Wednesday, January 8, 2014

Train Track

 

Sebelum ni memang ada fikir nak beli kertas mahjong/kajang, pastu nak draw macam jalan, rumah, parking space in plan view unutk Faheem main kereta, lori, bus dia yang melambak tu. Tak terbeli-beli pun kertasnya padahal senang je nak cari kan...Asyik je lupa...

Bila tengok kat blog Rajiah (aktiviti no.12) , laaaaa...kenapa susah-susah fikir nak beli kertas, nak lukis bagai...Hihi..Pakai masking tape kan senang...Big thanks to Rajiah for sharing those awesome ideas.

Cari masking tape kecik, tah letak kat mana tah...Yang besar je jumpa..
Tak kisah lah..Wide carriageway, untuk urban road kononnye..hahaha..
Main tampal ikut suka..
Masa Faheem tengok ummi dia dok menampal, dia datang dekat tanya..
"Ummi buat apa tu ummi?"
"Buat jalan untuk car Faheem.."
"Choo choo train ke?"
"Choo choo train pun boleh..""Bukan kat atas? Kat bawah?"
"Kat bawah je..."
Dia tanya kat atas tu sebab train track ikea tu ade kat atas..Haha..So dia macam pelik ummi buatkan track untuk dia kat bawah..

Excited dia susun keretapi dia jalan ikut track..

Tapi biasalah kan, berapa sangat lah dia fokus kat benda tu.. Pastu dia cari idea lain..
Train tu kan ade magnet. Dia sambungkan then letak magnetic dart at both ends ikut colour..
Pastu dia angkat macam pegang banner, hayun-hayun sampai kuasa gravity mengalahkan kuasa magnet..haha..Ayat ape dah aku buat ni..


Dalam pada leka main benda lain, bila aku cakap nak bukak balik tape tu, dia marah..
So, biarkan saja..

***
Faheem ni ade spesifikasi & standard sendiri. Aku rasa dia ni very detailed & particular person.
Nanti aku story..

1 comment:

  1. Arissa sticker kte pasang tu dia cabut rumput. Grrrr . Haha. Tp nk marah pn xguna gak. Budak. :')

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015