Minggu ni pengasuh (mak) mohon cuti. Dari 12hb sampai hujung minggu lah kiranya. Setakat ni, baru 2 kali mak cuti. First time cuti emergency, mak balik kampung, ayah mertua mak kembali bertemu Pencipta yang Agung. Kali ni mak berjalan jauh ke Acheh, Indonesia. Rombongan penyatuan dua hati. Anak mak bertemu jodoh dengan orang sana. Mak ajak join rombongan. Kalau cuti masih banyak lagi, InsyaAllah nak join jugak. Tapi baki cuti adalah ciput. Huhu..Tak dapatlah join rombongan mak.
Bila mak cuti, anak-anak ke rumah maktok.. Maktok awal-awal lagi dah offer suruh hantar anak-anak ke sana... Dari minggu sebelumnya lagi dah call tanya bila mak cuti, bila nak hantar anak-anak. Tok ayah suruh tanya katanya. Huhu..Masing-masing rindu cucu la tu..Ngee (I know you'll read this mom..)
So semalam hantarlah anak-anak ke Ampang. Alhamdulillah the boys behave. Tambah pulak dapat outing "Itek Gembo2" dengan The Grannys. The Grannys tu adik-beradik perempuan maktok. Tok Teh, Tok Cik, Tok Busu dan Tok Mami. Tapi semalam Tok Mami tak ikut. "Gembo2" tu pulak is referring to their ladies outing. Tapi sesat pulak ada 2 charming little boys dalam ladies group. Hihi..
Mokcu whatsapp gambar my heroes tengah bergembira without ummi..
Berjalan sakan..Dari Spotlight, Ampang Point sampai ke Subang Parade.
Balik tu Faheem cakap, "Faheem tunggu ummi kat kedai.." dengan nada macam frust mengharap..
"Ummi kan kerja. Macam mana ummi nak pergi kedai ikut Faheem? Faheem kan ada maktok, mokcu, tok teh, tok busu.."
Then Mokcu cerita satu insiden di Spotlight..
[ Mokcu ni apa ni? Chuggington ke? Nakk ]
[ Mokcu takde duit..Faheem ada duit ke? ]
Sengih-sengih [ ada..kat ummi ]
[ ummi takde kat sini ]
Sengih-sengih [ ada..kat ummi ]
[ ummi takde kat sini ]
Maktok datang..
[Maktok...maktok ada duit tak? ]
[ kenapa? ]
[ nak train ]
[ tunggu ummi lah.]
[ Nak telefon maktok...Nak telefon ummi suruh datang.. ]
Hahahaha..
Patutlah dia dok ngadu dia tunggu ummi kat kedai..
Lepas tu dia buat statement lagi..
[ nak train ]
[ tunggu ummi lah.]
[ Nak telefon maktok...Nak telefon ummi suruh datang.. ]
Patutlah dia dok ngadu dia tunggu ummi kat kedai..
Lepas tu dia buat statement lagi..
"Ummi, nanti ummi naik kete abi pergi kedai tau."
"Kenapa ummi kena pergi kedai?"
"Beli choo choo train Faheem lah."
"Mana duit?"
"Pakai duit ummi lah."
Alahai anak..Dah mengidam pulak dia..
Faqeeh pulak buat kakak menangis.
As usual, Faqeeh yang memang super friendly, suka nak berkenalan beramah mesra dengan orang. Bila kakak menangis, Faqeeh cakap "Kakak taknak kawan Faqeeh ke?" Alololo...
Second case dah ni, nak berkawan sampai menangis kawan tu. First time dulu kat Penang Hill recently.
Jenuhlah The Grannys melayan keletah awak berdua yang aktif ni.
They really had fun.
Maktok order kuey teow soup semangkuk kongsi berdua abang dan adik. Habis licin..
Bila balik, ummi tanya, seronok ke jalan-jalan dengan maktok..
Dengan riang nya Faqeeh jawab "Seronokkkk"
Ni Mokcu kirim gambar gembo-gembo.. Bergembira sakan naaa..
No comments:
Post a Comment