Tuesday, January 7, 2014

1st Trip 2014: Genting Highland


This is not a planned trip.
Actually company my zawj buat kick-off meeting for team leader ke atas..Masing-masing kene present achievement 2013 dan goal & target for 2014..
Venue meeting di Awana Golf & Country Resort, Genting..
My zawj tanya nak ikut tak? Tak pernah lagi follow my zawj pergi meeting ke outstation..So, this time, nak ikutlah...Ni first time after almost 4 years of marriage...
Booking hotel pun last minute. Book dekat Awana jugak sebab memikirkan budak-budak.

The meeting held on Saturday. Pukul 8.45 a.m. So, lepas subuh kami gerak dari rumah berbekalkan scramble egg & roti for breakfast makan dalam kereta. Then sempat gak singgah beli nasi lemak bungkus.


Sampai Awana pukul 8 lebih..My zawj terus pergi meeting. Aku lepak kat lobi dengan the kids yang segar bugar taknak tidur. 


Pastu try tanya kat receptionist, boleh tak nak check-in awal. Dia check dulu, ade problem sikit dengan aku punya booking. Dia tengok aku dok kelek Faqeeh & heret Faheem sensorang, dia bagi kupon breakfast suruh aku bawak the kids makan dulu..
Alhamdulillah, dapat free breakfast. Aku tak lapar sangat, lagipun ade nasi lemak kan. So bagi anak-anak makan dulu. 




Lepas isi perut the kids, settlekan bilik. Alhamdulillah boleh check in awal. Tapi tak terus naik bilik. Layan Faheem round mengukur hotel dulu..Agak-agak die letih, bancuh susu dia siap-siap, naik bilik..Sempat jugak dia berdrama sekejap asbab nak mandi pool. Ummi seorang nak bawak awak mandi pool? Tidaklah abang oii...Dengan adik Faqeeh ni..Lagipun tak bawak baju mandi awak...Puas pujuk..Alhamdulillah sekejap je rajuknya..

Protes nak mandi pool

Port kegemaran Faheem..Layan ikan dan kura-kura..

He knocked the shell.."Assalamualaikum kura-kura..."

Meet the giraffe..

Naik bilik dah almost lunch hour..Makan nasi lemak bungkus, suap anak-anak nasi lemak  dan roti, bagi susu...Both of them terus lena. My zawj tanya nak turun lunch tak sebab ade extra lunch coupon. Tapi the kids baru je tidur and aku pun dah makan nasi lemak, so decline je lah...Ngantuk pun ye jugak..Lepas tu aku pun sama lena dengan the kids. Hahaha...





Pukul 3 lebih turun balik. Bawak Faheem layan ikan dan kura-kura laaaaagi. Memang seronok dia layan ikan. Leka kat situ je...Pastu berkejaran dengan adik..Hampir semua yang lalu lalang dok menegur budak berdua ni. Adik pulak memang ramah je menegur semua orang..
Sempat jugak abang berselawat, bertalkin, baca alif ba ta, nyanyi ya hanana sambil tunggu Abi..
Adik Faqeeh pun seronok mengukur lantai. Laju je jalan, taknak dipegang..

Pukul 6.40 pm baru my zawj habis meeting.
Naik bilik, bagi Faheem mandi 'kolam'...bath tub je..hihi..selamat dan senang ummi nak jaga. Seronok the kids berendam. Adik pun pandai tantrum bila nak angkat keluar tub..hahahaha...

Lepas maghrib, siap-siap nak panjat genting. Awana tu kat belah bawah sikit. Takde pape sangat kat area situ..Kat atas la ada macam-macam kan...'Syurga dunia' katenye...huhu..
Cuak je aku nak memanjat ke atas tu..Walaupun malam, ramai je jugak mendaki naik..Katcatas tu, tak macam malam aku rase. The city that never sleeps agaknya. Tengah malam pun happening. Tapi bikin aku pening. Wuwuwu..

Nak cari parking susah gila. Semua full. Berpusing cari parking. Punyalah ramai umat nak 'melabur' dan bersuka ria di Genting kota keriangan kannn..Masuk je kat entrance theme park tu, Faheem dah kelabu mata tengok games machine bersusun.



My zawj ajak ke belah bawah lagi yang ada indoor games..indoor roller coaster, merry go round, snow world semua tu..Sesi memujuk Faheem gak tu..Masa turun escalator si abang dah merengek, "takde permainan..."..Sebab escalator bertingkek-tingkek. Nak sampai ke bawah nun memang takde ape la in between. Escalator semata. Tergelak aku dengar keluhan si abang..Siap buat muka hampa tu yang tak tahan tu...Sampai kat bawah, benda pertama dia aim, nak main car yang macam tren tu. Kire macam super mini roller coaster for kids la..Ummi memang terkenal dengan super paranoid..Semua nak risau..Risau dia ketakutan masa tengah ride pastu nak lompat keluar..Allah...apelah ummi ni fikir macam-macam...Yelah, baru dengar berita budak koma jatuh Ferris wheel, mau Ummi tak cuak?? Then, survey bumper car dulu...Excited jugak dia nak naik bumper car. Tapi suruh beratur tunggu turn, dia taknak..Muka cuak je...Abi kate tak payahlah. Nanti dia menangis kat dalam tu susah pulak..Huhu...
  

