Tuesday, February 26, 2013

CNY Trip ¦ Day 1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kalau cuti panjang, nak balik kampung nun jauh di Kelantan tu, memang bercinta atas jalan la...
Penuh sesak kereta beratur mengukur jalan yang masih berbaki beratus kilometer..
Semput..

9hb Feb 2013
The beginning of our trip.
Destinasi yang dituju adalah Kuantan, Pahang.
Wedding officemate my zawj.
Bertolak pukul 11 pagi, sampai Kuantan almost 3p.m..
Traffic jam sebelum tol Gombak lagi...Lepas exit Bentong baru clear sikit..
Mujur masih sempat makan lauk kenduri..
Lapar oiii...

On our way..Budak kecik jughuh ni duduk diam je tak buat onar..Bising time lapar nak susu je =P

Abang Faheem duduk dengan Tok Ayoh. Sekejap duduk depan, sekejap duduk belakang, sekejap main kat tengah-tengah..Super active boy..hehe~

Selesai menjamu selera kat kenduri kahwin, pergi jalan-jalan cuci mata..
Ambil udara segar di Teluk Cempedak..
Ayoh a.k.a bapa mertuaku memang suka kedamaian alam...Kalau dapat jalan tepi pantai dengan deru ombak dan bayu pantai yang berpuput lembut, memang kena la dengan jiwa dia..

My zawj, muka kena paksa ambil gambar...heee~ 
Senyum ikhlas sikit dear ^___^

Cuma bertiga. Abang Faheem tengah tidur dalam kereta bertemankan Tok Ma..

Senget-senget dukung anak...Adoilahhh Ummi...

Si baju kuning terang di Teluk Cempedak..


Lepas puas hirup udara segar, ke Tanjung Lumpur pula cari tempat nak minum..



He is happy all the way..

Walaupun dah habis pantang, tapi masih berpantang ais, makanan sejuk dan berangin..
Jadi, hadaplah air barli suam atau milo suam..sambil getap gusi tengok orang minum air teh ais *sobs*

Hero-hero pujaan hati *hugs and kisses*

Disebabkan masih kenyang makan lauk kenduri, kami cuma makan lala masak halia, tanpa nasi, dan keropok lekor.
Sedap tak terkata lala dia..Ratah macam tu je pun, memang mantap la..

Muka pelanggan yang puas hati dan double kenyang..

Sepanjang aku menjamu tekak, si kecil ni tidur lena je dalam dakapan...
Sukanya pakai SSC, baby dapat tidur lena dan selesa..
  
 Gambar bukti kami makan di sini.. =P

Baby Faqeeh, masih lena diulit mimpi..


Selesai makan, balik ke homestay..
Yup, kami duduk homestay..
Arissa Homestay namanya. Rumah teres 2 tingkat, 4 bilik, 3 toilet..
RM 180 per night..

Later that night, tunggu adik bongsu my zawj sampai.
Then keluar cari makan lagi..
Puas berpusing-pusing cari kedai makan, akhirya kami ke kedai ni..

Burger Bakar Big Show
Motif sebenar nak ambil gambar banner. Gunakan Faheem sebagai model tak bertauliah..huhu

Adik bongsu my zawj dengan Ayoh.

Me and Ma..and Faqeeh, again sleeping silently dalam dakapan..

The super duper active boy, Faheem yang tak boleh sit still..Ada je benda dia nak explore..
Faheem the explorer..

 Aku dan my zawj kongsi makan ni..Double grilled burger..
yummehlicious.. 

Sampai licin pinggan..Alhamdulillah...

Entah apa yang aku gelakkan. Beria sungguh...

Habis makan, balik homestay, tidur lah...
End of our 1st day trip...
Esok nak berjalan jauh lagi...

3 comments:

  1. Wow Ily, u really look good u know. Even after giving birth! Mommy of 2 kids! =) hopefully one day, dina pun boleh look as good as Ily! kisses to the lil ones!! take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tp ily rase cengkung sgt muke and berat skg below my ideal weight...huhu..ikut baka ayah kut ni....dina pun skg da awesome ape....

      Delete
  2. salam...eh sama la tempat coti time CNY..ke kuantan jugek...hehhe....comel Faheem

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015