Monday, February 10, 2014

Bukan Rezeki Adik Faqeeh


Sebelum berangkat ke Tanah Haram, benda yang selalu bermain dalam otak aku adalah susu.
Aku tak risau tentang stok EBM yang nak ditinggalkan untuk Faqeeh. Alhamdulillah stok beku mencukupi untuk Faqeeh selama 11 hari, siang dan malam.
Yang menjadi concern aku adalah stok susu yang akan diperah di sana dan hendak dibawa pulang.
Jadual perah, barang keperluan untuk bawak susu balik etc.
Masa kursus pun aku sempat tanya pada Ustaz tentang susu. Kata Ustaz, bergantung pada keadaan di sana nanti.

Preparation sebelum berangkat, aku beli e-book tentang pengurusan susu ibu versi umrah.



 Bagus e-book ni. Dari e-book ni lah aku buat senarai barang keperluan untuk memerah dan untuk bawak balik stok susu perahan.
Gigih aku mencari cooler bag bersaiz besar, tambah icepacks etc.
Susah jugak nak cari cooler bag besar..
Seminggu sebelum berangkat baru aku jumpa cooler bag besar tu.
Dari FB page Kids N Avent. Itupun last unit. Alhamdulillah..

Hari berangkat...Kami berkumpul di Gombak without the kids yang kami dah hantar ke Ampang sebelum bertolak ke Gombak. Memang dah bincang dengan my zawj earlier dan kami setuju to not let the kids come to airport. Kalau tak anak-anak haru meraung nak ikut ummi abi dan jenuh orang lain nak memujuk nanti, ummi pulak yang berdrama airmata lebih-lebih..
Sebelum bertolak ke airport, aku pam dulu buat kali terakhir sebelum naik flight..Aku plan untuk next session punya pam masa atas flight. Bertolak dari Gombak lepas Asar. Kena ada kat KLIA after Maghrib. Flight pukul 11.00 p.m. Lama jugak gap.
Itupun tengah malam buta baru aku mengepam atas flight.



Tunggu lampu padam dan semua orang keliling tidur. Baru boleh beroperasi dengan selesa. Nak simpan susu atas flight, aku guna kaedah sama macam dalam e-book tu. Mintak ais dekat pramugari.

Sampai Madinah, ding dong ding dong pasal bilik hotel, since bertukar hotel dan arrangement lari, lambat jugak dapat check-in bilik. Ais pun dah mencair. Bila dapat masuk bilik, terus aku simpan susu yang perah dalam flight dan first pumping session in Madinah bermula. Alhamdulillah peti sejuk ada freezer walaupun kecil.
4 hari di Madinah, dapat la beberapa puluh oz susu yang selamat membeku.

Di Mekah, again, the first thing yang aku jenguk bila check-in bilik adalah peti ais.
Bila tengok peti ais kat Mekah, aku dah termenung seketika. Chiller only. No freezer.
Aku biarkan dulu susu dalam cooler bag with icepacks sebab nak selesaikan umrah dulu.
Kami diberi kunci untuk simpan barang je dulu. Then turun balik untuk ke al-Haram for the first time, selesaikan rukun umrah dulu sebab dah dalam ihram.

Lepas selesai umrah wajib, baru aku sempat nak tanya kat mutawwif pasal peti ais..Itupun masa makan pagi, sesudah solat Subuh. Umrah wajib pun, hampir subuh baru selesai bertahalul. Teruslah iktikaf, tunggu Subuh dulu di masjid..Lepas tu baru teringat susu..
Memang tiada apa yang boleh dibuat untuk pastikan susu tu beku dan selamat dibawa balik serta selamat diminum oleh adik Faqeeh. Nak tumpang peti ais kafe hotel pun, kafenye tak aktif. Yang sediakan makanan jemaah ni, semua katering luar..Lagipun kata Ustaz, kang pening pulak nak detect anak susuan. Huhu..Mabuk nak fikir..
Jadi, aku redha. Tapi tertakung juga kolam mata. Adesss..
Bukan rezeki adik Faqeeh. Susu yang perah kat Madinah pun dah mencair. Aku buang je semua.