Muka kagum ke teruja ke ape tu Faheem? Tak heran tengok transformers kat belakang dia tu sebab dia lagi teruja tengok roller coaster dengan mini monorail yang tengah lalu atas kepala dia..Cuak pun ada sebab bunyi kuat sangat..

Kawan ni dah semangat nak main. Lastly, bagi jugak dia nak train car tu..Itupun puas ummi mempositifkan diri...Teringat sebelum ni dia pernah ride a horse. Rilek je dia. Hopefully ok je lah kan. Dan mujur juga queue lane dia kecik, takdelah dia takut nak beratur ke apa. Punya excited nak main, bila Abi angkat & letak dia kat queue lane tu, laju je lari sampai langgar palang entrance yg pusing-pusing tu..haha..padahal belum turn dia lagi...Adehhh...
Pastu ummi yang over...Suruh abi pesan kat brader yang jaga tu Faheem nak naik yang tow truck tu. Bila brader tu bukak gate, Faheem dah laju je meluru masuk car yang terdekat dengan dia..Takde masa dia nak pilih-pilih tow truck ke ambulance ke...Adussss..memang ummi yang poyo abis...
Faheem pulak, bila dah masuk & duduk dalam car pilihan dia, terus dia capai seat belt pakai sendiri...*clap*clap*...Clever boy...Dan, terus pusing stereng lah kan macam racing F1...huhu...
Sungguh dia steady and cool je sepanjang ride 4 pusingan kot. Takdelah nak melompat keluar ke ape..Bila dah abis, brader tu tolong bukak seat belt, cepat-cepat dia keluar dan bulak gate sendiri..



Tengokkkkkkk...anak cool je..Ummi je paranoid lebih..huhu~

Abi tanya, Faheem seronok tak?
Seronok..
Suka tak?
Suka lah..
Tengok muka dia memang terpancar rasa puas hati..
Itu jelah pun game yang dia main..Rm8 per ride hokey..
Terus lapar pastu. Makan kfc sajoh...
Pastu balik lah. Nak buat ape lame-lame dok atas tu kan...Almost midnight, masih ramai umat hoiii...

Masa sampai, berkabus lah jugak...Masa nak balik, tengok kabus super tebal hoiiit..
Sejuknye tak terkata. Tapi Faheem steady tak nak pakai vest yang maktok kait untuk dia. Ketat katenye..pfffttt...

Tengok kabus kat belakang tu...Menggigil wehhh...

Punya tebal kabus, memang tak nampak ape la..Risau gak aku nak meredah kabus tebal. Pesan kat my zawj bawak slowly..Perasaan aku meredah kabus tu...hmmmm..tak terkata..Macam mistik pun ade...Pengaruh cerita the fog sangat kau..
Lagipun berada kat tempat yang confirm malaikat tak datang melainkan malaikat maut kot, hati tak tenang hoiiii..Bila sampai tempat dah kurang kabus baru aku rileks sikit..
Abang Faheem yang keletihan dan kepuasan dapat ride a car, ketiduran dalam kereta masa on the way turun..

My zawj kata, tak yah gi Genting dah la. Tak menarik pun. Hihi..Memang takde dalam list tempat aku nak pergi pun..Ni pun sebab my zawj meeting kat sana. Kalau sesaja nak mendaki Genting tu, tidak lerr..Sungguh hati tak tenang..Allahuakbar..

The next day kami takde plan pun. Sebab my zawj ada kerja petangnya..
Turun breakfast, isi perut kenyang-kenyang, pastu round hotel since my zawj tak sempat tawaf hotel lagi.. Faheem memang seronok layan fish...

The last breakfast
  
Final round..

Sokmo dengan 'peace' dia..

Pastu sebelum check out, bagi the kids berendam bath tub puas-puas..
Alhamdulillah, a great short getaway. Especially for me sebab aku dapat spend few quality hours with the kids. Entertain them sebaiknya. Alhamdulillah..
It was such a bless tengok the kids really had fun and enjoy their trip.

The view from our room..

Ni kabus tengah tebal kat atas tu..Pukul 11 lebih, still tebal lagi..Subuh tak payah cakap lah kan..Kalau takde kabus ni, memang nampak puncak Genting dari sini..


1 comment:

  1. wahhh best nya.tapi outdoor tutup kan.nt nk g jugak lah!

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015