Wednesday, July 16, 2014

Kisah Berbuka dan Sahur Ramadhan 1435H...


Tahun ni, Ramadhan yang kelima sebagai isteri orang.
Aku cuba recall balik macam mana Ramadhan aku yang lalu.

1st year, aku adalah part time Master student having classes on weekdays after working hour.
Jadinya, hari yang ada kelas tentulah aku berbuka dekat kelas.
Hari yang takde kelas? Masa ni office kat Midvalley, nak balik rumah memang bercinta la tunggu komuter dan LRT. So mostly beli lauk param je atau berbuka kat rumah Mama.

2nd year, aku seorang ummi anak satu. Tapi masa puasa aku adalah masih dalam maternity leave dan aku masih berpantang juga. So, preparation untuk berbuka tu takdelah sangat. Tolong sikit-sikit je. Macam part of it I stayed at Ampang, another part of it kat Gombak. Masak sendiri untuk berbuka? Macam takde je..huhu..Sebab masih dalam pantang kan, jadi semua orang suruh aku duduk jaga baby je..huhu..

3rd year. Aku masih lagi seorang student part time dengan anak kecil. Dan eh, masa puasa aku sedang pregnant anak kedua...Dan anak sulung pulak dijaga oleh Mama. Jadi everytime balik kerja, confirm kena pergi rumah Mama kan. Routine berbuka puasa, sama ada berbuka kat rumah Mama or tapau lauk dari sana di tambah sejenis dua lagi lauk param. Tak pernah la aku balik tangan kosong tanpa lauk bekal. Kalau tak untuk berbuka pun, untuk sahur. Sebab ayah memang dah suruh masak extra untuk aku bawak balik..huhuhu..Terharu..

4th year. Masa ni dah graduate Master. Tapi anak-anak masih dijaga oleh Mama. Jadi macam tahun ketiga juga, either berbuka kat rumah Mama or tapau bawak balik.

Daripada 1st year sampai la ke 4th year, aku boleh bilang dengan jari berapa kali aku prepare sendiri juadah berbuka puasa. Hari minggu pun takdelah aku bersamba seorang diri kat dapur nak sediakan juadah sebab weekend kami tak pernah kat rumah sendiri. Selalunya akan balik Gombak la sebab weekdays dah asyik balik Ampang kan.

This year, my 5th year. Tahun ni anak-anak no longer stays with their Maktok & TokAyah since aku dah hantar ke pengasuh sejak Mac, after ayah buat bypass operation. Akhirnya aku rasa sendiri apa yang Mama rasa. What was it? Bersilat kat dapur lepas balik kerja untuk sediakan juadah berbuka. Ayah memang jenis makan lauk masak kat rumah je. Jaaaaaaarang sangat la nak makan luar ke beli makanan luar. So memang zaman mama bekerja dulu, balik kerja berkejaran nak masak. Masa anak-anak dah besar sikit, baru lah boleh nak rilek sikit, telefon dulu sebelum balik kerja, suruh anak-anak masak nasi, sediakan bahan-bahan nak masak. Kalau dapat kat sengal macam aku, konon masak nasi dalam rice cooker, dah nak berbuka baru perasan tak tekan or suis tak on. Memang hangin semua orang dengan aku..Terus tanak atas dapur je..agagaga..

Berbalik pada kisah Ramadhan prep aku, 1st week Ramadhan excluded la sebab aku MC due to miscarriage. Jadi mostly memang aku masak sendiri lauk berbuka dan sahur. Dan walaupun aku cuti, anak-anak aku tetap hantar ke pengasuh sebab I was adviced to have some rest. Jadi kalau ada anak-anak, memang tak kemana la rest aku tu.

Hari pertama, aku dah siap masak lauk untuk berbuka, sekali my zawj tanya nak buka kat Ampang tak? Sebelum tu pulak Mama ada call, sempat la tanya Mama masak apa. Mengenangkan mama masak lauk favourite aku, paru masak mak kassim, bila my zawj offer, laju je aku setuju. Lauk yang dah siap untuk berbuka tu simpan untuk sahur. Nak bawak sekali, ciput sangat. hahaha.

