Monday, October 7, 2013

My Parenting Reference Books


Dulu, aku suka sangat baca novel dan komik...
Kalau start baca novel, jangan ada sesiapa kacau. Sambil makan baca novel, sambil jalan baca novel, masuk jamban pun bawak novel.
Komik tu mostly komik anime, manga yang comel-comel tu..
Tapi tu pun zaman diploma, degree..Berhabis duit beli komik yang baca sekali campak tepi..
Huhu...membazir duit betul..
Tapi...itu dulu...

To be frank, aku dah lama gila tak baca novel.
Tengok adik beli novel baru, berlambak bersusun kat rak buku bilik dia pun aku tak heran dah.
Takde nafsu dah kat novel..

Rasanya since zaman degree pun aku dah not so into novel dah. Ada pun konon-konon high standard nak baca novel omputih sajoh..huhuhu...
Masuk alam pekerjaan, bye-bye novel..
Tapi still gak rajin pergi kedai buku..
Tambah pulak office masa tu dekat Mid Valley. Rugi weh kalau tak terjah MPH kat bawah tu..
But I've noticed that my reading materials dah bertukar.
From novel to something more motivational, knowledgeable..
Pendek kata, lebih kepada buku ilmiah.

Dan, being a mother, tentulah aku akan cari books on parenting.
Pening jugak nak pilih parenting books yang bagus.

Currently, these are my parenting reference books.
Tapi semua pun belum habis baca...wuwuwu..

The first one that I bought. Sebenarnya,  niat asal nak beli buku Didik Anak Gaya Rasulullah  yang warna coklat tu. Ada satu hari ni, kawan aku ajak pergi kedai buku dekat Wisma Yakin. So I thought bolehlah beli buku tu. Unfortunately, kat kedai tu takde buku yang aku cari. Kat kedai tu, memang banyak buku rujukan agama, mostly from Indonesia. Kalau local author, memang tak jumpa kat situ. Instead, I found this book..
Bahasa pengantar dah tentulah Indonesia kan. Bila baca, terasa ala-ala sinetron gitu...ngeeee~
Tapi content buku ni sangat menyeluruh. Daripada tanggungjawab ibu bapa sebelum berkahwin sampailah menjadi ibu bapa. Dan juga bagaimana membangun keperibadian Islam anak dari aspek aqidah, ibadah, kemasyarakatan, akhlak, intelek, kesihatan dan seksual. 



  





Ni buku yang aku nak beli by title. Beli masa program Cinta Masjid TV Alhijrah di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. 

Isi kandungannya


Buku ni pulak aku beli online. Dari blogger Fabulous Motherhood. Buku ni banyak gambar dan illustration yang menarik. 
Untuk review buku ni, boleh tengok kat sini --- >
http://mommynadia.blogspot.com/2013/06/review-now-you-are-mother-book.html

Tapi, ilmu kalau tak diamalkan, takde manfaat.
Semoga aku dapat amalkan ilmu-ilmu yang aku dapat supaya ia jadi ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri, dan untuk anak-anak, In shaa Allah..

1 comment:

  1. Dah lama nak buat entry pasal 3 buah buku yang aku ada ni.. tak buat buat pun lagi..3 je li.. = |

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015