Thursday, July 10, 2014

Merendam Kaki di Lata Rek & Roti Canai Pohon Jati


Cerita basi. Sebulan yang lalu. hihi..
Ni masa balik kampung bulan lepas. Ade bekwoh...
Bekwoh?? Ape tu??
Speaking London pulak kan..Pening orang luar nak faham..
Nak tau bekwoh tu ape, bace kat sini...I is tak pandai nak explain..huhuhu..

Setiap tahun ulang alik balik kelantan (setahun sekali je pon..muahaha), tak pernahnya aku singgah mana-mana air terjun ke pantai...Dulu la...Duluuuuu...Sebab nak kejar timing sampai Kelantan or KL tu taknak terlalu lewat/gelap. Kesian ke mama oii sebab mama yang drive all way long..
Lepas kahwin, kalau balik ikut Terengganu, menyinggah jugak pantai kalau sempat.Pantai kat Kelantan pun lepas kahwin la baru ku jejak..Sadis...Mujur tok laki sekampung..hahaha..
Tapi air terjun, this is the first time.
Sungguhlah parok mu nih ily hoii..

Kata tok laki ku, singgah air terjun nak jerlum anak-anak bagi mandi. Erkkk...Anak tak mandi dari pagi kot. Masa bertolak masing-masing dok sedap tidur lagi..huhuhu..Pulak tu, memang tak berhenti mana-mana la all the way. Ni pun nak berhenti solat je pun sebenarnya. I follow je.

Jadinya, buat pertama kali ku jejak Lata Rek, Kuala Krai.
Kemahen lagi Faqeeh ber-tara-kucaa pakai sunglass ummi. Memilih pulak tu. Sendiri punya taknak pakai, nak pakai yang tutup separuh muka jugak. Stylo ye dik? 

Plan asal nak mandikan budak-budak ni. Tapi tak jadi. Panas kemain hoiii..Rendam kaki sudahlah..
Kami pergi kat part yang cetek sikit. Sebab nak celup kaki ke kan..Bukan nak rendam badan dan ber-dugong riang ria ^__^

 
 Happy sungguh adik kededek ni dapat celup-celup kaki dalam air sungai. Pencinta alam sungguh..Menangis melalak mintak nak terjun sungai dia ni...Phewww..

 Abang? The adverse side of adik. Dalam mind dia dah set dalam sungai ada ikan besar gigit kaki gara-gara natural fish spa kat tagal morolli kg. luanti sabah dulu. Terus fobia. Dan penggeli juga..
"Ada fish dalam sungai. Fish gigit kaki..Air sungai kotorlah ummi.."
Siap berpayung.. Over tau tok laki i...

 Adik tetap happy main sepak-sepak air. Splash~ splash... 

 Handsome bergaya abi & anak...hihihi..Tentunya pujaan hati ummi..bahahaha..

 Ni pun pujaan hati ummi jugak..Dok la tunjuk-tunjuk kata ada fish besar...Puas pujuk, tak berjaya. Mind set dia lagi kuat. Allahu...

 Ummi sibuk berselfie...Haruslah..Ummi tak dapat rendam celup kaki..Huhu..Jadi tukang ambil gambar sajoh la...

Usaha memujuk adik keluar dari sungai. Mengamuk nak rendam kaki lagi...Sampai dalam kereta amukannya hoiii..

 Subhanallah...Love the view. 

Paksa mokcu tolong snap gambar ber-background waterfall ..Haha..

Ini mokcu tanpa muka =P
Memang sengaja ambil gambar faceless..Motif nak tunjuk beg dan handsock yang dia buat sendiri. Benci mokcuuuu !

Ada kisah tragis di Lata Rek...Nak rendam kaki punya pasal, masa nak beredar dari Lata Rek tu, satu insiden kecil berlaku. Dari kawasan air terjun/sungai ke jalan berturap, jalannya agak tinggi dan sangat tak rata. Masa nak keluar dari situ, skirting kereta belah depan tercabut gara-gara tersagat kat tanah..bahaha..Alhamdulillah ada gerai-gerai kat situ, buat la muka mohon belas ihsan, mintak tali sikit nak ikat skirting kat atas kereta...Adoilaaa...
Keranamu Lata Rek, rabak skirting kereta..huhu..

Dah celup-celup kaki dan berselfie tengah panas, terasa lapar pulak..
Nampak kedai makan macam best je, terus singgah..
Restoran Pohon Jati namanya..

Kat restoran ni, kole besi 3 ketul tu memang dah tersedia atas setiap meja. Blur jugak aku mulanya..Bila order roti canai, dia hantar roti je tanpa kuah. Memang makan kering macam gini ke ape ni?

Bukak penutup kole, rupenya kuah kari, dal dan sambal untuk roti canai..teehee..Memang signature dish dia lah ni kot sebab kole-kole tu memang dah tersedia menanti..huhu..

Makan roti canai je? Mustahil.
Ada je makanan lain. Tapi ini je aku snap sebab lain macam sikit style dia hidang.
Tapi makanan lain pun sedap jugak especially mee goreng yang my zawj order. Aku dok la terliur kat makanan orang. Sendiri punya rasa biasa-biasa je. Hat orang lain order tu yang luar biasa pulak kat tekak ni..

Sekian entry tak bermanfaat. Sekadar nak masuk dalam album kenangan untuk tatapan family. 

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015