Friday, July 4, 2014

"Dalam Perut Ummi Ada Baby Lagi Satu Kan??"


Masa first scan di klinik Fauziah, anak-anak ikut masuk sekali. Faheem being very observant, he observes with curiousity. Bila keluar dari bilik pemeriksaan, bertalu-talu lah soalan.
"Dokter buat apa kat perut ummi?"
"Ummi sakit perut ke?"
"Dokter cucuk ummi ke?"
"Dokter tengok baby ke?"
"Ada baby dalam perut ummi?"

Since that, dia selalu tanya..
"Ada baby dalam perut ummi kan?"
Dia akan usap-usap perut..
"Baby.....baby sihat kan baby..Ya Allah, sihatkan baby, selamatkan baby. Faheem nak tengok baby..Nanti Faheem jaga baby..."

Bila aku start bleeding dan sakit perut..
"Ummi sakit ke ummi?"
"Ummi sakit perut ke?"
"Baby sakit ke ummi?"
"Ya Allah sihatkan baby...sembuhkan ummi.."
He continues rubbing my tummy, talking to his 'baby'.

Masa aku pergi hospital, abi send them to ampang, maktoknya tanya mana ummi..
"Ummi pergi opistal. Ummi sakit sini..." tunjuk kat perut.

Bila dah complete miscarriage, aku cakap kat Faheem, baby dah takde. Faheem buat muka serius,
"Adalah. Dalam perut ummi.."
"Takde sayang, baby dah keluar. "
"Mana?. Mana baby dah keluar?"
"Baby tak jadi. Baby dah turun."
"Baby kena potong ke ummi?"
"Tak. Allah amik baby balik..Allah bagi pinjam sekejap je.."
"Ummi sakit perut lagi ke?"
Aku angguk..
"Dalam perut ummi ada baby lagi satu kan!" ...with eyes bright and shine...nodding to me with his sweetest smiling face..
Allahu....i'm thankful i still have you and adik Faqeeh...my most precious.


Showed him kantung yang keluar tu..
"Darah baby ke ummi?"
"Iye..abi nak tanam.."
"Tanam kat kubur ke ummi? Abi nak gali kubur?"

On the way nak balik Gombak, lalu tanah perkuburan. 
"Kubur lah abi...Abi nak tanam baby kat sini kan abi?"
"Tak. Abi tanam kat Gombak je."

Dia tengok abi gali lubang dan tanam kantung baby. 
Now bila tanya,
"Baby kat mana Faheem?"
"Dalam tanah. Abi tanam dalam kubur.."
Then senyum-senyum pandang ummi.
"Ummi sakit perut lagi?"
"Sikit je.."
"Dalam perut ummi ada baby satu lagi.." the same smiling face with bright shiny eyes...Aaargggghhh...He just remind me that I should still be thankful for still having them, my precious gems.
"InsyaAllah sayang...Faheem doakan ummi cepat sembuh ye.."
"Ya Allah sembuhkan ummi..ameen"

MasyaAllah tabarakallah...
Syukur Alhamdulillah ummi masih ada kalian, anak-anak soleh ummi dan abi.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai anak-anak ummi.
Allahumma ameen. Ameen Ya Rabbal alamin.

For the time being, lagu favourite Faheem & Faqeeh masih kekal, tiada perubahan until diizinkan Allah..

Here's their favourite song...(Nyanyi dengan ritma air pasang malam/dalam..)

Anak ummi abi ada dua orang
Muhammad Faheem Afif dan Muhammad Faqeeh
Ummi dan abi sayang Faheem dan Faqeeh
Dua-duanya anak yang soleh.

1 comment:

  1. Allahuakbar... bijak lah faheem.. sesuai dangat dengan maksud nama die...

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015