Monday, September 29, 2014

Penang Trip 2014: Foods of Penang


Penang is famous with it's variety of foods.
People said that Penang is a foods heaven.
So, bila datang Penang, there will be a list of must try foods.

I didn't have much time to list down all the must-try-foods and locate where are the famous food stalls/bazaar prior to our Penang Trip. Tapi sempatlah google sikit-sikit and listed a couple of them.

Tapi, tak sempat pun nak terjah semua yang dalam list tu. Kita terjah mana yang termampu je.
Nak rasa semua, kena plan another trip just for food hunting je. hahahaha..Dasar tekak naga, fikir makan sajoh.

Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan
Kedai ni memang betul-betul next to Masjid Kapitan Keling. Opens at 10.00pm until 8.00am.


Us, tengah beratoq. Si kecik dah lena beradu dalam boba. Abang masih lagi aktif menjaga barisan. Sesekali bising kat ummi suruh masuk barisan, dan rapatkan barisan. Haiiihhh, macam askar daaa..

See the queue? 

Sibuk meninjau lauk. Macam dia yang nak order. hihi..

Mine...Heavy betol makan pukul 11 malam. Adehh..Mana tak gumuk???

Zawji's

Ku fikirkan my zawj yang dah few times ke Penang atas urusan kerja dah familiar dengan Nasi Kandaq. Bila dah siap amik lauk, dia cakap "Nasi putih je?"
"Lor...memanglah nasi kandaq nasi putih."

Bila dah beberapa suap makan, dia tanya "Ok ke? Sedap sangat ke?"
"Biasa je.."
Hurmm..pada aku rasa biasa-biasa je. Tak berapa kena kat tekak aku yang boleh kata penggemar nasi kandar ni. Huhu..Kurang menyengat.

Kareem Pasembor, Union Street
Berpusing-pusing gak la mencari gerai ni menggunakan khidmat en. waze. Alhamdulillah berjaya jumpa. Gerai kereta roda tiga. Ramai woh pelanggan dia, semua bangsa ada. 


Boleh pilih sendiri bahan-bahan nye. Or kalau pening nak pilih sendiri, just order pasembor campur, besar atau kecil. Harganya ada kat dalam pic di bawah..
Geram tengok cucoq udang tu...Memang penuh dengan udang. Tepung sikit je..Nyumsss..


 Mine.. Sedap kuah dia. Haiihh..Manis pedas semua cukup..Teringat-ingat okeh. 

Tak cukup sepinggan, tambah lagi sepinggan. Ada saingan hebat nampaknya. Abang pun menikmati pasembur. Berselera betul dia makan. Tu yang terpaksa tambah order..huhu..

Mee Udang
Kalau ikut plan asal, pergi Penang naik feri, balik pulak nak ikut jambatan kedua. Bolehlah menyinggah makan mee udang yang famous di Teluk Kumbar. Then big boss tukar plan. Nak balik naik feri jugak katanya. Nak menghibur hati anak-anak yang excited naik feri. Ummi setuju saja.

Ingatkan takde rezeki dah nak merasa mee udang. Tapi bila mention kat my zawj mee udang sungai dua, gigih pulak dia mencari demi menjamu tekak isteri..Walaupun dah ku kata, kalau susah nak cari tak payah lah...Tapi tetap juga dia kata tak apa. Touching pulak...Thank you dear..

Unfortunately kedai yang kami nak terjah tu tutup. Tapi my zawj kata ada nampak satu kedai jual mee udang. Alhamdulillah merasa jugak mee udang. Rasa dia bolehlah. Kuah agak cair pada aku. Tapi udang gemuk-gemuk. Seronok Faheem makan udang. 
InsyaAllah ada rezeki jejak Penang lagi, kita terjah mee udang sohor di Penang pulak.


Tak banyak pun kami buat food hunting. Holiday kali ni lebih pada nak rehat-rehat dan spend time dengan anak-anak. Kalau ikut tekak memang macam nak terjah semua. Tapi travelling with toddlers, tak payah lah nak beriya sangat. Yang penting happy..




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015