Wednesday, October 29, 2014

Resentment


Semalam, aku terkesan sangat bila Faheem merajuk. On resentment mode dengan ummi.
Termeleleh lah airmata ni nak pujuk dia.

Kisahnya..
Abi outstation. Jadi kami menumpang rumah maktok..Sayu je bunyi menumpang tu..ahahaha..
Malam semalam, seperti biasalah aksi dua beradik tu. Ada masa melimpah ruah kasih sayang dibelai dipeluk manja dua orang tu sampai ummi pun boleh touching tengok berdua concern sangat to each other. Ada masanya, jangankan duduk sebelah, jarak sepelaung pun boleh nak bergaduh. 

Bila dah kerap sangat scene bercengkerama, bergurau senda secara kasar adik beradik, aku jauhkanlah adik dari abang.
Sebagai galang ganti, aku pulak jadi mangsa. Abang ni memang suka bergurau. Tapi kadang tu gurau dia kasar, aku pun kadang tak tahan. Kalau dia tepuk tu, berbisa rasa badan ni haaa..
Kalau gigit, lagilah tak menahan. Nak jadi cerita, dia gigit tangan ummi dia ni haaa...Dan dengan spontan, aku tertarik rambut dia. Allahu.. Memang tindakan refleks sangat. Bila dia rasa sakit, dia makin berapi lah. Bertubi-tubi cubaan menggigit ummi nya.
Terjerit lah ummi kat situ.
Bila dengar aku jerit, paklong terus naik angin marahkan Faheem.Faheem tarik baju aku taknak lepas. Minta simpati barangkali, mohon ummi jadi pelindung, mohon ummi selamatkan dari amarah paklong.. Paklong suruh lepaskan. Then paklong angkat dia letak jauh sikit dari ummi..Paklong tak pukul pun. Marah je..

Terus Faheem pergi kat maktok, tekup muka kat riba maktok, nangis teresak-esak.
Meanwhile, paklong terus dengan bebelannya..Suruh Faheem tidur since dia tak tidur siang. That might probably cause him a bit cranky..
Aku dah terkedu.

Maktok pujuk Faheem, ajak baring dengan maktok. Tepuk-tepuk dia, ask him to stop crying.
Ummi dah serba salah. After a few moments, aku cubalah nak pujuk dia.
Dia dah berhenti nangis. Tapi ada lah sisa sedu sedan tu..Tengok mata terkebil-kebil macam nak tidur. But I suspect dia tengah paksa diri untuk tidur sebab taknak paklong marah lagi. Kesian tengok dia masa tu.

Slowly, aku cuba tarik tangan dia. "Meh bobom (tidur) kat ummi.."
Faheem mendengus. Taknak. Bila tarik tangan dia, dia tarik balik. Taknak pandang ummi. Dengar desah nafas dia kuat. Rajuk belum reda. Marah kat ummi belum hilang.
Puas ummi pujuk sampai bergenang airmata. Tak pernah dia marah ummi sampai macam tu sekali.
Dengan maktok dia cakap elok je. Sambil belek tangan dia yang kemerahan diconteng magic pen. Aku cuba lah nak pujuk lagi.."Ehh..kenapa tangan Faheem tu? Darah ke?"
Faheem mendengus lagi. Taknak layan ummi. Terus dipalingkan muka. Menyampah agaknya tengok muka ummi. Buat hati makin sakit..
Maktok tanya, "Faheem marah ummi? Merajuk dengan ummi ke?"
"Abi pergi mana maktok? Faheem nak abi je."
"Abi work. Abi pergi Penang."
"Faheem nak pergi kat abi. Nak ikut abi pergi Penang. Taknak ummi.."

Alahai anak...
Marah sungguh dengan ummi. Ummi asbab abang dimarah paklong.
Ampunkan ummi ye sayang..Nipis sungguh sabar ummi dengan abang..
Kalau ummi tak jerit kat abang, mesti paklong tak marah abang...

Pagi tadi, nak pergi kerja, Faheem tidur lagi..
Bisik kat telinga dia...
"Ummi sayang abang tau..Ummi mintak maaf. Salah ummi tak pandai nak sabar..Abang maafkan ummi ye.."
Faheem angguk-angguk dalam lena.
"Abang sayang ummi tak?"
Faheem angguk lagi. Mata tetap terpejam.


Abang yang manja.. Memang selalu terlebih manja dengan ummi. Semua nak ummi je. Nak mandi, ummi je mandikan. Nak tidur, ummi kena tidur sebelah, tepuk-tepukkan. Nak susu, ummi je boleh buatkan..

Dah besar ni pun, berebut dengan adik nak suruh ummi dukung..

Bila dia refuse to talk to me, or to even look at me, sayu sangat hati..
Again, ummi am sorry ye sayang.. Pray for me to be a lot more patient..

1 comment:

  1. sedih trs :((
    tp yg bgsnye ummi pun mintak maaf :)
    abg faheem ni bijak la

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015