Friday, May 9, 2014

Ummi & Faheem at Hospital..


Situasi di hospital..
Faheem sangat excited tengok ambulance..So dia taknak duduk tunggu kat dalam..Dia nak berdiri kat luar je tengok ambulance..
Bila ada bunyi siren, bila ambulance baru sampai or nak keluar...
"Hah...embulen da bunyi wi-wi-wi...embulen bawak orang sakit..."
"Embulen datang la ummi..."
"Embulen nak pegi mana tu? Embulen nak amik orang sakit eh?"
Memang dia perati je ambulance tu...Bila ambulance tak kemana-mana,
"Embulen parking la..."
Huhu...

Aku ajak dia masuk dalam. Nak duduk. Letih kot berdiri lama-lama...
"Jom masuk duduk kat dalam Faheem.."
"Taknak. Nak tengok embulen je.."
"Faheem tak letih berdiri ke? Ummi letihla..Ummi nak duduk.."
Faheem sengih..Suddenly dia lompat dan mencangkung sebelah aku..
"Ummi..Faheem dah lompat duduk..Ummi pulak lompat duduk.."
Aku terpinga kejap. Tak faham...Then dia buat lagi skali.. Ok, baru aku faham..
"Faheem lompat bangun pulak.."
Terus dia lompat dan berdiri. Then lompat duduk semula..
"Cepatlah ummi lompat duduk..."
"Ummi tak boleh lompat duduk. Lompat berdiri pun tak boleh..Nanti orang tengok ummi lompat...Malu..."
"Cepatlah ummi..lompat duduk macam Faheem..."
=_='


Sementara tunggu no giliran dipanggil, macam-macam aksi dah Faheem buat..
Panjat kerusi, duduk atas lantai, nyanyi lagu wonderpet, istighfar, berzikir, ber-ya-hanana, nyanyi segala puji bagi Allah, main air liur sampai comot & masam bau air liur melekat kat tangan...
Faheem....Faheem...
Tiba-tiba Faheem tampar aku..
"Kenapa Faheem tampar Ummi?"
Faheem sekadar sengih comel..
"Ummi merajuklah. Faheem tampar ummi.."
"Faheem hi-5 je..."
=_='

"Kenapa tak cakap dulu nak hi-5?"
+Sengih+

1 comment:

  1. Salam, ketawa sendiri baca ttg kerenah si Faheem... Tk padan si kecik tu, suka tgk embulen, ada bakal2 jadi doktor tu.... ; )

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015