Monday, July 29, 2013

Petikan Tazkirah Ramadhan (5)


This is actually part of tazkirah Ustazah Nik Salida. Tapi previous entry pun dah panjang. So aku split into two.

Masa Diana Amir berkongsi kisah, berkongsi rasa, she did mention "takkan kita sorang je nak masuk syurga kan? Mesti kita nak orang-orang yang kita sayang masuk syurga sama"..

Adding to her statement, Ustazah pun sambung..
Kita nak masuk syurga, kita nak semua orang yang kita sayang masuk syurga dengan kita. Suami/isteri, anak-anak, mak, ayah..
Tapi orang kita selalu sayang anak dekat dunia je.
Sebab apa?

Sewaktu peristiwa Isra' Mikraj, salah satu yang diperlihatkan kepada baginda Rasulullah SAW adalah orang yang menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah kepalanya. Kemudian kepalanya menjadi satu kembali, lalu dihantukkan lagi ke batu. Kepala pecah dan bertaut, dihentak ke batu, pecah lagi, bertaut kembali...Begitulah berulang kali. Orang itu adalah orang yang tidak menunaikan solat. (Isra' Mikraj & Solat)

Ramai orang kita, sayangkan anak, anak minta apa semua bagi.
Tapi kita lupa nak suruh anak solat.
Kita lupa nak ajar anak solat.
Kita lupa nak monitor anak solat.
Kita sayang anak dekat dunia, tapi lupa nak pimpin tangan anak masuk syurga.
Nauzubillah..

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:“
Suruhlah anak-anak kamu solat bila berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan)”.(HR Abu Daud) 

Tarbiyatul Aulad yang Nabi ajar, pukul anak itu apabila umurnya 10 tahun. Itupun sebab tak solat.
Tapi ramai antara kita pukul anak dah banyak kali dah. Sebab kacau adik, sebab tak dengar cakap, sebab kacau kita buat kerja. Itupun belum 10 tahun kita dah pukul. Tapi bila anak tak solat, kita tak pukul. Walhal tak boleh lansung pukul anak melainkan sebab tak solat.

Petikan nasyid dari kumpulan Huda..(lirik)
"Suruhlah anak-anakmu bersembahyang, sedari umurnya tujuh tahun..Bimbing mereka lakukan kebaikan, hidup dan mati kerana Tuhan."

Tugas kita sebagai ibu bapa. Didik anak, ajar anak tentang solat. Tekankan kepentingan solat. Suruh anak solat.
Anak itu amanah dari Allah.
Di akhirat kelak kita kan di tanya bagaimana kita mengurus amanah yang Allah beri kepada kita.

Semoga kita semua mampu mencorak anak menjadi muslimin/muslimah bertaqwa. Semoga dapat bertemu dengan anak-anak serta kesayangan sekalian di syurga, In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015