Inilah sebabnya kami pecut balik kampung nun di pantai timur, Kelantan negeri serambi Mekah last month. Bekwoh sepupu ambo. Bertemu jodoh dengan orang Kelantan juga. Pasir Puteh meets Tanah Merah.
5 hb kami pecut dari KL pagi tak pagi sangat lah. Singgah breakfast kat Melawati dulu. Singgah rendam kaki kat Lata Rek lagi..Sampai Kota dah masuk Maghrib. Laju-laju check in homestay, (kelik kapung dok homestay ko? umoh waghih takdop ko? hihi..saja nak mintak pelempang se-das), mandi solat semua, shoot ke Tanah Merah pulak sebab akad nikah lepas Isya' di masjid besar Tanah Merah. Letih hoii..Kesian ke tok laki ku yang gigih memecut.
Alhamdulillah, sempat sampai sebelum upacara bermula.
Ni lah dia sepupu ku...Tengah nervous nak berjabat tangan dengan tok kadi. Aku nun di belakang sana tu.
The bride
Faqeeh (berkopiah hijau-putih) pulak, dok mengukur lantai masjid. Tengok la aksi dia tengah ligat nak lari tu..Sampai ke atas mimbar dia naik. Ambil feel nak bagi khutbah agaknya..
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Rahimi sah menjadi suami kepada Izatul.
Gambar-gambar selepas akad nikah, nan hado..Kena hambat dengan tok kadi, marah lagha-lagha dalam masjid. Ini bukan padang bola katanya..So terus ke rumah pengantin perempuan untuk makan-makan.
6hb kenduri belah perempuan.
Ni sementara tunggu pengantin lelaki bersiap di masjid.
Sempoi pengantin...Bersiap bawah pokok je..
Us with pengantin.
7hb. Kenduri belah lelaki di Pasir Puteh.
Muka Faheem tu macam berkata "Poyo je ummi, makngah dengan aunty mizah ni..." bahaha..
Inilah sepupu-sepupu perempuan ku. Tapi ada 2 orang missing. Tak ramai pun. Baju semua sedondon. Sponsored by the groom yang merupakan tokei kain sulam ni..Hihi..
Adik Faqeeh ni, pantang dilepaskan, laju je dia berjalan entah kemana. Habis tawaf keliling rumah.
Bila letih mengejar, kita tangkap dia suruh duduk diam-diam. Nampak muka emosi dia tu? Tu muka tak rela duduk diam...Cubaan meloloskan diri dari Maktok tak berhasil. Guna senjata tangisan pulak...Meronta-ronta dia minta dilepaskan.
Haaa...ada pun gambar kami se-family. Payoh doh loni nak pukul gamba gini..
Kenapa susah sangat nak ambil gambar family?
Tengoklah Faheem tu. Cukup susah nak ajak dia bergambar sekarang. Shy boy. Kalau tak kena gaya dan angin dia, harapan lah nak dapat snap gambar yang proper.
Sudahnya, abi terpaksa berkejaran dengan Faheem.. Letih Tok Mok tunggu tu Faheem oiii..
Family kecil kami dengan pasangan pengantin. Again, tengok Faheem tu. Tu dah melalak dah tu taknak ambil gambar. Adik usha je abang. haha.
Nak selfus pun muka malu-malu je..
Tak pun dia wat memek muka gini. Konon garang macam monster lah tu..
Tak pun terus alih muka tak pandang kamera.
Ummi jugak maintain cun
=_____=,
Dayang-dayang ke ni??
***
Gambar sendiri lagi banyak dari gambar pengantin...Dussshhhh..
Tuan belog memang gila kuasa..huhu..
No comments:
Post a Comment