Friday, July 25, 2014

Last Day At Work....Sebelum Mood Raya Fully Takes Place...


27 Ramadhan 1453H, Jumaat terakhir di bulan Ramadhan Kareem..
Hari terakhir kerja sebelum bercuti raya..
Ikutkan hati nak cuti terus je hari ni..
Since dah cuti pre-raya 2 hari..erkkkk..
Cuti pre-raya konon..Sedangkan EL for two days sebab Faqeeh demam dan sangat clingy.
Seingat aku, tak pernah lagi dia demam sampai lembik macam ni.
Selalunya, even demam pun, he is still an active boy. Ligat dan lincah.
This time, nak meleser je most of the time. Tak boleh berenggang sikit.
Till today, still demam lagi. Syafakallah syifaan 'ajilan wahai Faqeeh.


Itu yang kalau diikutkan hati, nak cuti je terus sampai raya. Tapi mengenangkan annual leave tinggal secoet je, berfikir-fikir banyak kali...Pagi tadi, temperature Faqeeh 38'. Still quite high. Tapi dia nampak aktif sikit, though not as active as usual. 
Aku dah plan semalam lagi, nak bawak Faheem pergi office since ramai dah cuti. Faqeeh hantar ke Ampang. Faqeeh tengah demam ni, quite cranky and clingy. Tak sampai hati nak hantar both Faheem and Faqeeh kat Mama. Tak menang tangan nak handle nanti.

So today, ada assistant kecil kat office...Dia bangun awal hari ni. Tau ummi nak bawak pergi office agaknya. Bila tanya nak ikut ummi tak, cepat je jawab nak..Excited betul nak ikut ummi pergi work naik choo choo train..
Sebelum Abi drop kat LRT, hantar adik Faqeeh dulu. Bila tengok route nak pergi rumah Maktok, mengamuk si abang dalam kereta. Taknak pergi rumah Maktok katanya. Sebab dalam mind dah set nak ikut ummi pergi work naik choo choo train. huhuhu...

Wajah-wajah assistant kecil at work...




He is really enjoying his day (half a day for the time being..) Ada sahaja aktiviti dia. Ummi buat official phone call pun ada background sound..hihi...

And my half a day so far, feels really great..
MasyaAllah, it feel so happy accompanied by my not-so-little boy..
Stress free walau melayan keletah dia yang pelbagai..
Syukur Alhamdulillah..
Syukran Ya Allah for this precious gifts.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015