Wednesday, August 1, 2012

2nd Pregnancy: 2nd Check-Up at 19 Weeks

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Had my second antenatal check-up yesterday.

Weight: 47 kg (-0.5kg)
Hb: 11.6
Blood pressure: 110/70
Urine: N


Berat turun. Ngeh2. Tapi sebab puasa, dimaafkan. Hahaha.

Last Friday buat MGTT. Haisshhh..Tak suke minum air gula. Burn puasa sehari dah. Hari ni dapat result MGTT.

FBS: 4.6
2HPP: 9.6

Erkkk...Kenapa yang after tu tinggi pulak. Gulp..Nurse tanya "Lepas minum air gula, awak ada balik rumah? Awak ada makan atau minum air manis tak? Tinggi ni. Normal reading 7"

Uhuh..Aku duduk bertapa je kat klinik tu 2 jam lepas minum air gula. Tak pergi mane-mane pun. Nak makan lagi lah tak. Bulan puasa kot. Makcik nasi lemak depan klinik tu pun tak bukak gerai, Hurmmmm...

Masa Faheem dulu ok je. Kali ni pulak kencing manis. Doc schedule for blood sugar profile (BSP) next week, 7th August. Burn puasa lagi..huhuhu~


Pastu nurse cakap, since dah detect kencing manis, lepas ni every check-up kena jumpa doktor. Ohoh..Lambat la habis..

Nampak tak sticker dah tukar colour kuning tu??? Wuwuwuwu..


Pastu scan baby. Patutnya appointment scan 17th August. Aku tanya kalau buat BSP tu masa appointment scan boleh tak sebab malas nak datang banyak kali. Doc cakap boleh scan terus hari ni je sebab takde orang. 

Alhamdulillah, uri kat atas, baby ok, heartbeat seen. Gender? belum dapat dipastikan. EDD follow earlier scan. Stick to 26th December 2012.


Hmm..masa jumpa nurse, tak dapat dengar heartbeat baby sebab nurse cakap baby kecik lagi kot. So, masa doc scan tu, aku memang fokus cari heartbeat je. Ngeee...Alhamdulillah nampak. Dan cik baby sudah mula aktif menendang-nendang. Comel je tengok sepasang kaki die tergedik-gedik..hehe..Aku dah boleh rasa dah baby movement. Ohoww...perasaan yang sangat sweet.


Selalu cakap kat Faheem sambil suruh Faheem pegang perut:
"Dalam ni ada baby adik. Adik Faheem. Dulu Faheem duduk dalam ni jugak.Faheem kena jadi good boy, nanti tolong Ummi jaga adik. Faheem kena sayang adik tau. Ummi sayang Faheem and adik"


Kadang-kadang Faheem nak bermanja, baring dekat aku, kepala kat perut, aku tanya "Abang Faheem dengar adik buat apa ke? Cakaplah kat adik, Assalamualaikum. Ni abang Faheem. Abang sayang adik."


Hehehe..Reaksi Faheem???? Sengih-sengih manja tayang gigi 4 batang dia tu. Comel sangat.


Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

  1. wah tahniah ili.. semoga selamat la semuanya..

    ReplyDelete
  2. Thanx jue..Alhamdulillah, rezeki..Mudah-mudahan, amin....

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015