Monday, March 11, 2013

My Boys & My Dad

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته

Kisah lelaki-lelaki penting dalam hidup aku...
Of course My zawj lelaki yang paling penting, tapi kisah dia takde dalam entry ni...
Ehhh...ada jugak...tapi bukan watak utama...
Watak sampingan yang berjasa besar :P

Tentang Ayah...
Hari tu kan ayah masuk wad...
Sepanjang 61 tahun usia ayah, this is his first time being warded..
Dan ayah masuk wad a few days before his birthday...
Alkisahnya, ayah rasa sakit dada, sakit mencucuk-cucuk...
It's been three days....Lepas mandi pagi, ayah masih berpeluh kasar dan juga sakit dada...
Bila sakit ayah baring lekapkan bantal kat dada...
Mama suruh ayah ke klinik..Agak susah nak suruh ayah pergi klinik unless dia rasa betul-betul sakit..
Kalau sakit biasa, demam batuk yang dia masih boleh tahan, ayah sekadar ke farmasi beli ubat...
Kali ini, the third day, aku kira ayah dah tak tahan...
My zawj pun tegur ayah, kata ayah nampak tak sihat sebelum dia pergi kerja..
Kebiasaan ayah, awal pagi dah keluar ke pasar, supermarket survey harga barang, cari mana yang murah...
Ayah ke klinik, sendirian naik motor...
Hampir tengahari ayah balik...Mama tanya apa kata doktor..
Ayah diam...Ayah hulurkan sampul surat kepada Mama...
Mama tak faham tulisan cantik doktor..aku pun sama...
Yang pasti surat refer ke hospital...
Tengahari, ayah tanya aku A&E tu apa? Buka sampai pukul berapa? Takde appointment nak pergi macam mana?
Aku tanya encik google...A&E stands for Accident & Emergency (aku tau o&g je...hehe)...Kalau dah emergency, buka 24hours la dan bawa je referal letter yang klinik bagi...
Ayah naik atas...Seketika kemudian turun balik lengkap berkemeja...
Ayah kalut cari kad pesara, tak ingat letak mana. Akhirnya pakai kad pesara Mama...
Ayah bingkas keluar, membawa motor sendirian ke hospital...
Ayah keluar pukul 2ptg...
Pukul 6ptg, hujan...
Aku tertanya-tanya sendirian...Mana ayah? Hujan ni, macam mana ayah nak balik? Apa result ayah? Ayah kena tahan ke? Nak telefon, ayah takde handphone...
Not so long after that, telefon rumah berdering...staff nurse...Dia cakap ayah masih di hospital, belum jumpa doktor...ayah suruh nurse call rumah, takut mama risau...
Almost maghrib, nurse call informing that ayah kena tahan..
Seminggu ayah duduk wad...
Minor heart attack, kencing manis, darah tinggi...
Last tuesday ayah discharged..Alhamdulillah..
Ayah kena continue appointment..
Doktor kata she wasn't sure about blockage sebab tak buat engiogram..
Kenapa tak buat engiogram? She said base on scan she feel there is no need to do engio..
Next appointment, ayah kena buat stress test...Kalau result tak ok, they will refer to Hosp. Serdang or IJN...
Hmmm..praying for everything to be fine...
Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati ayah...ameen...

Kisah anak-anak...
The boys are not feeling well...

Adik batuk sampai hilang suara...mesti perit tekak dia...
When he cries, rasa sayu dan hiba sangat dengar suara halus dia...
Went to clinic, doc bagi ubat ni...nasal drop...

Ubat ni untuk cairkan hingus..Bila hingus cair, operasi sedut-menyedut bermula...Doc cakap sedut macam makan.siput sedut..Sedut sebelah sebelah. Masa sedut lubang hidung belah kanan, jangan tutup lubang belah kiri..Sedut dengan yakin, jangan teragak-agak, jangan geli...
Bagus betul penerangan doc ni...hehe...

Abang pulak demam, batuk, selsema..
Then last night dia nangis sambil tenyeh telinga..
Aku tengok ade cecair kuning (tahi telinga la tu) kat area lubang telinga..
Bila suluh dalam lubang telinga macam ade blockage warna putih...Dah tutup lubang telinga..
Dengan anak tengah terjerit-jerit nangis, aku yang gelabah sambil mata berkaca, call my zawj yang tengah dengar ceramah..
Dengar suara bini gelabah dengar background music suara anak nangis melolong, cepat-cepatmy zawj balik,.bawak.faheem ke klinik...
Doc cakap itu kotoran a.k.a tahi telinga..
Normal for kids where tahi telinga mencair dan meleleh keluar..Tapi bila kotoran tu dah berketul sometimes mengeras, boleh jadi iritasi untuk kanak-kanak..
Doc prescribe ubat titis telinga untuk cairkan kotoran tu...but this time no sedut-sedut eh...biarkan die meleleh keluar sendiri, dan just lap bahagian luar lubang telinga je...Jangan guna cotton bud untuk bersihkan bahagian dalam lubang telinga sebab ia akan menolak kotoran masuk lebih dalam...
Dalam pada tak sihat,sempat juga si abang hadiahkan ummi gigitan yang sangat mencengkam...

Kesan gigitan kat jari telunjuk ummi...

Memang power betul gigi Faheem..
Lagi kuat ummi menjerit kesakitan, lagi kemas cengkaman rahang dia..
Adesss...but it's ok...sebab ia tak dapat menandingi rasa sakit contraction nak lahirkan kalian...hee...

Speedy recovery my boys...
Ummi loves both of you...

Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015