dah puas tidur semalam. hehe~


Published with Blogger-droid v2.0.1

5 comments:

  1. Shu pun ada fikiran yg sama macam tu, tapi bila baca entry ily kali ni, shu nak buat benda yang sama la. Ajar saqlain cintakan masjid/surau.

    ReplyDelete
  2. Jom shu jom! Bila lagi kan...dah besar nanti dia dah kenal hiburan, takut lebih tertarik dengan hiburan dari program keagamaan..InsyaAllah, Allah permudahkan niat murni kita..hehe~

    ReplyDelete
  3. Bagus.. teruskan niat.. tapi sesetengah orang mcm tak berapa nak gemarje kalau ibu bapak bawak anak ke masjid, ada yg mnejing dan protes macam tak puas hati takut kanak2 menggangu dan buat bising

    salam kenal dan follow sini ye :)

    ReplyDelete
  4. eeehheeemmm...untunglaaaaa dapat sahur lala masak lemak....ahaaaksss...

    ReplyDelete
  5. Anonymous a.k.a kangah la tu..huhu~ rezeki..hehe..

    saleha: Waalaikumsalam. tq singgah. Betul tu. Pernah ditegur oleh sorang makcik tahun lepas bila sy bw baby ke surau. Tapi surau di rumah sy ni alhamdulillah. Mostly ok je kalau bwk ank.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015