Semalam aku cuti. Teman ayah ke IJN. Half day jugak kat IJN. Register, buat ECG, X-ray, specialist consultation.
Doktor explain pasal opsyen rawatan susulan.
Angiogram, CT scan or makan ubat.
First and foremost, doktor cakap, semua rawatan ni takkan menghilangkan sakit 100%. Maybe dalam 30% je.
Tapi, dia mengurangkan probability serangan jantung yang kuat.
Then doktor terangkan tujuan dan risiko rawatan.
Macam angiogram, ada 6 risiko.
Serangan jantung, stroke, pendarahan, kerosakan buah pinggang, alahan...lagi satu tak dapat recall..
But these risk is only 1%.
Risiko CT scan pulak, radioaktif, kerosakan buah pinggang, alahan.
Memandangkan keadaan ayah yang agak stabil since his first attack, doktor suggest buat CT scan dulu. Based on CT scan result baru proceed next opsyen either medication or angiogram.
Next appoinment will be after raya. Meanwhile ayah kena jaga makan la. Especially time raya nanti..huhu~
Lepas settle kat IJN, terus ke wad pediatrik HKL.
Nak ziarah sahabat TIKL yang baru bersalin last week.
Actually aku tak rapat sangat dengan sahabat ni masa kat sekolah sebab kiterang lain course.
Aku dan my zawj budak awam (pengajian kejuruteraan awam), dia budak pedeq (perdagangan).
Tapi aku penah la sama-sama dengan dia masa sukan sebab kami satu rumah sukan.
Nak dijadikan cerita, sahabat ni kerja dekat CIMB bank berhampiran office my zawj.
Jadi selalu lah jumpa. My zawj pun selalu mintak tolong dia.
Especially time nak raya ni kan. Nak mintak tolong tukar duit raya...hehe..
Seperti kebiasaan (semenjak 3 tahun lepas), my zawj call la sahabat ni nak mintak tolong tukar duit raya.
Kata sahabat ni dia dah cuti bersalin.
Then katanya anak dia kena tahan ward, ada masalah usus.
So, semalam lepas settle hal ayah, kami pergi la ziarah sahabat ni.
Parking HKL memang teruk gila. Jadi my zawj drop aku kat wad pediatrik tu, dia tunggu dalam kereta.
Aku bawak Faqeeh.
Masa aku pergi ni, anak sahabat aku ni tengah dalam wad bedah.
Jadi aku jumpa dia depan wad bedah.
Husband dia tinggalkan kami seketika. Kami borak-borak..
Sahabat aku ni bersalin premature. 31 weeks. Normal delivery.
Kata dia, masa tu dia memang dah rasa contraction.
Bila pergi hospital dah buka 7 cm.
Alhamdulillah 23 Julai selamat bersalin baby girl. Anak first dia boy. Lebih kurang baya Faheem kalau tak silap aku.
Ditakdirkan Allah, baby kedua ni ada komplikasi usus.
Sahabat tunjuk kat aku gambar usus baby.
Bentuknya macam segugus anggur. Masha Allah..
Saat aku pergi ni, operation kedua untuk baby, seminggu selepas dilahirkan.
First operation, yang gambar sahabat ni tunjuk kat aku.
Lepas first operation tu, doktor nak uji usus baby berfungsi atau tak.
Bagi makan. I am not sure whether makan tu means solids ke susu sebab tak bertanya lanjut.
The next day, baby berak berdarah.
So there goes second operation. Nak tengok problem dekat mana.
Kata doktor, kalau bahagian yang bermasalah tu sedikit, boleh buang bahagian tu and hopefully sel-sel dia akan membiak balik.
Tapi kalau the whole usus bermasalah, means kena buang the whole thing.
Can the baby survive?
Chances untuk baby survive?
Kata sahabat, ayat doktor tu cakap kat dia sedap je, manis la...Tapi dia faham, doktor nak jaga hati dia.
Katanya lagi, kes anak dia agak kompleks. Compare dengan kes-kes yang lain, kes anak dia ni priority.
Aku sebagai sahabat memang fail kat sini. Bila bab macam ni.
I am suppose to cool her down kan.
Saat kaki melangkah keluar kereta, aku pesan kat diri berkali-kali, don't shed your tears. At least in front of her.
Tumpah juga airmata aku. Haihhh...
Aku cuma mampu cakap, hebat ujian Allah. Allah tahu dia kuat. Tabahkan hati ye.
Dia kata..."Dugaan...Istimewa kan anak aku.." Dia senyum...Senyum dalam tangis.
Luruh lagi airmata..
Saat melangkah tinggalkan dia pun. berkaca-kaca mata aku tahan sebak.
Itu aku, dia apatah lagi kan??
Tak henti-henti hati ni doa mohon Allah beri yang terbaik buat sahabat dan anaknya. Moga Allah kurniakan dia ketabahan hati, kekuatan dan kesabaran, mohon dia redha atas segala ketentuan Allah.
Sebelum berbuka.
Melalui Facebook sahabat minta tolong sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Yassin buat anaknya.
Anak kecil sedang kritikal.
Sayu hati aku baca..
Isya'
My zawj dapat mesej..
Anak sahabat telah selamat kembali ke rahmatullah.
Innalillahi wainnalillhirajiun..
Aku terkedu. Allahuakbar.
Genap seminggu usia si kecil.
Allah menjemput dia kembali.
Seperti mana lahirnya dia, bersih dan suci tanpa noda.
Allah jemput dia kembali dalam keadaan yang sama, bersih dan suci.
Allahuakbar. Bidadari syurga. Dia pasti menanti ibu ayahnya di pintu syurga.
Buat sahabat, kau insan terpilih. Allah pilih kau untuk diuji sebegini hebat.
Allah tahu kau pasti mampu hadapi andai iman penuh di dada.
Sungguh Allah kasih padamu...
Diuji dalam bulan yang penuh berkat..
Moga ujian ini mengajar mu erti sabar.
Innallah ha ma'as sobirin....sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Dan ganjaran buat orang yang sabar itu, tak ternilai ganjarannya.
Moga rahmat kasih sayang Allah sentiasa memayungimu.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment