Wednesday, March 6, 2013

CNY Trip | Day3++

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته


11th Feb 2013
Dari Kg. Losong Kuala Terengganu heading to Pasir Puteh, Kelantan.
Wedding cousin aku pulak..
Cousin aku si pengantin perempuan. Actually dia nikah 9hb, resepsi belah perempuan 10hb, resepsi belah lelaki 11hb.
Since 9hb dan 10hb aku ada event lain, jadi aku plan ikut pergi menghantar je la...

On the way to Pasir Puteh berbekalkan keropok losong dan ketupat palas..
Dah kata stay kat Kg. Losong, tak sah lah kalau tak singgah beli kepok signature Kg. Losong..hehe..
Ketupat palas tu pulak, biras belikan..
Aku hanya mampu telan air liur hokey tengok ketupat palas tu..
Pantang pulut lagi takut Faqeeh kembung perut...

Sempat lagi kami singgah kat Kg. Penarek, Setiu.
Berhenti sekejap je ambil gambar.
Itupun my zawj dan Faheem je yang turun sebab aku tengah breastfeed Faqeeh.
Dapat rasa hembusan angin laut pun dah cukup..
Nyamannnn...
Tapi sempat lagi snap aksi hero-hero pujaan hati tu..

Seronoknya Faheem menikmati keindahan alam...

Sampai rumah Ayah Mad (pakcik aku) kat Pasir Puteh dalam tengahari..
Mandikan Faheem sebab masa gerak dari KT Faheem tidur lagi..
Pastu Faheem layan main atas pelamin sementara tunggu pengantin perempuan dan rombongan nak menghantar bersiap..

Faqeeh baring, tidur sajoh...

Pukul 3 lebih baru kami bertolak ke rumah pengantin lelaki..Kat area Tok Bali kalau tak silap..
Our small family dengan cousin aku si pengantin perempuan, Nabilah..

The Bride & Groom

Kan CNY trip ni dari KL ke KT aku dengan family my zawj..
Dari KT ke Pasir Puteh, family kecil aku je yang pergi while others ada misi lain.
Sementara aku pergi menghantar, Ma dan yang lain-lain plan untuk ke Besut, rumah AyahNgoh, adik Ma dan juga rumah besan Ma.
They all gerak lambat sikit dari kami.
Masa pergi menghantar, Ma baru sampai Besut.
Dan memandangkan rumah pengantin lelaki kat Tok Bali which is dah dekat sangat dengan Besut, maka my zawj decide untuk patah balik ke Besut.

Salah seorang peserta trip..hehe...Anak buah aku yang muda 2 bulan dari Faheem, Faiz..

Dari Besut ke Kelantan semula.
Bermalam kat rumah Mokteh (adik Ma) di Kedai Lalat, Kota Bharu..

The next day (12th Feb), Ma nak ke pejabat tanah dulu.
So, Ma keluar awal dari kami. Janji untuk jumpa di Salor, rumah CikWi.
Kami dan Abe (abang my zawj) keluar serentak, tapi hala tuju berbeza.
My zawj kata nak pusing-pusing bandar Kota Bharu..
Tiba-tiba my zawj tanya nak pergi pantai tak?
Aku setuju sajoh..
{sad to say that selama ni aku tak pernah jejak any pantai kat Kelantan bila balik kampung..sobs}

Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Ummi ajar anak camwhore...adehhh...

 Ber'baby-wearing' dengan Faqeeh ;)

My lovely heroes..

Si pencinta alam..hehe..

Tidur sajoh...




Dari PCB nak ke Salor, berhenti beli akok...Kuih feveret ni...

Sedap tak terkata akok ni...nyummmm nyummmmm...

Menyuap anak dan Abi-nya akok yang masih panas...perggghhh..
Faheem sorang je habis 4-5 keping akok...
Berselera sungguh...

Bila perut dah kenyang, mata terus pejam =P...

Dari Salor, ke Pasir Mas dan Kenak..
Memang berjalan sakan menziarah saudara mara..
Malamnya, Ma and others bermalan di Kenak while my small family bermalam di Bunut Susu...

13th Feb
Destinasi yang dituju...

Cuaca panas memang tak mengizinkan aku nak berlama-lama membelek barang..
Baru menjenguk beberapa kedai Faqeeh dah bunyikan alarm sampaikan bila nak pilih toto pun aku serahkan kat my zawj je untuk decide..
Then my zawj hantar toto dan anak bini ke kereta..haha...
Aku stay dalam kereta je dengan anak-anak while my zawj pergi membeli..
Bila ada anak kecil, memang tak dapatlah nak puaskan nafsu berjalan dan membeli tu..Selamat duit..hahahaha...

Next, kami ke rumah sanak saudara Ayoh di Gual Periok..

Melayan anak dan anak-anak buah dalam panas terik yang menyengat..


Singgah ziarah kubur arwah atok/nenek my zawj.

Makan malam: Restoran Selera Cik Siti, KB...




Again that night bermalam kat rumah Mokteh..

Our last day in Kelantan, 14th Feb..
Sebelum bertolak balik, singgah ziarah rumah CikYa..
Lepas tu singgah Pasar Besar Siti Khadijah..



My zawj beli kuih cek mek molek, ketupat palas manis dan yang ada inti sambal daging untuk bekalan tengah jalan dan juga untuk Mama...erkkkkk...Feveret aku...Tapiiiii, tengah pantang pulut..*sobs* nanges..

Sempat juga isi perut dengan laksam kat Pasar Siti Khadijah tu...Memang ohsem sungguh...
Air botol tu sekadar hiasan je..

Semangat Kelantan membara...hahaha...{extra super proud to be kelantanese???}

Dah puas isi perut, it's time to get back..
Bye Negeri Tok Guru..Till we meet again..
In sha Allah..

p/s: Faqeeh dah berjalan jauh balik kampung atok nenek seawal usia 50days ++..



Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015