Thursday, December 12, 2013

Attended Program Motivasi Ibu Bapa: Ibu Bapa Positif Anak Cemerlang

 

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat ikut serta parenting program lagi untuk tambah ilmu..
Program percuma, dekat dengan rumah.
..Allah..Allah...Allah...

My zawj asalnya ada paintball tournament. Unfortunate for him, group member semua tak muncul.
But fortunate for me, sebab dia join sekali seminar. Jadi, boleh bawak anak-anak sekali. Kalau tidak, plan asalnya, hantar anak-anak ke rumah Maktok..Siap breakfast dulu, baru pergi. Memang dekat sangat dengan rumah ni..Jalan kaki pun boleh. Tapi, sebab hujan, kita naik kereta ye..Kalau tak hujan pun, naik kereta jugak ye..hahaha..
Itupun dah lambat. Ingatkan dah ketinggalan dah.
Bila kami sampai, belum mula pun lagi. Alhamdulillah, hikmah Allah, rezeki kami..

Penceramah untuk program ni, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Dan program dirasmikan oleh isteri MB Selangor, YB Puan Sri Salbiah Tunut.
Program bermula sedikit lewat sebab menanti ketibaan Puan Sri.

Masa aku sampai, Ustazah dah pun ada. Tengok orang tengah kerumun ustazah, aku ambil peluang sekali nak bersalaman dengan ustazah. Masa tengah salam, ustazah hulur tangan nak dukung Faqeeh. Time tu jugak abang Faheem datang takut adik di bawak lari. hihi..Borak-borak jap dengan ustazah sambil ustazah acah nak bawak adik Faqeeh balik. Abang Faheem dok lah tarik baju ummi suruh ambil adik..Tak perasan pulak my zawj ambil gambar. Tibe-tibe je dia whatsapp.. :)

Puan Sri Salbiah sedang merasmikan majlis.
Bukan setakat ucapan perasmian, malah Puan Sri turut berkongsi beberapa parenting tips.
Subhanallah..Kagum sungguh dengan Puan Sri..Memang sangat humble dan islamik..Tonggak kekuatan YB MB ni..
(Redha lah dengan gambar yang blurry ini ye..)
 Beliau menyentuh tentang isu banjir. Katanya banjir juga ada nikmat disebaliknya.
Dalam Al-Quran telah dinyatakan tentang nikmat-nikmat Allah, di dalam Surah Ar-Rahman..
Puan Sri juga menekankan pentingnya menjaga solat. Nak didik anak-anak bersolat, ibubapa perlu tunjukkan contohnya. Surah yang banyak ajar tentang mendidik anak, Surah Luqman..
Banyak lagi sebenarnya yang Puan Sri sentuh, tapi aku tak sempat catit. Dan walaupun aku record pakai hp, tak berapa jelas sebab suara Puan Sri lembut dan sopan. Suara Faheem dan Faqeeh yang lagi banyak mendominasi rakaman..Haha..


Actually, sementara tunggu ketibaan Puan Sri, Ustazah Isfadiah dah start dulu. Cerita latarbelakang Ustazah dan beberapa pengalaman Ustazah terutama sepanjang beliau bertugas di hostel IIUM. Banyak kisah yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Kisah-kisah yang menggetarkan jiwa seorang ibu dalam mendidik dan membesarkan anak...Allahuakbar...Banyak iktibar dan pengajaran kat situ..
Kisah apa? 
Bergelumang dengan pelajar-pelajar wanita, pelbagai ragam dan kerenah. Yang baik, Alhamdulillah. Yang nakal? MasyaAllah...Gejala sosial, pergaulan bebas berlainan jantina..Nauzubillah...

Lepas ucapan perasmian cum ceramah juga sebab banyak juga isi penting yang Puan Sri highlight, Ustazah Isfadiah conquer pentas balik.

*****
Perkongsian dari Ustazah Isfadiah 
(setakat yang aku mampu catat sebab kelek anak kan...hihi)

2 point yang paling penting dalam mendidik anak..

