Wednesday, June 12, 2013

RandomTalk #5 - Man: Life After Marriage

 

Overheard a conversation between two married guy. About their life after marriage...

"Lepas kahwin semua jadi susah..."
  "Apa yang susah?"
"Lain lah dulu dengan sekarang. Tak kahwin nak keluar malam senang je."
  "Betul gak."
" Dulu kawan ajak keluar malam ok je, terus keluar..Sekarang susah..Salah cakap nanti marah.."
" Yelah..semua nak kena bagitahu. Nak pergi mana semua kena cakap.."
"Pening...sebelum kahwin bebas nak buat apa, nak pergi mana..dah kahwin macam terikat."
"Pasal makan pun. Kalau masak tak sedap, cakap ok je, sedap...kalau cakap tak sedap, marah, tarik muke..."

And so on...
Aku yang mendengar, telan air liur..Otak cuba digest the conversation and cuba link dengan life aku..hmmmmm...Is it what every man have in their mind??????

Balik, tanya my zawj...

"Dear, bila syg tanya syg msk ok tak, dear selalu jawab ok je..walaupun at times syg rasa ade je kurang, dear tetap jawab ok...Do you really mean it? Ataupun nak jaga hati syg, takut syg kecik hati ke?"

"La...takdelah..ok je..Dear makan je"

(Hmmm...ada one time tu bila aku cakap rasa macam termasin sikit, my zawj cakap ok je...Dalam mangkuk aku je kot masin. Dalam mangkuk dia ok je....hahahaha...ayat memang sangat menjaga hati...)

Then aku tanya lagi pasal what different does it make before and after married.

"Dulu dear selalu keluar malam tengok bola, keluar dengan kawan...sekarang tak dah. Dear takde rase stress ke, terkongkong ke, terikat?"

"Dear ade je keluar malam lagi.."

"Lain ngan dulu..Dulu keluar lepak..sekarang ade tujuan lain.."

"Ok je. Hidup berubah."

Then aku reveal kenapa aku tanya semua tu..My zawj tanya macam mana aku boleh dengar semua tu..Dah dierang borak sebelah aku...I just wanted to know does that conversation applies to all man in the whole universe? Dia gelak je...Well, he knows that his wife memang suka fikir macam-macam..ngeeee~

What can I conclude from here?

Susah nak conclude. Pasal makan, my zawj memang jarang complain pasal makan. Tapi kalau dia rasa sedap, dia cakaplah sedap. Kalau biasa-biasa, ok je. There's no such thing as tak sedap..I admit memang aku tak pandai masak. Everytime aku masak mesti aku akan mintak maaf sebab tau banyak kurang. Tapi my zawj tak pernah complain..Instead, he will usually thank me for preparing the food..Tapi kadang-kadang nak jugak dengar dia complain (in a good/soft way of course..hahaha), at least takdelah aku syok sendiri, masak ikut selera aku je. Plus I can improve myself perhaps...

Pasal keluar malam, masa bujang pun kalau dia balik lambat, Ma akan mesej "Allah jadikan malam untuk tidur dan berehat"..hehe..so aku tak risau lah. Sekarang ni kalau dia keluar malam pun mostly sebab ada kerja/kuliah/usrah. Ada jugak lah sesekali keluar lepak dengan kawan. Tapi aku ok je, unless ade something urgent and more important yang mana aku lebih perlukan dia kat rumah, I will text him and tell him that I need him.

Pasal nak kena report bila pergi mana-mana, benda ni dah memang kebiasaan kiterang sebelum kahwin lagi. Bukan king/queen control. Just to inform in case jadi ape-ape, we are aware. Dah jadi amalan, so takdelah rasa terkongkong ke ape. Aku nak pergi lunch luar dari office pun aku inform. Penting untuk elak salah faham kelak. Plus, we text more than 10 times per day. Dah sampai office, nak breakfast, nak lunch, nak pergi site...almost everything...hehe...Takde masalah pun kat situ. Kadang kalau aku dah sampai office tapi lupa message due to any constraint ke ape, my zawj akan mesej tanya dah sampai ke belum..Caring you...hehe~

Itu yang tersurat..
Yang tersiratnya....Does what man says really reflects what he feels deep inside his heart? Persoalan besar tu kan...Tak terjangkau akal ni..Manalah nak tau apa dalam hati orang kan..
To me, kadang-kadang perlu juga untuk menjaga hati. Dia cuma luahkan kat orang, orang yang sama situasi dengan dia mungkin. But he does not want to hurt his wife's feeling. Sebab tu dia tak reveal kat his wife. Cuma keluhan kecil seorang suami.. Aku ni yang kebetulan ada kat tempat kejadian, dan duduk dalam situasi si isteri, tentu aku akan relate dengan diri aku..

Haissshh...dah-dah tu...Jangan fikir banyak-banyak...Nanti boleh lead to syak wasangka pulak..hahaha..Kalau nak dapatkan jawapan yang nak puaskan hati kita, memang takde...One of penyakit hati ni...Ngeee~
 
Ya Allah, peliharalah hambaMu ini dari penyakit-penyakit hati..Ameen..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015