Friday, September 12, 2014

Pahala


Suatu malam di bulan Ramadhan...
Faheem tak ikut abi terawih di surau. Faheem teman ummi terawih di rumah saja malam tu.
Dan ofkos, adik Faqeeh peneman setia ummi secara paksa.
Dipaksa untuk tinggal di rumah bersama ummi walau adik faqeeh mengamuk meronta nak ikut abi ke surau..hihi..
Pe'el nya tak terjangka. Menjaga dia seorang di surau boleh buat abi berpeluh dan merah muka. Langkahnya laju, tak terkejar dek abi sehingga dia melewati saf pak imam.
Hihi...
Sedang ummi bertarung dengan diri untuk menghabiskan 8 rakaat solat sunat terawih, abang dan adik bermain-main riang setelah menunaikan solat tak habis satu rakaat mereka.
Usai solat terawih, hampir terjelepok ummi melihat lantai rumah berserakan dengan biskut yang dah hancur. 
"Abang buat apa ni?"
Faheem sengih.. "tolong ummi..."
"Tolong ummi macam ni?"
Nada suara dah bertukar sambil urut dada sambil geleng kepala.
"Faheem tolong bagi pahala kat ummi kan..." 
Sambil angguk-angguk depan ummi, mata dibulatkan sehabis comel, senyuman yang terpaling manis.
Ye Faheem, ia jadi pahala buat ummi kalau ummi bersabar.


Another night.
Ummi pesan pada Faheem berkali-kali. Nak be**k, bagitau ummi. Be**k kat tandas.
Faheem angguk-angguk.
Tak lama lepas tu, ummi tanya, "Faheem be**k ke?"
Faheem jawab tak sambil riang ria terus bermain. Hidung ummi dah menangkap bau kurang enak. Ummi tanya lagi. Again, Faheem menidakkan.
Bila ummi periksa, ternyata Faheem be**k. Ummi naik berang sebab disangka anak sekecil 3 tahun sudah boleh menuruti arahan. Kasihan anak.
Selesai cuci bersihkan Faheem sambil mulut membebel, ummi tanya pada Faheem..
"Abang ingat tak ummi pesan apa kat abang? Abang janji apa kat ummi?"
"Janji nak bagi ummi pahala" diucap dengan senyuman paling menawan dan mata yang berkaca kegembiraan.
Allahu..Benar apa yang diucap. Ummi rasa tertampar. Tiada pahala buat ummi asbab tak mampu menahan sabar dengan mu anak.


One fine day.
Ummi memuji-muji Faheem atas kebaikan yang dilakukan.
"MasyaAllah  tabarakallah..Allahuakbar...Baik anak ummi. Anak yang soleh insyaAllah. Ummi sayang Faheem. Kalau Faheem buat baik, semua orang sayang. Allah sayang, Rasulullah sayang, ummi dan abi pun sayang. Sebab Faheem rajin hari ni, Faheem banyak tolong ummi, ummi bagi Faheem 10 bintang.."
"Taknak..taknak...Faheem taknak bintang. Nak pahala je.."


***
Merenung sejenak.
Benar apa Faheem kata. Setiap apa yang dia buat, adalah untuk bagi pahala kat ummi. Anak-anak adalah ladang pahala buat ummi. Bagaimana ummi mendidik anak-anak, bagaimana ummi bersabar dengan ragam dan kerenah anak-anak, semuanya ada ganjaran pahala buat ummi andai ummi buat seikhlas hati kerana Allah, untuk mendapat redha Allah.
Allahuakbar..Allah jadikan anak sekecil itu sebagai perantara untuk memberi peringatan buat ummi.
Maafkan ummi..Ummi selalu terlupa. Lupa untuk sabar. Lupa untuk mendidik anak-anak dengan penuh hikmah. Lupa untuk sentiasa berlemah lembut dengan anak-anak.
Semoga Allah mengurniakan kepada ummi kelembutan, kesabaran dan kekuatan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Amin.

2 comments:

  1. Benarlah. Anak-anak kita adalah rahmat yang dikurniakan buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. thank ili..bagus entry ni sebab kita pun selalu lupa tuk bersabar dengan karenah anak-anak..

    happywatales : all about me

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015