Solat
Ajar anak solat, ajar anak kepentingan solat. Macam mana nak bagitahu budak kecil 2 tahun yang solat tu penting? Ibubapa kenalah solat. Jaga solat fardhu. Bila anak selalu tengok kita solat Fardhu cukup lima waktu, InsyaAllah, automatik dia tahu, solat tu penting. Setiap hari kena buat, 5 waktu sehari.
Ajarkan juga makna solat. Setiap rukun solat, perbuatan dalam solat.
Then, jaga waktu solat. Solat di awal waktu. 5 waktu solat juga membawa mesej perancangan waktu. Nak solat ada waktunya, nak tidur ada waktunya, nak makan pun ada waktunya. So, relate dengan time management.

Matlamat
Pembentukan matlamat anak. Tengok kecenderungan anak, minat anak. Dalam usia 5 tahun, boleh bincang dengan anak, tentukan matlamat bersama anak. What he/she wanted to be. Berusaha ke arah matlamat. Beri pendedahan aktiviti yang cenderung ke arah matlamat.


Contohi Rasulullah SAW
Baginda Rasulullah SAW melihat seorang anak muda sedang melapah kambing dengan cara yang salah. Lalu Baginda SAW membimbingnya menguruskan kambing tersebut. 
"Tunggu sebentar. Saya akan tunjukkan cara-caranya". Baginda kemudian memasukkan tangannya diantara kulit dan daging kambing itu sambil ditekannya sampai ke bawah bahagian depan peha kambing tersebut. (Riwayat Abu Daud).

Dalam mendidik anak-anak, kita kena jadi contoh teladan yang baik kepada anak. Tunjukkan contoh, bukan memberi arahan semata..Membaiki kesalahan melalui teladan.

Lihat anak menuang air, tumpah. Jangan herdik dia. Jangan sekadar cakap "Apalah tuang air macam ni..Tuang air pun tak reti ke?"..Sebaliknya ajari dia cara yang betul..
"Bukan begitu cara tuang air...Begini...." Ambil jug, dan tunjukkan cara yang sepatutnya..




Pembinaan diri
Lengkapkan diri dengan ilmu, rancangan/program apa yang boleh ditonton, event apa yang boleh disertai. Bina keyakinan diri, tingkatkan kemahiran.

Sentuhan emosi
Jadi ibubapa yang sentiasa ada untuk anak-anak whenever needed. Anak akan rasa dihargai oleh ibubapa. Bila ada masalah atau sesuatu, sentiasa cari ibubapa dahulu untuk luahkan or cari jalan penyelesaian. 

Aqidah & Ibadah
Sentiasa membesarkan Allah. Kaitkan setiap sesuatu dengan Allah. Ibadah seperti solat, puasa, zakat etc dikaitkan dengan aqidah.

Akhlak
Berkaitan juga dengan Ibadah.
Contoh: Solat. Wajib solat. Nak solat kena bersih, tutup aurat, ada masa yang ditetapkan. Dari situ boleh tekankan kewajipan tutup aurat, jaga kebersihan.

Pendidikan seks
Ajar anak-anak rasa malu, batas aurat, asingkan tempat tidur, batas pergaulan lelaki dan perempuan, ilmu tentang baligh, etc..Rujuk Surah An-Nur.
Nowadays, exposure to sex are everywhere..Dalam tv, internet..Tanpa batas..So, dari anak kecil, didik untuk kalihkan pandangan anak or tutup mata bila terlihat benda yang tak sewajarnya. Ajar anak erti segan. Segan dedah aurat, segan bergaul tanpa batas, segan bertepuk tampar sesama bukan mahram.

Pendidikan sosial
Ajar anak bermasyarakat, berinteraksi. Dari kecil, biasakan bawa anak ke masjid/surau, bawa anak ikut ke majlis ilmu, majlis keramaian. Biar anak bersosial cara Islami, berinteraksi. Bina keyakinan diri anak bergaul dengan masyarakat.

*****
Ini je yang sempat aku catit. Kalau ada salah, kurang sana sini tu, semua kelemahan aku :)
Semoga Allah jadikan ilmu yang diperoleh ini, ilmu yang bermanfaat. Ameen.

Pinjam Ustazah sekejap untuk pose dengan Ustazah & my BFF, Nas..

2 comments:

  1. sy suke....sgt berguna...tq ily

    insyallah..its a MUST
    BIG MUST!!

    ReplyDelete
  2. Rajin gilee... ok, macam biasa.. ni jadi nota aku..kihkih...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015