Friday, December 26, 2014

Banjir 2014: Kelantan Menangis :(


Banjir di Kelantan dikhabarkan kian meruncing.
Mangsa yang terlibat di negeri Kelantan sahaja sudah mencecah 45k. Jumlah keseluruhan mangsa banjir pula sudah melebihi 110k.
Membaca update di FB, sayunya hati..Tak tergambar perasaan mereka yang memikul beban dilanda musibah.
Mendapat khabar ada sanak saudara yang turut terjejas dek banjir yang dahsyat ini.
Allahuakbar.
Ya Allah, peliharalah mereka Ya Allah..
La haula wala quwwata illa billa hil aliyyil'azim.
Tiada daya upaya kami Ya Allah melainkan dengan kekuasaanMu Ya Allah..
Bantulah saudara mara kami Ya Allah.
Hentikanlah banjir yang dahsyat ini Ya Allah.

Alhamdulillah Pasir Puteh tidak terjejas. Nenek (Mok) ada di Pasir Puteh. Tak dapat dibayangkan kalau Mok yang agak uzur terpaksa meredah banjir
 Allahu Allah..

Apa khabar saudara-saudara di Tanah Merah?
Semoga semuanya sihat & selamat serta sentiasa di dalam perlindungan Allah hendaknya.
Allahumma ameen.

2 comments:

  1. Owh ily ada sedara mara kat sane eak..mesti risau kan..dapat hubungi diorg ke? tak terbayang kan apa diorg rasa time tu sebab dah macam lautan yang luas dah..

    Saluran Bantuan Pantai Timur melalui SMS

    ReplyDelete
    Replies
    1. ily and husband both background sane..Alhamdulillah sedara mara kat sana selamat semuanya..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015