Tuesday, June 18, 2013

Biar Bertatih...Biar Terpaksa...Biar Hipokrit...Yang Penting Manis ;)


Petikan dari slot Motivasi Pagi di IKIM.fm..(Tak ingat pula nama Ustaz) (13 Jun 2013)

Biar bertatih membuat kebaikan demi untuk mendapat keredhaan dan kemanisan..

Banyak kes, di mulut cakap ikhlas, tapi dalam hati tak rela..

Kata Ustaz, buat kebaikan bermula dengan TERPAKSA.
Solat...bukan pilihan. Ia satu kewajipan..Kita TERPAKSA buat.
Menutup aurat pun sama. Wajib bagi umat Islam itu menutup aurat. Ia adalah PAKSAAN.
Nak buat benda baik yang lain macam sedekah, solat dhuha etc, bermula dengan PAKSAAN.
PAKSA diri kita untuk buat kebaikan..

Mula-mula rasa susah, rasa payah..rasa tak ikhlas...rasa hipokrit..
Bila dah selalu paksa, dah selalu buat, barulah kita rasa RELA..
Sudah terbiasa. Bila ditinggalkan rasa janggal.

Bila hati kita sudah rela, dari situ terbitnya REDHA..
REDHA itu membawa KEMANISAN dalam setiap kebaikan yang kita lakukan.
Kita REDHA mengeluarkan duit untuk bersedekah. 
Ganjarannya kita dapat merasa ketenangan, kemanisan asbab dari sedekah yang dikeluarkan.

Seterusnya, dari REDHA dan KEMANISAN itu akan menggamit KERINDUAN.
 Hati sentiasa rindu berbuat kebaikan..Ternanti-nanti untuk terus berbuat baik.







***
Jauh lagi aku nak dapat kemanisan..huhu~
Banyak lagi nak kena paksa..
Nak paksa diri pun perlukan kekuatan..
Ya Allah, berilah aku kekuatan Ya Allah..
Berilah ahli keluarga ku serta sahabat-sahabatku kekuatan dalam berbuat kebaikan agar kami sama-sama dapat merasa kemanisan, keindahan, kenikmatan berbuat kebaikan..
Ameen Ya Rabb.

2 comments:

  1. sy pun..banyak kena paksa diri =)

    ReplyDelete
  2. Terpaksa n rasa susah di dunia.. insyaAllah di akhirat kelak senang lenang.. siapa tahu kan :)

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015