Friday, November 15, 2013

Aurat Seorang Wanita Muslimah

 


Aku yang dulu....banyak benda aku tak tahu...

Sekarang bila dah tahu sikit-sikit, rasa makin baaaaaanyak yang aku tak tahu...
Betapa luasnya ilmu Allah tu...Allahuakbar...

Masa bertambah seorang ahli baru dalam family, masa kangah aku kahwin lah kan, aku bertudung kat rumah bila ada abang ipar. Tapi tak cukup syarat menutup aurat..Baju lengan pendek... T_T..

Bila dah kahwin, my zawj tegur..Suruh pakai lengan panjang bila abang ipar ada. Even masa tengah pantang pun, bila kangah dan family balik, cepat-cepat capai sweater.

Kalau kat rumah mak mertua, Alhamdulillah dari first day melangkah masuk rumah dah bertudung dan berlengan panjang..Bab baju tak cukup longgar tu mase tu belum dipertimbangkan lagi..Adehhh T_T.. Slowly baru berbaju longgar dan labuh menutup punggung.
Stokin dan handsock pun, baru berjinak-jinak..
Allahurabbi...Semoga Allah beri kekuatan untuk kekal istiqamah..Ameen..

Kadang-kadang ada yang cakap, takkanlah nak bertudung sepanjang masa dalam rumah??
Tak panas ke? Tak rimas ke?
Hakikatnya, memang WAJIB jika ada ipar duai berlainan jantina sebab hubungan kita dengan ipar duai berlainan jantina cuma mahram sementara. Mahram atas sebab dia berkahwin dengan kakak kita atau sebaliknya. Sekiranya terputus ikatan antara keduanya, dia dah jadi bukan mahram dah. Sebab tu still kena jaga batas aurat..
Ramai yang memandang enteng benda ni..Nampak remeh, tapi hukum disisi Islam sangat berat..
Jom kita perbaiki mana yang kurang..



Ni aku copy dari FB Ustaz Dr. Izhar Ariff


Banyak persoalan mengenai aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .


Maka jawapannya ialah :
Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM "

( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat "..

Wallahuaklam



Yang ni pula salah satu daripada komen pada status tersebut yang memberi penerangan terperinci kepada apa yang Ustaz maksudkan.


Pendapat daripada yusuf Qardhawi (Fatwa ke-19).. aurat pada bahagian kaki dan 

pergelangan tangan merupakan sesuatu yang ada rukhsoh atau keringanan (ref : ad-Durul Mantsur oleh as-Suyuthi). stokin kaki/ stokin tangan bukanlah menjadi kewajipan sekiranya kita berada dalam rumah yang 'ghalid' bagi kita menguruskan rumah tersebut. cthnya keperluan mengurus dapur, memasak, mencuci pinggan mangkuk, juga keluar masuk bilik air untuk mandikan anak/ basuh berak kencing anak, dan apa sahaja tugasan harian kita di rumah, maka dibolehkan kita menampakkan kaki dan kadar segenggam pada pergelangan tangan. (fatwa yusuf Qardhawi).. bahkan pada zaman Rasulullah pernah sahabat menegur wanita yang berniaga di pasar kerana ternampak bahagian lengannya ketika menguli tepung, tetapi Rasulullah membenarkannya kerana keperluannya menyinsing sedikit bahgian lengan untuk perkerjaannya. (al-Majmu', 3: 167-168) dan dalam website ustaz zaharuddin.net juga ada menyebutkan tentang dibolehkan menampakkan pergelangan tangan/kaki pada sesetengah keadaan yang aman daripada fitnah.


*Jadi, tak perlu berstokin kalau ke laman rumah sendiri atau ketika sekali-sekala pulang ke kampung ibubapa yang turut disertai ipar-duai (cth: bermalam di kampung) pada musim cuti sekolah dan lain-lain.




3 comments:

  1. hurmmmm...
    sama la dgn i...
    mmg pakai tudung, tp x tutup sepenuhnya....sdg cuba baiki diri...
    plg susah, dlm rumah..bila ada ipar....
    in shaa Allah, akan usaha jugak sampai dpt tutup dgn sempurna...
    thanx for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...sama2 kita usaha perbaiki diri :-D

      Delete
  2. Saya mohon share di Fb utk quote ustaz ya

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015