Monday, August 27, 2012

1 Syawal 1433H ¦ Drama Pagi Raya


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pagi Syawal aku tahun ni adalah sangat dramatik. Bukan sebab drama airmata antara suami-isteri bersalaman minta maaf atas salah silap dan kekurangan yang banyak tak terbendung...Babak tu babak wajib setiap tahun sejak bergelar isteri. 

Seawal subuh, aku terjaga...Perut memulas hendak membuang..Aku berulang alik ke toilet beberapa kali.
Then kejut hubby. Aku, mengerekot atas katil menahan sakit. Bila tak tahan sangat, aku pergi toilet luar.
Still, memulas-mulas. 

At times rasa macam nak bersalin. Dalam hati aku, baru 5 bulan ni. Cik baby tolonglah bertahan. Terlalu awal untuk keluar sekarang. Freak?? Aku pernah terbaca ada sorang mommy ni bersalin masa 5 bulan usia kandungan. Baby hanya mampu hidup untuk tempoh 19 jam. Aku sangat nervous ok. Macam bertarung nyawa di di hening Subuh Syawal. Sumpah, itu yang aku rasa saat tu. Sesekali sakit tu datang menjalar. Sekejap-sekejap. Pastu hilang. Nanti datang lagi. Bila sakit tu datang, dalam hati aku cuma mampu beristighfar dan mengucap. Memang macam nak bersalin. Hubby keep on asking, sakit macam contraction ke? Melihat wife die tak mampu nak berkata, menahan sakit, die macam tak senang hati je. 

Aku suruh hubby pergi solat sunat raya dulu. Aku cuba untuk bertahan dan berharap Faheem tak terjaga sepanjang hubby pergi surau nanti. Alhamdulillah, Faheem lena diulit mimpi saat aku bertarung dengan kesakitan. Aku tak mampu nak baring atas katil. Duduk terhenyak bersandar dalam toilet sambil cuba menahan sakit. Sesekali mengetap bibir dan cuba apply breathing technique. Sesekali membuang. Berkali-kali dalam otak aku fikir, takkan aku nak bersalin dah? It can't be. Ya Allah, lindungilah kandunganku...

Hubby selesai solat sunat raya. Aku masih setia menghuni bilik air dengan rupa dah macam zombie kot. Hubby kejut and mandikan Faheem kat bawah. Aku ni macam dah kering darah. Muntah angin pulak. Last aku makan masa berbuka puasa.

Then hubby naik balik, ajak pergi klinik. Aku sarung t-shirt biasa. Hubby suruh pakai baju raya. Mood raya aku dah tah kemana. Tapi aku ikutkan jugak. Suddenly, parents in law aku naik jenguk aku kat bilik dengan muka kerisauan. Dierang suruh hubby bawak aku pergi klinik. Klinik mana yang bukak pagi raya??? Hubby suggest pergi HKL terus.

Ok, semua orang risaukan aku. Turun bawah, dah ramai kat bawah. Bertalu-talu soalan. Muka aku memang sememeh menahan sakit. Sebelum keluar, makan dulu beberapa ketul nasi impit dengan kuah kacang untuk alas perut yang dah kosong.

Then berfikir-fikir lagi nak ke HKL ke klinik. Aku tak bawak buku merah. Aku decide untuk tengok kalau ada klinik yang bukak. There's one clinic kat Danau Kota..Klinik tu ada servis untuk antenatal. 

While hubby tolong registerkan, aku rasa tak sedap sangat perut. Nak ke toilet. Toilet kunci. Belum sempat aku panggil hubby, aku termuntah depan toilet klinik. Keluar semua kuah kacang yang aku makan tadi. 

Bila jumpa doktor, she didn't touch me at all. Aku sakit perut, muntah-muntah, dia just conclude it as food poisoning. Cirit-birit. She said, it's normal during Raya season. Aku sedikit marah kat situ sebab aku belum jamah sebarang rendang, lemang or whatsoever masa aku start sakit. Makanan terakhir aku masa buka puasa, which semua orang kat rumah mak mertua aku pun makan benda yang sama. Cuma aku je yang sakit. Bila aku bagitau aku pregnant, she said it wasn't the baby, without examining me. Geram jugak. Tapi sebab aku tengah menahan sakit, lemah je, aku terima je la..Tak larat nak argue..Huhu..My main concern is my little baby inside. Hubby cakap, try dulu makan ubat, if still sakit jugak, petang pergi HKL.

Balik dari klinik, sempat bersalaman sekejap, pergi rumah Ayah Long kat sebelah. Then, balik rumah MIL aku bantai tido sampai 4pm. Mind telling that aku belum bermaafan dengan hubby lagi masa tu. Lepas solat Asar berjemaah dengan hubby, baru aku berkesempatan nak bersalaman and minta maaf dengan hubby. Huhu~ Bertakung jugak airmata ni sebab tau banyak dosa dengan hubby. Huhu~

Sakit perut aku berlarutan sampai raya ke 3. Tapi dah kurang la sikit. Ada-ada masa je sakit tu datang. Bila dah ok, memang aku pulun makan la. hahaha~

Raya ke-4, pergi klinik semata-mata untuk check si kecil kat dalam ni. Alhamdulillah, doktor cakap little one is doing just fine, and active instead.

So, there goes my 1st Syawal 1433H.

Our Sweet Little Family

Will be back with more Raya photos.


6 comments:

  1. salam perkenalan..dan salam aidilfitri

    ReplyDelete
  2. berdebar baca story akak sakit perut. alhamdulilah semua okey dan baik2 saja. Alhamdullahh! selamat hari raya! =D

    ReplyDelete
  3. adeh dapat byngkan keadaan tu li.. huhu mujur baby takde pape.. ramai le doktor gitu bukan nye nk check bebtul.. kkdg die gelak nye kat kite bile suruh check..

    ReplyDelete
  4. Iietamalek: waalaikumsalam...salam aidilfitri :P

    Asna: hehe..akak pun berdebar gak mase sakit tu...mmg rase mcm dh nk bersalin je...risau sgt...alhamdulillah, syukur everything is fine...

    Awe: tula we...syukur la xde pape...tp hengang jugak la kan time tu...sempat jgk aku ckp kt koben "xpelah, at least dah tinggalkan 'hadiah kuah kacang' kt klinik tu..huhu...kejam kan...

    ReplyDelete
  5. salam..


    sorry la xjumpa email you...

    pasal ni kan..i ada kene juga..actually i pregnant 26w dh..

    1st i xkena masa raya..kena masa puasa..

    bila i jumpa doctor, dia kata i kene gastric. sebab masa berbuka before tu i balun 3 cawan bandung soda..
    2 hari xpuasa sbb recover balik body..lps tu ok..

    raya ke-4(pagi dlm pukul 3) i kene balik.masa ni lagi teruk..muntah habis-habisan sampai apa yg i makan raya pertama keluar blk la..

    oh ye.masa ni ai lupa nk mkn malam masa raya ke-3 sbb excited sgt dpt blk rumah keluarga i.perut kosong. husband buatkan air milo sejuk (sbb xde air panas)dan mkn panadol.
    pagi tu dh ok.

    lagi satu elakkan makan kacang or lemang/palas (pulut) masa perut tgh kosong.mkn apa2 dlu or minum susu sbb mknn ni mmg byk angin.

    nice to meet you.
    Sara.

    ReplyDelete
  6. sara: Thanx for leaving your comment. Nice to meet you too. owh, pagi tu mkn kuah kacang before pergi klinik, maybe thats the reason why i vommit..huhu~

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015