Monday, July 21, 2014

Tentang Baju Raya


Recap baju raya tahun-tahun lepas..

2010 
Recycle je baju nikah. Nikah bulan March, raya in September..Baru sekali je pakai time nikah kan, takyah bazir nak buat baju baru...

2011
Puasa dalam pantang kan. Jadi tak sempat nak ber-shopping raya. Baju raya masih lagi pakai konsep re-cycle, dress masa jadi dayang wedding Aini. My zawj je tempah baju baru, cari kain yang matching dengan baju aku. Baju Faheem pulak, sponsored by MakNgah. Kesian katanya anak buah dia takde baju raya..Sekali je pakainye pun..Lepas tu dah tak muat..haha..

2012
Baju readymade. My zawj kata nak pakai jubah. So carilah jubah untuk dia dan Faheem dulu. Then baru cari baju aku. Niatnya nak cari jubah juga. Tapi tak jumpa yang berkenan. Dan disebabkan last minute punya preparation, beli je lah apa yang ada.

2013
Baju readymade juga. Alkisahnya dah beli kain. Tapi beli pun dah agak lambat. Mana ada tailor nak ambil order dah...Walaupun tailor adik beradik..hahaha.. Jadi beli siap jelah. 

2014
Kain yang konon beli untuk raya tahun lepas, setahun tersadai kat rumah. Tailor yang biasa hantar tempah dah sibuk bisnes lain. Pening nak fikir. Rupa-rupanya dekat rumah ada satu tailor. Dekat sangat kot. Tak pernah lak pulak perasan sebelum ni..huhuhu.. Mula-mula gamble hantar kain untuk wedding sepupu kat Kelantan tu. Yang tu nak cepat. Tailor kata ok, insyaAllah boleh siap. Masa tu awal hujung April kot. Sempat tanya-tanya kat tailor, ambil tempahan untuk raya lagi tak? Sampai awal Mei je katanya.
Aku pulak, lupa ke ape, 1st week Mei tu baru teringat, bila tanya balik masa ambil baju yang dah siap, kakak tu cakap dah close order..Adoilahhh...Tapi untuk baju melayu masih terima lagi.
Hmmm..takpelah, hantar jelah tempah baju melayu hero-hero ni. Baju aku, bakal difikirkan kemudian.
Tapi masa gi hantar tempah tu, aku bawak sekali kain aku. Aku cakap kalau tak dapat buat aku punya ni, lepas-lepas raya jelah. Akak tu kata nanti dia tengok macam mana. Kalau boleh selit-selit, dia cubalah buat aku punya sekali..Aku redha je lah. Kalau tak dapat buat, aku beli readymade or pakai je baju yang wedding sepupu tu..Lari tema lah sikit.. Takpun sarung jubah Mekah je, cari tudung yang boleh match dengan baju melayu depa ni...hihihi..

Cuti Nuzul Quran hari tu dapat mesej dari tailor, inform baju dah siap. Tak tanyalah pulak including baju aku ke baju melayu je? Bila pergi ambil, Alhamdulillah dengan baju aku yang 2 pasang pun dah siap..Terima kasih akak tailor.. Padahal yang satu lagi tu aku saja-saja hantar tempah sekali. Bukan nak buat baju raya pun. Hihi..Boleh lah pakai untuk raya sekali. Tapi both pun design yang sama. Jubah dress.

Baju kasual untuk anak-anak pun tak banyak beli tahun ni. Seorang adalah 2-3 pasang je. Baju lama banyak lagi yang elok-elok. Drawer pun dah sesak padat dah dengan baju...Takpe, still boleh pakai lagi..

Alhamdulillah..Settle dah bab baju raya.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015