Thursday, December 26, 2013

Dah Pandai Pilih Sendiri...


Misi di hari cuti umum....Mencari barang keperluan..
Lepas zohor baru keluar..Target nak ke KL...
Masa keluar tu berkira-kira jugak nak naik LRT or drive..
Last-last, drive sajoh..
Punyalah berpusing-pusing cari parking.....Tak jumpa..
Terus rasa malas...dan cari cari port untuk mengisi perut..
Makan dekat area Kg. Baru..Pastu terus gerak menghala ke Ampang..
Cancel plan nak masuk KL..
Tapi sempat singgah Ampang Point survey barang..
Aku dah jumpa, tapi my zawj pulak tak jumpa yang berkenan. KIV dulu..Nama pun survey kann..

Then singgah Reject Shop...
Pergi kat section budak-budak, ada 50% discount.
Faheem pulak terus berkenan satu baju ni...
Robot katanya..
Dah siap capai...Elok pulak saiz ngam-ngam kat dia..
Memang tak lepas dah baju tu..
Aku belek-belek seluar khaki untuk budak-budak ni..
GAP Baby...Rm25 after less..Ok lah kan..Kain pun sedap..Ambiklah sehelai sorang..
Tibe-tibe Faheem capai lagi satu baju..
Abi suruh pilih antara dua, yang mula-mula capai tadi or yang baru ni..
Both pun dia nak..Rm12 sehelai after less..

Balik tu, lepas mandi, sibuk nak pakai baju baru...
Abi pun pura-pura nak sarungkan baju baru, suruh Faheem tutup mata dulu...
Bila Faheem pejam mata, Abi tukar baju lama..
Pandai pulak dia mengintai..Bila nampak baju lain...
"Bukan yang ni...yang ini je..." Tunjuk baju baru..

So...inilah baju pilihan Faheem.Yang ni baju pilihan kedua.
Kadang-kadang dengar dia sebut spiderman, kadang-kadang bunyi macam ironman..Memang pengaruh rakan sebaya sungguh..Sebab kat rumah, mana pernah dia tengok benda-benda ni...huhu~ Tengok abang Syahmie pakai baju spiderman, dia nak jugak..Alahaiii..

Yang ni baju pilihan pertama..Yang dia cakap robot tu...Star wars sebenarnya..Bukan dia tau pun Star Wars tu..Tapi sebab tengok gambar ala-ala robot kan..Tumpang sarung kat adik Faqeeh..hihi..

Baju adik Faqeeh, Ummi pilihkan..
Tapi takde gambar..

Each and every day, termenung gak aku tengok keletah Faheem..
He have his own preferences now. Which bottle nak pakai buat susu, yang besar or kecik..Kalau dia cakap nak besar, aku buat dalam botol kecik, mengamuk suruh tukar botol..huhu..Which baju to wear..Which direction to lay his blanket..Which this and which that...Semua nak ikut citarasa dia sendiri dah..
You're growing up too fast that I am afraid I'd missed some great moment that I'm supposed to spent with you...
T___T


1 comment:

  1. sama la mcm qasyaf....kalo dia ckp nak gelas tu, gelas tu la...
    ms kita x penat, best la layan...kalo ms penat, rasa jugak nak marah...huuu

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015