Sebahagian susu yang dah cair..

Setiap kali pam pun, aku pujuk hati supaya kuat untuk buang susu yang baru perah..
 Berkali-kali aku pujuk hati..Ini ujian Allah. Terimalah dengan berlapang dada.
Berkali-kali juga aku panjatkan doa, supaya dipermudahkan urusan penyusuan, diperbanyakkan susu bila balik nanti..
Disebabkan pam untuk dibuang, jadi kemalasan untuk mengepam tu datang juga sekali-sekala..
Dan kadangkala sebab keletihan sehari suntuk di masjid, balik hotel tidur lagi enak dari mengepam. Huhuhu~
Kemalasan jadi padah, memakan diri..Susu berkurang..Semakin lambat nak rasa engorge..

Bertambah pilu, bila dah balik, Faqeeh refuse breastfeed. Dia mengamuk semacam bila aku cuba nak breastfeed dia. Kalau sebelum kena tinggal, pantang ummi selak baju, cepat je dia menempel. Sekarang, ummi baru nak selak baju, terus dia mengamuk humban badan atas lantai. Drama sangat adik ni..Gigih dia tunjuk peti ais, mintak susu yang dalam peti..
First day, berbaldi jugak airmata aku walau dalam masa yang sama puas memujuk hati, redhalah wahai hati..Redhalah..Inikan ujian Allah..
Lepas tu, dah ok dah. Aku yang dah ok. Bukan Faqeeh..Faqeeh still taknak bf.
Merajuk lama sangat adik Faqeeh ni..
So sekarang ni, day and night Faqeeh minum EBM.
Sehari, 5 packs keluar, 1 pack masuk..
Selagi ada rezeki awak, adalah adik oiii..
Habis stok EBM tu, kering kontang susu ummi, awak kongsi lah susu dengan abang Faheem ye..
Meanwhile, ummi usahakan lah apa yang boleh. Sekali pam 2 oz pun, ummi pam jugak..
Memang ummi berkali-kali panjatkan doa kat sana supaya dimurahkan rezeki susu untuk Faqeeh, dipermudahkan urusan menyusu Faqeeh sampai 2 tahun, tapi doa tanpa usaha tak jadi jugak, ye dak??
Kalau ini caranya Allah menguji kesabaran, ketabahan ummi, tak apalah. Ummi redha.
Tapi Faqeeh janganlah merajuk lama sangat...
huhuhu~

*****
Some rujukan untuk ummi...Hopefully it works, InsyaAllah...

Memujuk Bayi Kembali Menyusu
Relaktasi
Nursing Strike

5 comments:

  1. salam ily.
    alhamdulillah awk dh selamat balik dr tanah suci...alhamdulillah dh tunaikn umrah
    awk jgn sedih lagi..sy pun skng ni if pump pun xdpt byk..
    stok makin kurang..tp pump juga..kuatkn hati..
    pasal faqeeh..insyaallah de jln yg terbaik utk die...doa utk awk n bby :)
    btw..awk ummi yg kuat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalikumussalam..tq utk semangat :)

      Delete
  2. bertabahlah ily, itulah perasaan seorang ibu..nurin lgla xmo direct feeding sejak lahir..patah hati mommy..sekarang nurin dh 19bulan susu mmg dpt 2.5oz je kt ofis..demand 40oz sehari...tak mau pulak susu formula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak eikynnn...now I know how u feel..huhu..mmg masa awal2 faqeeh reject bf tu, the first thing yg terlintas kat kepala ni, kne kuat mcm kak eikyn..jd ep mom pulak..tp tulah, now susu pun dah mengering..sehari bwk blk 3-5 oz je..

      Delete
  3. sedih pulak membacanya T___T sbb maybe akn mengalami nasib yg sama. akan usaha juga kat sana nnti. takkan berputus asa sblm mencuba kan? insyaAllah =)

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015