Thursday, August 2, 2012

Shopping at Kenanga Wholesale City (KWC)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Minggu ke-3 hunting for baju raya, loaksinya adalah Kenanga Wholesale City (KWC). Hubby ingat nak ke Jalan TAR. Tapi aku fikir, bulan puasa ni, dengan panas lagi, malas pulak nak bersesak dekat Jalan TAR. Leceh pulak nak bawak stroller. So, aku suggest serbu Kenanga Wholesale City. Sebabnya, condition yang lebih selesa, ada aircond, nak bawak stroller senang, tak panas, senang nak cari toilet dan surau.

Tengahari baru kami keluar. Sampai di KWC, basement parking full. Naik parking tingkat atas, from level 7 to 13A. Semua level pun full. Dekat level 13A baru ada empty lot. Ramainya orang serbu KWC ni...Semua pun nak shopping baju raya kot. huhu~

Kami solat Asar dulu sebelum mulakan misi. Surau kat level 16.

Memang banyak kedai kat sini. Variety of baju kurung and jubah. Kedai baju baby pun banyak.
Cuma, kat sini macam GM Plaza. Beli satu harga mahal. Beli borong baru dapat harga murah. Contohnya, kalau beli sehelai men shirt, RM 45. Kalau beli borong, minimum 4 helai, boleh dapat RM 25 ~ RM 27 sehelai. Yang tak bestnya bile salesperson tu cakap nak beli borong, cuma boleh design yang sama, warna lain-lain. Kalau kat GM Plaza/GM Klang, nak beli borong boleh campur-campur design warna dan saiz asalkan sama harga.

Since aku pergi hari tu dengan misi mencari baju raya, aku memang fokus pada apa yang aku cari. Tapi mata sempat jugak menjeling-jeling. Bila dah dapat baju raya, aku cakap kat hubby nak cari maxi dress pulak. Hahaha...Tapi sebab kesuntukan masa, tak sempatlah singgah semua kedai kat situ. Habiskan masa cari baju kurung je dah berapa jam. Adehh..Tapi tak beli borong la. Beli sehelai je. 

Kedai baju baby pun aku tak masuk. Kalau tak sure dah rembat sepasang dua. Tapi sebelum keluar dah cakap kat hubby, no more baju for Faheem. Dah banyak sangat dah. hehe..

Kalau kedai-kedai macam ni, of course la pakaian perempuan lagi banyak. Stress je hubby. huhu~

Pukul 5 lebih kami nak bertolak balik. Stuck dekat ramp nak turun parking from level 13A lagi. Bayangkan berapa lama nak gerak macam tu? So, hubby park kereta semula, kami solat Asar dulu. Then decided to just tapau some food to eat dalam kereta masa berbuka.

Owh, before that. About our sweet Faheem. Seronok sangat dia explore his new ability. Since dah pandai jalan, taknak orang pegang/dukung dah. Most of the time, dia nak jalan sendiri. Bila hubby dukung, dia meronta-ronta marah. Alahai anak Ummi & Abi ni.

Then Faheem nampak Upin & Ipin. Excited sakan. Terus dia pergi kat Upin & Ipin and he calls them "PEPIN"..hehe~ Masa tengah mencari baju, ade event kat bawah. Ada maskot Upin & Ipin. Bising mulut Faheem sambil tunjuk-tunjuk kat Upin & Ipin. Then hubby bought kipas gambar muka Ipin. Faheem taknak lepas lansung kipas tu. Bila aku try nak ambil, dia marah. Hihihi..Peminat Upin & Ipin rupenye..

Published with Blogger-droid v2.0.1

4 comments:

  1. hohoho.. kita tak penah jejak lagi ke situ.. tp rasa jugak nak terjah sekali.. aritu pergi jalan TAR sesak sungguh sampai terkepit kepala bawah ketiak org.. eee kalau nak bawak stroller rasanya tak boleh kot.. jalan kakipun dah berlaga muntot

    ReplyDelete
  2. hehehe...itu pun baru first time pegi...tulah fikir, kalau gi jalan TAR nak bwk stroller...adeh..tak bergerak kot..
    gi la terjah KWC. Tapi kalau nk murah, better g ramai2, boleh beli borong..

    ReplyDelete
  3. Aku pon dah pergi hari tu Ili. Tapi memang selesa pon. Barang pon agak ok dan murah. =)

    ReplyDelete
  4. Kan aimi kan....selesa la compare dgn nk bersesak berpanas kt jln tar..

    ReplyDelete