Thursday, October 17, 2013

Our Qurban 2013


Semenjak kahwin, raya korban aku mesti dekat Gombak. Dan semenjak kahwin juga, raya korban aku adalah sangat busy. No more landing depan tv, baring-baring, golek-golek, bermalas-malasan..
Totally changed.

Tahun ni, giliran my zawj ambil bahagian korban. Siap ada giliran eh? hehe..We try to make sure that every year kami akan ambil bahagian. So, buat giliran lah. Last year aku, so this year my zawj pulak. Next year InsyaAllah aku balik.

Sebelum tu, outfit raya....Kami empat beranak berjubah di pagi raya.
My zawj pakai jubah raya puasa tahun lepas, while aku dan anak-anak pakai jubah souvenir dari kak ti & abang aris dari mekah.
Tema hitam-coklat. Kebetulan je pun.
My zawj dan Faqeeh jubah coklat, aku dan Faheem jubah hitam.
Tapi, gambarnya nan hado..Tak sempat bergambar pun.
My zawj, tokey lembu....Balik solat sunat aidil adha, makan-makan, terus salin uniform dah..
Tak sabar nak perebah lembu..

Alhamdulillah, tahun ni 7 ekor lembu berjaya di tumbangkan.
Yang ambil bahagian ni mostly anak-beranak, saudara mara, kenalan-kenalan rapat Ma & Ayoh.
Kami buat sendiri-sendiri. Setaip keluarga take part untuk melapah lembu.





Sedang melapah

Pemerhati kehormat...Assistant tokey lembu jadi mandur tunggu lembu sampai malam raya, supervise lembu turun lori dan tambat lembu. Serba boleh ni...Mujur pukul 12 malam mata dah layu. Kalau tak, dah ikut tokey lembu pergi dispatch lembu sampai pagi buta dah ni ...

Ni masa tokey lembu pergi despatch lembu..

Tokey lembu terpaling busy...Menghantar lembu malam raya sampai pukul 4 pagi..huhu~ Pagi raya sambung buat kawad cam, suruh lembu buat barisan..hehe~ Dia la tukang jerit nama orang-orang yang ambil bahagian, tukang pegang kepala lembu, tukang segala tukang..



Orang puang pun take part juge lapah-melapah, potong-memotong..



Gelagat anak-anak buah di ahri raya...Seronok tengok lembu..

 Ingat deme ni buat kerja melapah ni tak lapar ke? Tak haus ke?
Hoiiiii...ape lagi...tuan rumah/hos kena sediakan makanan dan minumam laaa....
Malam raya dah siap rendang ayam, rendang daging, kuah kacang & nasi himpit..
Pastu ada bahulu, kuih karipap, agar-agar 3 jenis.
Pagi raya tambah pulak mee goreng lagi.
Air sejuk tah berapa kali topup tah..
Hah...letih weh jadi tuan rumah..
Tapi itulah rutin aku setiap kali raya haji semenjak jadi menantu Hj. Yusoff & Hjh Wan Zainab ni..
Tapi aku watak-watak sampingan lah kan...Watak utama biras aku yang seorang ni, Kak Na...Dia la chef of the day merangkap tuan rumah jugaklah sebab tapak tanah tempat sembelih tu sebelah rumah dia kan...
Tak menang tangan hoiii...

Dah siap melapah memotong bagai, terus tenggek periuk masak sup tulang...
Pastu buat daging goreng kunyit dengan daging goreng black pepper...
Kak Na buat cili kicap yang ummmphh punye pedas pulak tu...
Memang terangkat la...
Syukur Alhamdulillah...


2 comments:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015