Friday, August 17, 2012

Menjelang Hari Raya

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Aku dah start cuti on 15th Aug lagi...Yiiihaaa...
Raya kat KL je. Tapi ambil cuti awal bukan main.hehe~
Rabu tu aku kemas rumah sikit-sikit. Duduk berdua dengan Faheem, tak boleh nak tinggal sangat.
Hilang pergi toilet sekejap pun die nangis dah.
Manja abang ni..Takpelah, sebelum dapat adik, biarlah dia bermanja puas-puas.

Preparation for raya.
Alhamdulillah. Seadanya. Ala kadar. Sekadar yang perlu.

Baju Raya
Baju raya, sepasang sorang.Jubah untuk Abi dan Faheem. Kurung pahang untuk aku. Beli siap je.
Baju casual, untuk Faheem adalah lebih sikit. Tak banyak mana pun. Sebab intention beli baju Faheem hari tu nak ganti baju dia yang dah sendat, melekat kat perut tough dia tu. So, jadilah baju raya.
Untuk hubby, shirt/t-shirt 3 helai dengan pants.
Untuk aku, adelah dress 3 helai yang dah pernah pakai. Baru berapa kali je pakai. Boleh je buat untuk raya.
Kasut Faheem tak beli baru. Pakai apa yang ada. Beli banyak-banyak pun nanti dia pakai sekejap je.

Niat hari tu nak beli handbag baru sebab handbag aku dah koyak-koyak sket. Bile fikir balik, lain kali lah. Bukan orang nak tengok beg aku pun. Nanti buat sumbat botol susu dengan mainan Faheem jugak..hehe~ Postpone lah niat nak beli handbag. Plus, aku memang pakai satu handbag tu je sampai lusuh, baru ganti. Tak suke tukar-tukar handbag. leceh. Nanti ade je benda tertinggal.

Tema tahun ni coklat. Sebab nak cari baju Faheem susah sangat. Warna tu je yang ada. So, ummi ngan abi kena follow Faheem la.

Sebab beli kurung pahang kosong, aku merajinkan diri touch-up sikit baju tu. Hubby cakap kenapalah suka susah-susah..hehe~ Ikut mood. Comot je pun. Jahit manik ikut dan je. Bukan pandai pun.

Rumah
Tiada perubahan. Takde cat baru, takde langsir baru, takde alas meja baru. Pakai je langsir lama yang dah berusia 3 tahun tu. Next year la kot kalau nak tukar pun.

Kuih Raya
Aku ingat nak buat kuih. Sejenis je pun. Puasla godek-godek google cari resepi. Bila dah dapat and dah excited nak beli barang, hubby cakap tak payahlah buat. Susah je. Beli siap je. Malam raya nanti round Chow Kit cari kuih macam last year. Dah hubby cakap macam tu, "Saya Yang Menurut Perintah" la kan.Tapi resepi tu aku bagi kat adik. hehe~ Dik, buat lebih sikit untuk kaklang dik...ngeeee~

Overall
Perasaan nak raya tahun ni, biasa-biasa je. Entah. Takde rase excited melampau ke apa.
Perasaan nak melaram pun takde.
Cuma, ada banyak benda yang aku ralat.
Ralat sebab aku diberi kelebihan, tapi aku tak dapat nak gunakan kelebihan tu sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan ni.
Sepatutnya masa ni la aku pulun habis-habis gunakan kelebihan aku tu untuk cari redha Allah.
Tapi sebab kelalaian sendiri, aku tumpas.
Dengan Ramadhan yang hanya berbaki sehari je lagi, apalah guna penyesalan aku tu.
Aku cuma mengharapkan agar ibadah aku yang tak seberapa tu di terima Allah SWT.

Ya Allah, Kau panjangkanlah usiaku dan seluruh ahli keluargaku agar dapat bertemu Ramadan yang seterusnya.
Agar dapat menebus segala khilaf.
Agar dapat memperbaiki diri untuk terus merebut ganjaranMu Ya Allah.

Akhir kata

Dear all,
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Ikhlas
Muhammad Faheem Afif, baby adik, Ummi & Abi.


Published with Blogger-droid v2.0.1

4 comments:

  1. selamat hari raye tuk awak sekeluarge jugak..:) sama2 kite bermaafan yer.. aty persiapan diri..tuk laki dan umah semua ala kadar..tapi untuk anak terlebih kadar..huhu

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya ily. dina nak tanya mana ily beli jubah utk faheem? been searching high n low utk si ZA... x jumpa yang menarik =(

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aty & ieza...

    Dina: selamat hari raya..ily beli dkt jln TAR. Tp jenuh jugak round kedai..xde saiz kecik. Plg kecik utk 4years. Hr tu cr kt pkns pun xde saiz..tp x ingt kedai mne satu la dina. Da masuk byk sgt kedai..huhu..kt kdai yg ily beli ni x byk choice..colour pun limited...

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015