Tuesday, August 5, 2014

Bila Roh Rajin Merasuk...


Untuk sekian kalinya, aku admit, aku ni tak rajin masuk dapur masak renyah-renyah.
Selalu kalau nak masak, aku fikir benda yang paling simple tak pakai banyak bahan.
Kalau breakfast di hari minggu lagi lah, kalau tahap paling simple, goreng nugget drummets je..Itu memang selalu sangatlah. Rajin sikit goreng nasi, goreng macaroni, goreng mee...Itu jelah pun tahap rajinnye.

Hari Ahad baru ni, tetiba macam dirasuk roh rajin  pulak.
Bangun pagi terus keluarkan ayam.
Kelentang kelentung kat dapur sensorang.
Sesekali masuk la dua assistant kecil nak offer pertolongan.
Bila tengok si isteri beria-ia masak, my zawj tanya "Ada orang nak datang raya ke?"
Kehkehkeh...Nampak sangat humairah dia rajin di luar kebiasaannya.
Padahal bukan ada siapa nak datang pun. Masak untuk menjamu perut seisi rumah je..

Aku masak apa?
Cubaan pertama aku masak nasi ayam...Eh! kedua..First time dulu masa kelas Kemahiran Hidup ERT kat sekolah masa Form 2.Hahaha...
Hampeh kan aku..Baru nak belajar masak nasi ayam lepas hampir 5 tahun kahwin. Pangggg sekali..

Takpe...Everything have it's first time. Yang penting usaha untuk mencuba. Kahkah..ayat penyedap hati.

Resepi nasi ayam aku amik kat sini. Resepi bergambar step by step. Banyak sangat versi nasi ayam nya sampai aku konfius nak cuba mana satu. Aku tengok nama resipi ni ada words istimewa, sangat sedap...Hah, cuba yang ni lah. Huhu.

Ini hasil air tangan aku.

Bila share kat group whatsapp family, Kangah tegur..
"Nasi ayam ke tu..Kenapa ada taugeh pulak?"

Yang taugeh tu aku tambah sendiri. Takde dalam link resepi kat atas.
Since ada lebihan taugeh buat aksesori mee tomato hari sebelumnya, terus terfikir nak buat ala-ala The Chicken Rice Shop punya Ipoh bean sprouts. Resipi hentam sendiri. Tumis bawang putih dengan halia, masukkan taugeh, letak sos tiram dengan kicap kipas udang sikit, kacau-kacau, siap.

Aku rasa macam ada terkurang rasa sikit. Sebab aku tak pandai nak bajet since tak ikut sepenuhnya sukatan resepi asal. Tapi my zawj kata ok je. Anak-anak pun makan dengan happy je.
Syukur Alhamdulillah.

1 comment:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015