Thursday, June 19, 2014

Little Kitchen Helper ;))


These days, I can never be alone in my humble little kitchen. hihi..
Since abang dah pandai bukak safety gate sendiri, he'll come in anytime he wants. Tapi kalau takde orang kat dapur tu, taknak pulak dia pergi. Pantang nampak ummi ke dapur je, cepat-cepat nak mengekor. Pastu pandai pulak cepat-cepat nak tutup pagar taknak bagi adik masuk..Abang oh! abang..

Bila abang dah masuk dapur, he become very handy. Semua pun dia nak tolong. Siap ambil stool letak tepi sink, then panjat stool supaya dia sama level dengan ummi. 
Ummi basuh ayam, dia nak basuh ayam. Ummi tanak nasi, dia nak tolong jugak..Basuh membasuh, potong memotong. Semua lah dia nak tolong.
"Ni ape ni ummi? Ayam ke? Faheem nak tolong ummi basuh ayam.."
"Faheem nak tolong jugak. Nak tolong ummi potong bawang"


"Faheem nak tolong basuh ayam.."
"Ok...Faheem basuh sambil selawat tau...Allahumma solli 'ala saiyidina..."
"Muhammad.."
"Wa 'ala ali saiyidina......"
"Muhammad.."
"Ok..dah sudah basuh..." Sambil tos ayam.
"Faheem nak tolong...."
"Nak tolong apa?"
"Nak letak garam..nak letak kunyit.."
"Garam warna apa?"
"Warna putih.."
"Kunyit warna apa?"
"Warna kuning !!!"




Part membasuh, ok lagi. Paling-paling pun basah lencun je baju dia. It's ok. Learning process. Hihi..
Part yang sedikit mencabar, potong-memotong. Mengamuk mintak pisau nak tolong potong-potong. Pening jugak aku mula-mula. Allah gerakkan hati terfikir nak bagi dia pisau sapu planta tu. Pesan kat Faheem, "Ni pisau Faheem, ni pisau ummi. Faheem tak boleh pakai pisau ummi. Pisau ummi tajam. Bahaya. Nanti luka berdarah. Faheem pakai pisau Faheem je boleh. Kalau tak, ummi taknak bagi Faheem tolong ummi dah.."
Dan everytime kalau dia mintak pisau nak tolong potong, aku tanya dulu, mana pisau Faheem? Dia akan tunjuk pisau sapu planta. Kalau aku acah nak bagi pisau lain, dia taknak. Alhamdulillah, he understood.



Jadinya, memang selalu lah dia membantu kat dapur. Aku biar je dia potong fishball, bawang putih, carrot. Yang agak senang untuk dia. Carrot tu aku dah siap hiris nipis sikit baru bagi kat dia. Memang macam-macam bentuk, macam-macam saiz. Tapi biarkan jelah. 



Pastu time nak masak menumis pun dia mengamuk jugak nak tolong. Yang ni aku tak berapa harap sangat. Jadi untuk first time, nak bagi dia tak mengamuk, aku bagi dia cuba. Masukkan sayur. Tapi aku dukung dia lah. Pastu dia rasa panas. Haba ke wap minyak tu kan, terus macam tak berani. Aku cakaplah, nak masak pakai api, panas. Yang ni tak boleh main-main. Nanti melecur, terbakar, sakit. Yang ni Faheem tak boleh tolong ummi lagi, tunggu Faheem besar sikit, baru ummi bagi tolong.
Now bila aku baru nak pasang api dapur, cepat-cepat dia duduk jauh. "Panas kan ummi?"



Adik Faqeeh, seperti biasa, follower abang. Apa abang buat, itu jugak dia nak buat.
Kebetulan hari tu kami cabut safety gate sebab dah terkopak, bekas welding tu tajam, takut anak-anak main dan luka. Faqeeh la tukang kopak tu. Hebattt..
Jadi, budak berdua ni memang bebas keluar masuk ke dapur.
Terpaksa lah ummi layan kerenah dua-dua skali sambil memasak. Bahaya sungguh.


Nampak tak tu si kenit tu menjenguk? huhuhu..
Kalau ada dua-dua kat dapur ni, memang ummi agak kabut la sikit. Tak leh lepa. Kalau tengok abang, kang adik tah main apa. Tengok adik, abang pulak bising.
Tapi masa safety gate rosak tu, memang mengurut dada tahan sabar je aku. Kalau tak, guruh petir kilat sabung menyabung dalam daput tu dek marahnya ummi..hahahaha..

Kalau nak handle seorang at a time, insyaAllah ok je.
Adik kalau time takde abang, kita bagi jelah dia apa-apa tools or utensils, dia main sendiri lah.
Ni ha, bagi kuali dengan senduk, senyap la dia jadi chef cilik kat tepi tu. Sebelum tu bagi mangkuk plastik, taknak. Demand ye adik. Nak yang sebijik macam ummi guna jugak. Ambiklah kuali ni..



Adik ni pun pandai je tarik stool sendiri. Kalau ada barang atas stool tu, dia angkat letak tepi. 
Bila dapat panjat stool, dia punya suka hati mintak sudu, mintak garpu...Kalau time tengah basuh botol susu, pinggan mangkuk, dia capai sekali berus nak cuci botol. Usually aku akan bagi berus kecil untuk cuci teat tu. 



Punyalah happy dapat tolong ummi basuh botol.

Kalau part masak dan sediakan bahan masakan, aku tak bagi Faqeeh join lagi. Selalunya aku amik sikit carrot or bawang, aku letak dalam mangkuk plastik, bagi sudu dan pisau plastik, biar dia main-main sendiri kat bawah. Hari tu bagi macaroni yang belum masak tu nak biar dia main, sekali dia pergi kunyah macaroni mentah tu...Denggggg...

Hari tu pergi Tesco cari barang dapur, lepas tu terlalu tempat mainan. Sekali Faheem nampak set kitchen utensils ni. Dia tarik abi, pujuk suruh beli. Dia yang pilih sendiri ye. Set memasak ye abang..Nak jadi masterchef macam Dr. Fazley ke? hihihi..




Balik rumah terus bukak dan main masak-masak.




Ingat kan dah ada set ni, takdelah teman ummi kat dapur dah..
Takde maknanya. Bila time masak, dia nak pisau, kuali dan senduk yang real jugak..

Tak apalah abang. Ummi happy je abang tolong ummi kat dapur.
It's a fun happy cooking time with you.
Mudah-mudahan Faheem ringan tulang, rajin tolong ummi sampai besar ye. InsyaAllah, Ameen..



2 comments:

  1. Haaa nak beli jugak la set memasak tu! Selalu jumpa macam girlish sangat warna pink. Abang Yusuf pun suka 'memasak' juga. Selalu berlakon masak itu ini untuk kami hehe.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015