Thursday, January 2, 2014

Abang & Adik : Togetherness....


Abang dan adik, saat mereka elok main bersama-sama...wuiiiiiiii...sejuk hati ummi tengok..
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..
Tiada yang lebih menggembirakan hati ummi daripada tengok both of you playing well together..

Treat for adik sempena birthday adik di tahun masihi, abang bawak naik doremon kat Aeon Big Wangsa Maju..Bukan main suka adik ketawa mengekek kat belakang tu. Sekejap berdiri sekejap duduk..

Adik bermanja dengan abang...Abang tengah baring minum susu, tiba-tiba adik datang bawak botol susu dia, landing kat abang. Botol dia kosong padahal..hahaha..Abang pun elok je usap adik.

Sama-sama berpakat sepahkan toys..

Makan biskut, duduk berdua atas bangku...

Abang suap adik makan pakai mulut macam mak burung bagi makan kat anak burung..Sebab ummi abi & maktok selalu buat macam tu kat anak-anak/cucu masa kecik macam Faqeeh tu. Bagi yang dah dikunyah lumat dalam mulut. Ala-ala macam makan bubur/puree kekdahnya..Nak suap nasi sebutir-sebitu, takde gigi nak kunyah lagi kan...So abang pun ikut..

Both bertakbir & bersujud..Solat 'jemaat' kata abang..

 Abang tolong sikat rambut adik. Adik pun redha, tadah je kepala. Padahal sikat tu tajam sebab biji-biji kat mata sikat tu dah tercabut. Tapi adik cool je..Sebelum tu dia buat rambut pacak kat adik. Rambut sendiri pun belum sikat lagi abang oiii...

The way he looks at his brother...haihhhh...Bikin hati ummi cair..Berjemaah duduk atas meja ye..

The show begin...Berjoget berdua atas meja..Buat chicken dance bagai kot siap lompat katak..

Adik nak tolong tolakkan basikal abang..

Keletihan, both fell asleep...

Pek pampers pun boleh buat main...


MasyaAllah Tabarakallah..
Ummi doakan kalian membesar dengan sihat, jadi mukmin yang soleh lagi bertaqwa, dikurniakan akhlak & peribadi mulia, diberi kefahaman agama dan menjadi al-hafiz InsyaAllah..
Allahumma amin..

1 comment:

  1. Memang takde apa yang lebih menggembirakan ibu dan bapa selalin daripada melihat anak berbaik sesame mereka. Semoga keakraban mereka kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah.
    Salam kenal...seronok baca blog awak..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015