Monday, May 13, 2013

Suci Lagi Murni

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته

Suci?
Hehe...Gambar masa zaman sekolah...Suci tak muka aku?
Ni masa form 5 kat TIKL..


Siap  sedondon pakai jubah...Lagi bertambah suci dan murni...


TIKL....SM Teknik Kuala Lumpur..Sekolah berasrama harian di tengah kota..
Ada kawan cakap, budak TIKL mesti sangat 'bandar'..Sekolah tengah bandar kan..
Mesti trendy, up-to-date.
Tapi bila dia ada netball match dengan TIKL, dia sangat terkejut tengok budak TIKL ni islamik..
Kalah dia yang bersekolah kat Besut, Terengganu..

Kenapa statement dia macam tu?
Sebab masa sekolah dia lawan TIKL, takde sorang pun student TIKL yang bukak tudung, sinsing seluar..Dari start game, sampai habis...Sedangkan budak sekolah dia dah campak tudung keluar padang, seluar dah sampai paras lutut.

True..
TIKL macam sekolah islamik..
Sebab, kami student TIKL, tak kira lah masa sekolah, masa prep, masa riadah, kena pakai tudung pin depan macam dalam gambar kat atas. Tak boleh selempang. Pengecualian untuk kami yang main netball ni masa game sahaja untuk selempang tudung. Tapi tidak dibenarkan sama sekali untuk bukak tudung. Habis game, pin depan balik..Masa training netball pun tak boleh selempang tudung dan lipat seluar. Baju wajib long sleeve.

Masa tournament Piala Dato' Shukor (Liga Teknik) kat Johor, cikgu bawak pergi mandi air terjun. Kota Tinggi Waterfalls kalau tak silap. Cikgu siap pesan, walaupun ada yang free hair di luar sekolah, tapi selagi bawah jurisdiction cikgu & coach, kami tak dibenarkan bukak tudung walaupun masa mandi air terjun..

School days pun, every morning lepas assembly, MPP (Majlis Perwakilan Pelajar a.k.a prefect) akan check sorang-sorang pakai kain dalam and camisole tak. Itu adalah wajib.

Hmmm...
Tak dinafikan yang cara pemakaian aku sedikit proper lepas masuk TIKL.
Aku start pakai tudung masa Form 3.
I mean, dari darjah 6 kot, pergi sekolah memang pakai tudung. Tapi keluar rumah ikut dan je..
Masa form1 form 2, datang training netball on weekend or bersukan, tudung mesti terbang melayang. Balik kepala togel..
Form 3 barulah melekat tudung atas kepala tak kiralah main netbal ke, volleyball ke, lari berpuluh kilometer ke..Tapi, baju masih short sleeve.
Alhamdulillah, TIKL have change me a bit..

 After SPM, aku masih mengekalkan cara pakai tudung macam tu for quite some time. Kalau konon-konon nak bergaya sikit pun, buat selempang butterfly..
Tapi lama-lama, dengan perkembangan fesyen tudung yang macam-macam, dari pin depan ke butterfly, lilit-lilit, tudung sarung, shawl...Macam-macam la..
Banyak sangat revolusi tudung..Tapi mujur tak terlalu terikut dan terjebak sangat dengan fesyen yang dah semakin pelik-pelik...
Yang menyedihkan, bila fikir-fikir dan imbas balik, walaupun bertudung, tapi tak patuh syariah..
Bermula dengan teguran my zawj yang suruh labuhkan sedikit hijab everytime tengok wife die bersiap, hijab singkat bila berlilit-lilit, menampakkan apa yang tak sepatutnya..
I'm trying to improve myself..
Trying to be a better person, better wife, better mom, better child..


Back to my TIKL look that I misses so much..
Alhamdulillah, feeling much better..
Muka suci lagi tak macam zaman sekolah dulu?


Tapi...
These two faces memang muka yang paling tulus, suci dan murni..Bebas dari noda..hehe..
Wajah kesayangan Ummi..
Semoga aku mampu mencorakkan mereka sebaik-baiknya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, In shaa Allah..


Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. Huwaaaaaa windunyeeeeeee zaman tikl dolu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! kan! kan!....rindu zaman mude remaja...kihkihkih...mcm dh tua sgt rase...hoho..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015