Thursday, November 13, 2014

Minda Separa Sedar


Aku takde jadual masa fix untuk anak-anak. I mean, takde specific timetable hari ni belajar apa, esok baca apa, lusa main apa. Takde. Walaupun selalu berangan dan bercita-cita untuk create one and really implement it. Belum terlaksana.

Aku just buat randomly, sambil-sambil.
Sambil-sambil tu maksudnya sambil masak sambil bacakan something for them. Sambil pakaikan baju, sambil mereka bermain riang ria, sambil berjalan naik tangga, sambil berzikir. Bacaan doa pun.

Counting stair steps untuk belajar mengira. Kiralah setiap satu anak tangga as they climb up and down. Dengan tangga tu jugak belajar ABC dan alif-ba-ta.

Then cuba ajar mengira dalam bahasa arab pula.
Dari satu sampai sepuluh. Wahid - 'Ashara.
Anggota badan pun aku baca part mana yang aku ingat je dulu.

Raksun - kepala
Uzunun - telinga
Ainun - mata
Yadun - tangan
Rijlun - kaki

Itu je yang aku ingat.

Dok lah baca ulang-ulang kat anak-anak bila teringat. Semua pun sambil-sambil je.
Santai-santai.
Sambil pakaikan diapers pun jadi.

Bila dah ulang banyak kali, cuba test pulak.
Raksun??
Kepala..
Wahidun??
Satu..

Alhamdulillah both boleh jawab. Intention aku lebih kepada Faheem since dah nak masuk sekolah next year, InsyaAllah.
Tapi Faqeeh pun belajar sama. Dan Alhamdulillah dia manage to follow.

Kalau aku yang tanya, aku selalu ikut urutan je. Dari kepala ke kaki. Dari 1 ke 10.
Semalam abi cuba test anak-anak ambil Faheem leka main dan Faqeeh minum susu. Tapi abi bagi randomly.

Abi: Wahidun
Faheem : Satu
Abi : Ithnani
Faheem : Dua
Abi : Arba'tun
Faheem : Empat
Abi : Samaniyatun
Takde jawapan...
Ummi : Abi tanya random, pening jap anak nak ingat..
Tiba-tibe dengar suara kecil "Lapan"
Faqeeh rupanya yang jawab..
Abi : 'Asharatun
Faqeeh : Sepuluh..

Allahu..Puzzled jap aku dan zawji. MasyaAllah Tabarakallah..
Semuanya dengan izin Allah.
Syukur Alhamdulillah.

Pernah terbaca di blog BAi dan beberapa tulisan lagi tentang minda separa sedar. Biarkan sahaja anak-anak bermain sepertimana layaknya seoarang anak kecil bermain. Sambil dia bermain bacakanlah untuk dia berulang kali atau mainkan bacaan zikir, ayat suci Al-Quran. Tak perlu paksa dia untuk fokus. InsyaAllah, dengan izin Allah, minda separa sedar mereka berfungsi. Apa yang dibacakan berulang kali InsyaAllah akan terpahat sendiri dalam minda anak-anak dalam keadaan separa sedar. Soon, they will be able to recite back what have been fed to them continuously & repetetively. 
Hebat kan kuasa ALLAH.
Allahuakbar..


1 comment:

  1. Blog yang menarik. Sekadar perkongsian bersama.
    http://darwishndarwisya.blogspot.com/

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015