Tuesday, June 25, 2013

Faheem dan Solat


Macam mana nak ajar anak solat & kepentingan solat?
Kalau cerita panjang lebar, bagi tazkirah berjela, budak sekecil tu mana nak faham..
Dia lagi seronok main berlari keliling rumah.

Dalam bab ni, my zawj memang memainkan peranan penting. Haruslah kan Abi jadi watak utama.
Ummi watak sampingan je..hehe.

Dari baby lagi, kalau solat sendiri or solat berjemaah laki bini, kiterang akan letak baby kat tepi.
Kalau aku solat sendiri, sebelum solat aku akan cakap kat baby...Ummi nak solat. Nak menghadap Allah. Behave tau. Faheem/Faqeeh jangan nangis-nangis...Solat ni wajib...Kadang nangis je jugak budak-budak ni..Bila nangis, aku biarkan je. Aku nak dia tau solat tu lagi penting. Dah habis solat aku pujuklah.

Bila Faheem besar sikit, my zawj selalu bawak pergi surau..Ramai pulak yang melayan dia kat surau. Ade je geng abang dan kakak. Masa solat Abi tinggal je Faheem. Ade la kakak abang tolong tengok.

Kalau solat dekat rumah, bila nak solat je my zawj akan cakap kat Faheem, "Jom solat"..
Kami solat dekat atas, jadi bila Abi ajak solat, Faheem cepat-cepat pergi dekat tangga.
My zawj akan bentang sejadah untuk aku dan Faheem sekali.
Kadang-kadang Faheem ikut solat sekali.
Walaupun belum pernah ikut sampai habis solat, 2 rakaat pun dah mencukupi.
Kadang-kadang Faheem leka main.
Kadang-kadang Faheem main cak-cak dengan aku, masuk dalam telekung aku.
Aku terus je solat macam biasa.

Sekarang, bila azan, Faheem tau dah masuk waktu solat..
"Abi...Allahuakbar..."
Bila abi ambil wudhu, Faheem nak ikut sekali "Amek uduk..."
Basuh muka, basuh tangan, basuh perut??? ..dan basuh kaki..
Dia ikut je ape orang buat.Ade part dia skip, ada part dia tambah..Habis basah lencun baju..

Dah siap ambil wudhu, capai kopiah, tunggu Abi kat pintu...
Kat surau, dia tak kacau pun Abi solat..My zawj kata orang surau dah kenal Faheem. hehe~
Kalau orang ajak main, dia marah "Issshhh...", kacau dia nak solat agaknya..

Bila dah selalu ikut Abi pergi surau, bila azan je, Faheem ajak Abi pergi surau/masjid.

Kadang-kadang Faheem solat cara maktok.
Maktok solat duduk.
Faheem pun ambil bangku, letak atas sejadah, duduk atas bangku.
Tangan angkat takbir, kepala tunduk-tunduk, mulut kumat kamit..
Faheem oh! Faheem...

Banyak lagi yang Faheem perlu belajar..
Ada masa mudah di ajak, ada masa sukar..
This is only the beginning..
Banyak lagi yang aku & my zawj perlu ajar..
Banyak jugak lagi aku kena improve diri aku untuk jadi ummi yang solehah lagi mithali..
Mana mungkin ibu ketam dapat mengajar anak berjalan lurus kan??


Aku harap sifat ni berkekalan sampai bila-bila..
Besar sangat harapan aku, mengharap Faheem faham dan mengerti pentingnya solat dan kewajipan menunaikan solat..
Semoga Allah permudahkan segala urusan...Ameen..

Hmmm..teringat cerita Ma..
Ma kata, my zawj masa kecik-kecik dulu, tengah leka-leka main basikal ke apa, bila dengar azan, terus tinggalkan mainan, cepat-cepat pergi surau.Solat fardhu berjemaah. Siap dengan solat sunat..Kalah orang tua-tua..
hehe~ Alhamdulillah..
Faheem & Faqeeh ikut macam Abi tau..



6 comments:

  1. InsyaAllah faheem anak soleh. Sikit2 lama2 nanti dia pandai la tue :)

    ReplyDelete
  2. Shu dan Hubby pun practice benda yang sama jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an anak2 kita sentiasa menjaga solat..In shaa Allah..

      Delete
  3. Koben oh koben...eh salah...faheem oh faheem...kecik2 dah tunjuk bakat anak soleh...insyaallah jd pejuang agama Allah ye satu ari nnti. Biar apa pun cara dia... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...Tq aunty...doakan faheem jadi saham paling bernilai buat ummi & abi kat akhirat nanti ye...{amboi...doa faheem ke doa ummi faheem ni? hahaha}

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015