Tuesday, July 31, 2012

Persiapan Raya 2012


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah...Selesai sudah pencarian baju raya kami sekeluarga. 3 weeks in a row menjalankan misi hunting for baju raya. 

1st week cari baju Faheem, a week before puasa. Letih jugak mengukur dan tawaf jalan TAR and Masjid Jamek. Susah betul nak mencari baju untuk Faheem. Kenapa susah?? Baju melayu budak kan banyak je. Macam-macam warna ada..
Hmm..susah sebab aku bukan cari baju melayu. Aku cari jubah. Susah sangat nak cari jubah untuk budak umur 1 tahun. Mostly, saiz paling kecil 4 tahun. Macam nak patah pinggang jugaklah pusing each and every kedai. Alhamdulillah jumpa jugak saiz untuk Faheem.

2nd week, 1st Ramadhan, cari baju hubby pulak nun di PKNS Shah Alam. Alhamdulillah jumpa yang matching dengan baju Faheem and brand yang hubby suka. Sebab kain die best.

Baju aku? Actually, aku dah tempah sebelum I get to know that I am pregnant. Tapi aku dah pesan kat tailor  buat besar skit and flare skit belah bawah. She said she will try. Tapi sebab kain tak cukup, tak dapatlah. Sekarang bile aku try pakai, kat perut tu ade sikit je space. Hmmm...mase raye nanti, mungkin sendat sebab perut dah makin boyot. That's one thing. Another thing, baju Faheem and hubby tak sama tema dengan aku..Sebab masa cari baju untuk Faheem kan susah sangat nak jumpa saiz untuk dia. Bila jumpa, warna pulak limited. So grab je sebab dah letih mencari and fikir kalau nak hantar tempah, mesti tailor dah close order. 

Hubby kate, takpelah. Pakai je la baju yang ade tu. Nak kena same ke? 
Adehhh...Merajuk :((
Raya nanti hubby ambil gamba family dengan Faherm je la.  Aku nak duk jauh sikit..hahaha...

Tapi aku buat muka selamba nak cari baju lain. The day after cari baju hubby dah start hunting for my baju. Tapi takde yang matching. So, sambung ke minggu ke-3, misi cari baju kurung. Susah sangat nak cari warna yang match. Aku dah hampir give up da. Lastly, setelah beberapa kali tawaf, turun naik 2,3 level, baru jumpa. Itupun, bukan design yang aku nak. Tapi, terpaksa la. Itu je yang match.

So, settle misi baju raya. Sepasang je masing-masing. 
Every year pun aku and hubby memang ade sepasang je baju raya. Tahun ni je aku dapat baju raya baru. 1st year raya as husband and wife, kami recycle baju nikah jadi baju raya. 2nd year raya, since aku bersalin 2 bulan sebelum raya, memang tak prepare baju raya pun. So, aku recycle dress dayang masa wedding Ainie. Untuk Hubby, aku beli kain sedondon, tempah baju melayu. Baru tahun ni la aku merasa pakai baju raya baru. lalala..

Hmmm..Ada misi nak touch-up baju raya. Harap-harap sempat dan menjadi. =P

Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Ohoh...klu sempat ye makngah...kalau faheem x rajen sgt nk tlg ummi..hehe...da bli da pun weh...huhuhu..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015