Friday, October 18, 2013

Tentang YB...


Nak cerita tentang YB yang seorang ni...
Ni YB kawasan rumah aku...DUN Chempaka..
Tapi masa PRU tu aku tak mengundi kat Chempaka..Masih guna alamat rumah parents, jadi pengundi Ampang lah aku..

Kenapa dengan YB?
Terbaca status YB...


YB pakai handphone Nokia N8 je pun..
Budak sekolah pun dah kelek Iphone, Samsung Galaxy Note dan segala jenis smartphone yang ada kat pasaran..

Ada pulak yang komen zuhud tak bertempat..
Adehhh...
Kalau masih boleh digunakan, apalah salah YB nak pakai sampai jahanam. Baguslah YB berjimat cermat. Belanja berhemah. Tau mana yang penting dan perlu diutamakan..

Tapi seriously, YB ni memanglah sempoi teramat..
Kalau tengok dressing dia, biasa-biasa je.
Kalau jalan tengah orang ramai, orang pun tak kenal dia YB..
Kereta pun, pakai Proton Waja..
Rumah, biasa-biasa je...Tak menampakkan ke-YB-an nye pun...
Sama level je dengan aku, tapi up sikit lah..haha..
Sangatlah low profile..
Tapi mesra rakyat..

Kenduri kahwin adik ipar aku baru-baru ni, my zawj jemput YB..
Jemput tu dengan kata bagi kad je..
Itupun bukan my zawj bagi direct dekat YB. Pas dekat orang suruh sampaikan dekat YB..
Tak expect lansung lah YB akan datang..
Tup tup, menjelma tengah majlis..Berdua dengan isteri beliau..
Isteri dia pun, low profile je..

Then abang ipar tengok-tengok lah YB. Tanya apa yang patut, nak tolong ambil makan ke..
YB jawab takpe, dia ambil sendiri.
Dia beratur macam orang lain gi ambil ambil makan..Rilek je..
Takde escort ke ape..
Muka pun cool je..
Takde pun riak wajah macam 'woi...aku YB woi...bagi aku potong queue woi...'
Takde...takde...
Aku tau ni pun sebab aku beratur belakang dia..haha..

Masa nak balik tu, dia cari my zawj..Tapi my zawj takde, tengah sibuk urus family pengantin perempuan dekat parking..Pastu dia terus balik sebab ada lagi 2 program nak attend..

Memang sempoi lah..

Ehhh...ini bukan kempen untuk YB ye..
Just saying what I happen to know..
Tapi YB memang cool..
Allahuakbar..

1 comment:

  1. Beruntungla dapat YB mesra rakyat. Salute la kat YB ni.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015