Friday, August 17, 2012

2nd Pregnancy: BSP (Part 2)


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nampak tak dah ade part 2 pada title. Uhhhh...Mencik tau..
Last Thursday kalau tak silap, aku tak perasan ade missed call from klinik. On Saturday hubby bagitau klinik call hubby suruh inform aku to repeat BSP on Tuesday, 14 August.
There it goes, another fasting day will be burnt. Urgghh..Tak tercapai dah misi nak puasa penuh tahun ni. Dah 3 hari missed. Semuanya sebab medical. Minum air gula and 2 times BSP.

Hari tu tak explain pun BSP tu ape..huhu~ 
BSP an acronym for Blood Sugar Profile.
Kenapa kena buat BSP?
Sebab lepas minum air gula, bila paras gula dalam darah lebih dari kadar yang ditetapkan, you'll be categorized as Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau dalam bahasa mudahnya, kencing manis.
Jadi termasuklah dalam kategori berisiko sebab takut baby besar.
Sebab tu sticker pun bertukar warna from green to yellow.
Bila dah detect GDM, doktor suruh buat BSP pulak.
Tujuannya, to monitor how our body digest the food.
Kalau result BSP tak konsisten, kena ulang lagi.
Kalau still tak konsisten dan bacaan tinggi, kena rujuk ke hospital.

Macam mana buat BSP?
Ni based on ape yang ake dah gone through.
Kena puasa from 10pm the night before macam nak minum air gula tu. Then datang klinik pukul 8am untuk ambil darah. Ambil darah kali ni just macam ambil darah untuk hb tu je.
Then breakfast, sejam lepas tu, ambil reading for second time.
***
Kat sini aku macam ralat sikit.
Kenapa sejam je eh? Based on pemahaman aku through blogwalking etc, 2 jam lepas breakfast baru ambil second reading. Kat klinik ni, sejam je. So aku suspect aku punya second reading masa 1st BSP dulu naik tibe-tibe sebab time frame ni. Within 1 hour, body belum sempat nak fully digest our food intake. Aku rasa la. Correct me if I'm wrong. Tapi memang buat aku fobia la kan.
***
Sambung balik.
Lepas 2nd reading, makan, then 2 hours later ambil 3rd reading pulak.
Untuk 4th reading, lepas dinner. Means dalam pukul 8p.m.
Then doktor akan tengok la macam mana kita punya profile untuk gula dalam darah.
Each time frame ni, ade kadar bacaan yang ditetapkan.
Kalau lebih tu, faham-fahamlah.
Huhu~

So, the result for 2nd BSP..

**fasting from 10 p.m.**
8.00 a.m. ---> 5.0
.yang ni border. hopefully tak kena repeat lagi.
**10 pieces of cornflakes and 300mL of plain water**
.fobia punya pasal, siap kira lagi berapa pieces aku consume. paranoid betul.
9.30 a.m. ---> 5.1
.takde effect sangat la kan sebab 10 keping cornfalkes cenonet tu je..huhu.
**a little white rice with chicken soup + half slice of tomato and 1L of plain water**
12.00 p.m. ---> 5.2
**2 slices of bread with a mashed boiled egg + mayo + blackpepper and 2 glass of plain water**
8.00p.m. ---> 4.1

Kalau tengok result, nurse kata ok. Tapi tengoklah doc kate ape nanti. huhu~

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015