Hari ketiga pun aku berbuka kat Ampang sebab it's the day aku miscarriage. Pukul 3 lebih dah mengerekot sakit perut. Confirm tak larat nak masak. Dah mengerang-ngerang dah aku menahan sakit. Terus my zawj cakap buka kat Ampang je. Lepas tu boleh terus pergi hospital.

Aku start masuk kerja balik 10 Ramadhan. Tapi sebab tak timing masa, aku sampai office lambat dan aku balik lambat juga. Masa on the way balik, my zawj whatsapp tanya sempat ke nak masak? Keluar office pukul 5.00pm, macam tak sempat je nak masak.. Bahan-bahan pun confirm masih beku. Takde microwave pulak nak defrost..huhu..Jadi, berbuka kat Ampang juga..

The next day, aku balik 4.30p.m. Itulah first time aku bersilat, bersamba kat dapur lepas balik kerja..Masa tengah kalut nak masak, my zawj bawak anak-anak pergi surau. Bagus...bagus...Kalau tak, memang tak berbuka lah bila ada assistant kecil yang terlebih rajin nak tolong ummi masak. Waktu lain takpe, boleh tolong. Bulan puasa ni, tidaklah anak oiiii...Silap-silap, mengaum macam singa ummi awak kat dapur tu..
Simple je lauk aku masak..Sambal sotong, ikan selar goreng garing, tumis sayur campur..
Alhamdulillah sempat siap dan sempat jugalah mengaji semuka dua sementara tunggu berbuka.

Second time berjoget kat dapur, aku masak mee goreng sajoh. Sebab barang-barang basah memang dah takde. Itupun terpaksa jugak singgah kedai beli mee dan sayur. Nak belek bahan basah lain tak sempat la..Capai yang perlu untuk dimasak hari tu je..

Ehh..baru 2 kali je ye? hihihi...Hari yang aku cuti Alhamdulillah aku prepare sendiri kalau tak kemana-mana. Ada juga 2 kali berbuka kat luar. Kat surau rumah je pun..hihi..
Cuti Nuzul Quran, first time aku masak segala lauk pauk secara solo kat rumah mertua..huhu...Cuaknye lah takut takde/terlebih rasa..Ramai pulak tu nak dijamu...huhu..Mujur ok ok saja. 

Untuk sahur pulak, kalau takde lebihan lauk berbuka, aku akan masak lauk dan nasi siap-siap sebelum tidur.. Sayur aku potong siap-siap. Esok paginye tinggal nak campak masuk kuali je dan panaskan lauk dan nasi yang dah siap masak malam nya..Kalau terbabas tidur, takdelah telan airliur je untuk sahur. Hihi..
Setakat ni dah 2 kali ter-miss sahur. Sekali tu memang tak sedar lansung bunyi alarm dan Mama call pun tak sedar. Gara-gara telan ubat pening yang ada kesan mengantuk..huhu..
Kali kedua lagi sadis. Dah siap masak untuk sahur, pergi kejut my zawj. Macam mana tah boleh aku tertidur balik. Sedar je dah azan subuh. Lauk dah sejuk terhidang atas meja..huhu..

Tapikan...
Dalam kita meriah dengan lauk berbuka yang penuh satu meja, jangan lupa saudara kita di Palestin, Syria, Arakan, malah umat Islam yang ditindas di seluruh dunia. Jangan lupa tembak doa buat mereka. Kalau ada rezeki lebih, tembak juga sedikit wang sebagai dana buat mereka. Kita bersahur dan berbuka dengan aneka juadah terhidang atas meja, mereka berbuka dan bersahurkan bom yang bila-bila masa boleh mengambil nyawa mereka. Allahuakbar..Berbahagialah di syurga wahai para syahid syahidah..



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015